CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, December 31, 2009

Lagi sikit masa nak tamat...



At last aku tepek kan kontes yang dianjurkan oleh Naman....
sila zooommm untuk baca, kalau la mata tu dah kelat2 nak tido...

Kehangatan mula terasa........

Bangun pagi.

Minum air sejuk 2 mug.

Gosok gigi - bersuci diri @ mandi - angkat air sembahyang - solat

Buat sarapan nasi goreng
( untuk ditinggalkan anak2 di rumah - pandai la korang nanti cedok sendiri )
Hubby pun bersarapan

Minum @ makan quaker-oat
( paksakan diri untuk makan - biar isi perut "full" & bertenaga )

Minum 1 mug lagi air suam + madu ( amalan harian - untuk kesihatan diri -
kena amalkan - sape nak ikut silakan ...) - siap diri


Sonata sedang menghangatkan dirinya....mula terasa bahangnya

Hantar hubby pegi keje....salam - cium - kehangatan dakapan pagi terasa -
inside touching - keje jadi mudah - senang - gembira

Ohhhhh...lagi 5 minit jam 8 pagi - keluar menuju ke sekolah...........

Kehangatan di jalan raya bermula - kereta nampaknya bergerak agak perlahan - mungkin kereta cikgu ! Kalau orang ofis waktu begini mustahil
sebab sepatutnya dah berada di ofis!

Jadi, ini konfem kereta cikgu la. Kenapa aku kata konfem kereta cikgu???
Hari ni kan 31. 12.09 - hari ni juga kebanyakan sekolah mengadakan meeting pertama sebelum sekolah dibuka dengan rasminya hari Isnin depan
& ada juga sekolah yang buat pendaftaran murid Tingkatan 1 @ Tahun 1....

Mesyuarat pertama telah berlalu.....Bahagian pentadbiran memberitahu tentang pengurusan masing2. Alhamdullilah majoriti cikgu aku telah datang menghadiri mesyuarat dengan begitu bersemangat nak memulakan P & P - tidak kedengaran sakit sana sakit sini - semua ceria kecuali 3 orang aje tak hadir dengan sebab yang sangat konkrit . Begitu ghairah untuk mendapatkan Buku Rekod Pengajaran + jadual waktu dll berkaitan - mula bersiap siaga untuk P & P hari Isnin 4.1.2010.

Begitu juga pendaftaran untuk Tingkatan 1 diadakan pada 2.1.2010 Sabtu ini -
semua kelengkapan sudah siap juga diuruskan oleh cikgu2 & pengawas.

Yang aku tahu , sangatlah ramai nak masuk ke sekolah ini
dengan pelbagai alasan & rayuan & tak kurang hebat juga menggunakan
tali kebel paling besar di negeri ini demi untuk kemasukan anaknya di sekolah juga. Nak buat macamana - kalau orang kuat pak menteri sudah sain itu surat!

Mesyuarat ditangguhkan dengan jamuan makan tengahari.

Bahang kehangatan persekolahan tahun 2010 mula terasa........


SELAMAT TAHUN BARU 2010




Sunday, December 27, 2009

cuti - makan - makan - makan...

Habis dah cuti 3 hari... esok nak kene pegi sekolah - nak perati2 apa yang belum settle untuk meeting pertama pada 31.12.09.....pendaftaran murid tingkatan 1 pada 2.1.2010 .....cepat sungguh masa dah habis.........tinggal kenangan semalam!

Mulanya ada cadangan nak balik kampung pada 25hb - tapi dah tak jadi pulak...Fatehah & gengs ( Ayeen & Awen ) balik pada 25hb tu...

Cuti2 ni - dapatlah aku melayan jogging jalan cepat @ brisk-walking aku ni....
( apa punya bahasa daaa...)... Aku telah pegi ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh....cuti2 Malaysia ni - ramailah rakyat Melaka @ Malaysia masuk hutan....pegi pagi2 masih boleh parking...cuba lewat2 tengahari ke - sampai petang ke....penuh la tempat parking ni...rakyat dari negeri lain masuk ke negeri Melaka. Tatau la orang Melaka sendiri datang - mana aku tau...yang aku tahu kalau cuti sekolah ni sesak tempat2 pelancongan dalam negeri Melaka ni.

