CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, February 3, 2010

Form 4 - honey moon year???

Jam 2 petang tadi aku didatangi oleh 
3 murid perempuan tingkatan 5 sains

Murid : kami nak jumpa cikgu
Cikgu : apa hal? saya nak gi meeting ni 
Murid : peribadi cikgu....
Cikgu : ok la...( mulanya nak suruh esok aje / bila senang - tapi kesian pulak ) - manala tau hal peribadi macamana....
Murid : cikgu - ngapa jadual baru ni cikgu Y ajar add maths...kami tak faham ....
kami suka cikgu K
Cikgu : itu kan cikgu cemerlang -- cikgu2 yang kami letakkan setelah strategic planning dibuat...
( he3x faham ke budak ni seme? ) - cikgu K ni ajar mod maths juga....

Murid : bla bla bla bla.......masa F4 cikgu YS ajar...kami tak faham...bla bla bla
Cikgu : ohhhhh....sekarang saya faham dah masalah awak ni....apa fasal masa F4 tak belajar bersungguh2?kenapa main2? tingkatan 4 lah sepatutnya awak belajar - sebab masa F4 adalah asas - asas mesti kukuh...ade buat extra tuition tak? bukan honey moon year! mentang2 dah rasa bangga dapat 8A/7A dalam PMR - maka awak seme tak belajar bersungguh2 bukan add maths saja subjek sains lain jugak! sambil berseloroh aku berbicara dengan budak2 ni....
Murid : ye betul cikgu - kami main2 - kami rasa nak rehat lepas bertungkus lumus masa PMR - kami relax...dan tak pergi extra tuition...
Cikgu : tak boleh macam ni....saya rasa ramai lagi yang sama macam awak ni...
Murid : betul cikgu - sebab tu markah exam kami teruk! macamana ni cikgu?boleh lagi ke ni...
Boleh tak kelas tambahan mintak cikgu K ajar...nak belajar asas ....nak buat revision F4...
Cikgu : tengoklah nanti macamana....ok jangan risau ...mulai sekarang awak seme kena pulun habis2an - kena rajin praktis kertas soalan tahun2 lepas, kena setiap hari praktis add math / maths...mana yang tak faham - personally jumpa cikgu K...sure dia tolong ....


24 comments:

~0~ said...

add math...terasa susah je...huhuhu


padahal senang je

Ayah Zain said...

Salam SAK,

salut pada cik SAK yang selesaikan maslah budak2 tu. Mereka terima kenyataan untuk berubah dengan minta kelas tambahan. caya lo (awat budak2 tu x jumpa gpk tp jumpa HEM - konpius)

maiyah said...

bagus gak dorang dtg bincang masalah kan

ummi humaira said...

salam cikgu ...

nanti kalu ada apa2 nota penting untuk SPM , kongsi ler sama kat sibujang senang ummi tu ek

kakpah said...

hehe.. masa zaman sekolah dulu akak pun kata form 4 tu honeymoon yr.

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda,

Masaalah ni ujud sejak tahun 50an lagi....sejak peperiksaan T3 LCE diperkenalkan.

Sebelumnya tak lulus tak naik tingkatan.Tak ada otomatik promotion.

Wassalam.

ONE ZABA said...

aaikk... murid pulak boleh pilih pilih mana cikgu yang dia nak.

suruh diorang tu bukak sekolah sendiri.

Che' Pit said...

masa kat U, dah elok2 pilih lecturer..

naik sem, lecturer yg di elak lak yg ganti lecture yg pilihan hati.. hampeh

chekdenoor said...

Salam....

Kat TC ....form 4 memang kurang student....biasanyer ada lebih kurang 80 orang jer....honey moon lagilah tu..... tapi form 5 ada hampir 200 orang.....aha....itu baru terasa dah nak dekat spm..

Yunus Badawi said...

salam sonata,

Anak aku pun mcm budak2 ni jugak. Tahun lepas rilek - add math hancus. Tahun ni baru kelam kabut sbb nak ambik spm.

Anak2 aku semua tak minat add math (tak mcm ayah mereka hehehe). Aku selalu cakap kalau mereka bawak kapalterbang mesti dah landing kat laut dan bukan KLIA sebab tak tahu nak kira (kejamkan aku ni)

nza said...

tulh..ingat F4 nk enjoy jerr..nza dh awal2 pesan kt along, dok F4 ni jgn brangan..asas kena kukuh espclly add maths n fizik...hu, xnk peristiwa lama ibunya brulang...F5 br cbuk bagai nk gilerrr....

LiNda said...

wahhh... boleh pilih-pilih cikgu..?

sonata anak kancil said...

~0~ : saya pun gitu juga!

sonata anak kancil said...

Ayah Zain : kami seme mesra pelanggan! sape2lah seme saling bantu membantu...budak2 ni mudah dengan sape...dia pegilah jumpa...kadang2 cikgu pun jumpa saya!
so tak ade masalah....masalah budak - sama juga masalah gpk sebab berkait rapat dengan akademik...budak ponteng - timbul masalah pada akedemik & sebaliknya

sonata anak kancil said...

Maiyah : macam2 masalah saya terima! yang kecik - besar - macam2 la

sonata anak kancil said...

Ummi Humaira : tentang nota ni - biar sibujang ummi buat sendiri - dia faham dia buat...mintak dia faham & buat ulangkaji berkali2...& biasakan dengan format kertas peperiksaan sebenar..

sonata anak kancil said...

KakPah : kebanyakannya macam tu la...nak relax F4 - rupanya silap!
cikgu Mod Maths saya masa F4 - mat saleh american....hu3x - ingat lagi Mr Gregg ( peace-corp. )

sonata anak kancil said...

Ayahanda : W'salam . Ohhhh dah lama situasi ini berlaku....apalagi sekarang sekurang2nya lulus 1 D pun terus naik F4 - lagi relax la budak2 ni.....datang sekolah - main-main-main - puas cikgu nak ngajar

sonata anak kancil said...

OneZaba : Hajat mereka tu nak apa yang dimintak...tapi mana kita layan sangat! asyik nak layan permintaan budak2 ni...haru dibuatnya...sekadar luahkan perasaan saja boleh la - tu yang dinasihat...kita cikgu ni kena counter lah...cikgu tu begitu begini...cikgu bagus!kalau dah ketara sangat - barulah kita meeting semula buat tindakan....

sonata anak kancil said...

Che Pit : lecturer tu pun perasan agaknya ramai nak masuk kelas dia...dah melimpah ruah...senang tukar lecturer yang budak2 tak suka...tapi dah grad kan..orait la

sonata anak kancil said...

Chekdenor : next time Chekdenor buat iklan cara lain pulak - penting untuk F4 students - F4 bukan honey moon year....grab la mulai sekarang!!! sure ramai budak F4 nak tuition ...

sonata anak kancil said...

Yunus Badawi :ko pun satu....ngape ko tak ajar anak2 ko tu....harap cikgu - hahah macam tu lah jadinya... terus tak minat...kalau aku berkuasa - aku ambik ko jadi cikgu aku khas ajar add math!

sonata anak kancil said...

Nza : bagus macam ni - nasihat kan dia jangan dok nak berhoney moon...

sonata anak kancil said...

Linda : tak boleh pilih2....seme pentadbir akan letakkan cikgu2 yang tertentu di kelas tertentu....budak2 ni datang nak mintak aje...jika majoriti kata cikgu tu begitu begini - kita akan tukar strategi lain - kita cari ubat lain pulak....