Berbalik kepada masuk hutan ni .....satu hari tu aku jalan2....la terserempak dengan rakyat hutan...Lihatlah dunia dia yang hensem !
sila abaikan mutu gambar yang kurang jelas


Pada 25hb seperti biasa aku masuk hutan bersama Farahin & Fahd ....Agak2 matahari dah suku galah - dah tiba waktunya pintu besar Mydin terbukak luas..... lepas sampai ke garisan penamat kita orang pegi la menyelongkar pasar Mydin - beli ikan siakap , cencaru , pari - 2 ekor ayam - segala mende yong-tofu, sosej dan ntah apa2 la lagi untuk buat BBQ lepas magrib!

Maka berpanggang la bagai nak rak bermula lepas Asar - Si Mohd tukang uruskan seme - lepas magrib masih terus lagi memanggang sambil bermakan2 & aku ready dengan nasi lemak seperiok - oppppssss gambar dah lupa nak snap sebab kesedapan teramat sangat menjamu selera. Ohhhhh.....kenyang!

**********************************

26hb masuk hutan lagi.....kalau dah ramai kat rumah cuti2 Malaysia ni - macam2 la yang order makan!Pandai korang nak masak ape....seme ade dalam esbok tu! Gasak korang la...

Tengahari pegi walimah sebuah kat Jasin - staf JPM.

Lepas magrib - sempena belated birthday aku , dapat belanja dari abah! Kita orang ( 7 mulut ) yang nak makan kat Marrybrown di Melaka Mall....
hu hu hu makan lagik!


lepas tu - jalan2 kat Parkson - terberkenan pulak dah kat kasut ni....good ofer...he3x

Hari ni 27hb....masuk hutan lagi...balik rumah terus berdesup2 kat dapur bersama anakanda2 bermasak2an secepat mungkin - 10.30 pagi dah siap! Masak sambal tempe, terasa nak makan masak lemak taugeh+tauhu , ayam masak kicap , salad tauhu goreng untuk anakanda2 nak balik ke KL. Lepas selesai bersantapan - hantar Fatehah & gengs ke Melaka Sentral....

Lepas tu aku & hubby teruslah memenuhi jemputan kawin lagi - mula2 ke Bukit Baru , diikuti di Kg Kandang, terus ke Dewan Alamanda Jasin dan hala balik singgah ke Ozana.....Hu hu hu makan lagi...ni lah antara cenderahati daripada tuan rumah mak-pak raja sehari aje ok!



Lepas Asar tadi pegi ke Jusco - Mohd nak beli jin jeans.....sementara nak siap kaki jin jeans siap ( dipotong ???) & dijahit selama 15 minit tempohnya ...ye la panjang sangat potong la...kasi ngam2 bila pakai....aku pun berkeliaran dalam Jusco ni...
apa taknya ada
year end sale YES!!!

Lilau punya lilau....aku terpikat pulak dengan kasut ini!!! Buat sibuk aje la...sibuk orang beli kasut nak pegi sekolah - aku pun sibuk jugak la menerai2 kasut...Terjumpalah staf....ye la kak - kita kan nak sekolah jugak, nak kasut baru jugak! Mana la aku tau ade YES ni...bukan rajin beno aku ke sini tanpa sebab!

Kasut ni nanti senang aku nak berlari berjalan dengan cepatnya bila nak kejar budak , bila bos panggil dengan segera - maka laju lah aku berjalan! kasut malam semalam tu biasanya aku guna pakai bila ade majlis rasmi / pegi meeting / @ kalau aku nak pakai masa kat sekolah - apa aku kisah...aku pakai jugak!!!

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa....habis.

Friday, December 25, 2009

Sayang Si katak...........

Di suatu pagi....

" Umi! mari jap! "

" Ade ape?"

" Ni hah - tengok la...."
si kecik molek menuding ke arah bilik air tamu....

" Eeeeiiiiiiiiii.................................!!!!."
si ibu menjerit sekuat hatinya.

Si bapa di luar rumah bertempik...

" Napa , umi? !!! "

" Katakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!! "

" Abang - abang cepat la buang ! cepat - cepat - nanti dia lompat......!!! Cepat!!! "

si isteri mengetik2 terlompat2 takut anak katak tu melompat keluar.....
( pada hal anak katak kecik je )

kecik ke besar ke apa lagi - si ibu sangat la takut &
geli dengan haiwan amphibia katak ni........

Si suami pun dengan tergedik2 nya mencari dust-pan dengan
penyapu menguis2 akan katak yang ntah datang dari mana tatau la....
bila masa masuk ke dalam bilik air tu tatau la........

Dah selesai - anak katak dalam dust - pan....
si suami mengusik isterinya...

" Nahhhhhhhhhhhh !!!!"

" Abanggggggggggg !!!!"

( boleh gugur jantung si ibu & boleh terus lemah dibuatnya
bila terserempak dengan si katak......)

Supaya aku tak lupa.....

Apa nak catat hari ini?

Hari ni keputusan PMR sudah bocor! Eh eh eh...bocor pulak dah..
ye la dah dapat keputusan rasmi kan...Aku tak dapat nak berkongsi
kegembiraan dengan anak2 didik aku yang kucintai
kusayangi - maaf ye sayang! Cikgu kena buat urusan rasmi....
tak pe - tak pe 4 Jan tahun 2010 kita jumpa okey!
Apa2 pun cikgu rakamkan tahniah yang tidak terhingga atas kejayaan kalian.

Cikgu dimaklumkan ade 25 orang telah dapat straight A's....sape tu?
hari Isnin nanti cikgu cek kat analisa okey!
Sampai ke target ni? ntah la data tak ade depan mata ni
tak dapatlah nak cek...tak pe la...tunggu hari Isnin nanti.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Hari ini aku memenuhi jemputan Majlis Hari Kualiti JPM -
untuk pegi tu satu hal la....

tapi untuk menerima penghargaan anugerah sekolah cemerlang...

Tuan Pengetua menunaikan umrah , maka aku telah diamanahkan untuk menerimanya daripada Tuan Pengarah ...majlis bermula selepas
Tuan Pengarah
"menguruskan" keputusan PMR peringkat negeri .

Kehadiran tetamu :
pegawai2 jabatan/PPD/pengetua/guru besar / wakilnya seluruh negeri Melaka...


pendaftaran kehadiran jam 8 pagi..lepas tu disediakan sarapan - nasi lemak...
nasi lemak - nasi lemak la - yang penting aku kureng gemo nasi lemak ni -
tapi ambik jugak la untuk merasa....sebelum pergi aku dengan pelahapnya aku dah
belasah quaker-oat...cepat2 bergegas aku ke Taman Budaya hala ke tol Ayer Keroh....kehadiran kena punctual - biar cepat, jangan nanti terhegeh2 baru la tersipu2 nak masuk dewan...jangan cari fasal...mata-mata banyak melilau tau!!!

hai 8 pagi dah mula? sebelum majlis tu - pengisian dengan forum telah diadakan!
maka berforum la kita orang bertajuk:

Inovasi & Kreativiti Membina Kualiti Penjawat Awam
Speaker : Senator Datuk Akhbar Ali &
Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohd Diah ( UteM )

apa yang aku dapat?

Jika orang tanya : sibuk ke ? ye sibuk! kalau tak sibuk - "buang" kerja!
selaku penjawat awam ni - kena cari kerja - apa kerja lagi nak buat...
bila buat kerja - kena buat inovasi - bila nak buat inovasi - kena ade kreativiti!
inovasi bukannya keluarkan kos yang banyak!
buat inovasi bila kedapatan sesuatu masalah -
cuba settlekan - bila settle - hah siaplah inovasi - dengan erti kata lain
( aku ingatkan diri aku yang kerdil ni ) - kita ni dah la tak ade kudrat
nak guna 2 kaki 2 tangan - guna la minda yang kreatif untuk buat inovasi!
Try to think to make something that can make profit !


idea Prof: undang2 jalanraya tak boleh lebih 110 km/hr atau kurang lagi 90 km/hr
tapi cuba cek kebanyakan kereta berapa limit meternya?
sonata aku kat high-way boleh pegi sampai 160 km/hr @ lebih...
( pernah la kena saman bila hubby bawak ).....

ade orang kisah nak ikut had laju tu? apa kisah kan? nasib la kena saman....
lepas tu dah la bawak laju - salah hemat malang tak berbau!
banyak malang yang tak berbau ni kan...sampai bila nak selesai?
kena saman & malang...takkan habis!

jadi apa inovasi boleh buat?
hahahahah cuba fikirkan dengan minda anda yang kreatif!
*
*
*
*
*
*
*
meter kat kereta tu buat sampai 110km/hr aje - jangan lebih dari tu...
jadi bila kat high-way - korang pecutlah kereta tu takat 110 km/hr aje...
insyaAllah tak kan kena saman & malang2 yang tak berbau tu
lama kelamaan akan kurang -kurang-kurang &
mungkin tak ade langsung!
( bukan aku cakap ye...aku dengar Prof cakap -
aku catat ni supaya aku boleh guna bila nak ajar budak sekolah
supaya berfikiran kreatif ! )



Wednesday, December 23, 2009

Kesimpulannya......selesai lah sudah rakaman aku...

Sebagai penutup kata: ini semua pendapat aku - aku tidak tau mereka yang pernah ke sana atau ke mana2 la...kepada sesiapa nak ke sana , mungkin info aku ni boleh membantu....

Perjalanan aku ke 2 buah negara baru2 ini - amat menarik dan puas hati. Seronok mengutip menimba pengalaman / budaya yang berbeza dari negara kita. Setakat pengalaman aku ke mana2 sekali pun , aku sangat2 berpuas hati , samada dalam atau luar negara....masalah kelewatan flight dan lain2 - itu perkara biasa - yang penting kita jangan merungut - ingat ade hikmah disebalik kelewatan atau apa jua sekalipun....

Biasanya nak ke mana sekali pun - aku sempatlah sikit2 "merisik" dulu tempat itu...sekarang lagi senang En Google rajin tolong ! at least ade la sikit info kan - jangan lah tak tau langsung....dah tahu nak pegi negara bukan majoriti Islam - jadi bab makan amat penting...so be prepared bawak sikit bekalan ...walaupun pakej tu ade disediakan makan - tapi ntah apa2la yang akan disediakan!

Hi Chi Minh ( bandaraya yang penuh dengan motorsikal - sibuk ) - kita orang jumpa restoren nasi beryani ( lupa lak namanya ), lepas tu pegi jugak ke Kedai Shamsudin
( di sini ade surau ) & pergi juga ke Bombay Restaurat depan Sheraton Hotel...jumpa sekeluarga orang Malaysia makan jugak di kedua2 tempat ni....



nasi goreng di Kedai Shamsudin


di Bombay Restaurant - aku hantam roti canai!
hu hu hu sedapnya dapat roti can
ai

Kalau nak bershopping di Ho Chi Minh - sangat bagus! ( berangan nak ke sana lagi untuk shopping - he he he - ntah bila la lagi ....) - harga kain boleh dapat sangat istemewa ( bargain -bargain bagai nak rak....kalau kata tak jadi - dipujuk2 - kita pun buat le jual mahal....at last dapat harga yang kita nak! )

shopping di Ben Than Market


Jika dah ke Ho Chi Minh - lebih baik teruskan ke Phnom Penh - Cambodia - naik bas express selama -+ 6 jam...Ok pe....nak keluar bandaraya Ho Chi Minh pun hampir 1 jam...Ni dia rupa bas yang aku naik tu...











Di Phnom Penh - bandarayanya agak tidak teratur - kurang banyak sikit daripada Ho Chi Minh...& agak kotor...Kedapatan kanak2 dengan ibunya melepak2 - dengan keadaan yang terlalu daif lagi kotor - mintak belas ihsan orang! Kalau tengok memang sedih - tapi kerajaannya seperti merelakannya berlaku!

Tak ade bangunan tinggi2 - ade lah sikit di kawasan2 yang baru nak dimodenkan dibangunkan ...dengan bangunan yang agak moden....Di bandaraya ni ( kawasan tempat aku menginap ) sebelah hotel ni ade Malaysia Restaurant - iaitu KAA Travel / Elmona Travel( Malaysia ) - isterinya orang sini lah -khas menguruskan di Cambodia.
Kawasan perkampungan Melayu Islam Champa tu jauh dari pusat bandar ni...

Kalau nak shopping batu bata batu permata di sini la yang terbaik..datang pun dari Burma / Thailand / Cambodia....( aku ni buta batu permata ni....kalau taukeh kata - this is original - come I show you to test - maka dikeluarkan sejenis alat menge test - kalau ori menyala la alat penge test tu...ntah ye ntah tak....mana kita tau kan! )

Nak beli kain pun ( pada aku tak berapa ok....ade Cambodia Silk - agak keras ),
nak beli t-shirts pun - banyak gambar2 yang tak boleh kita pakai ...melainkan ade le aku beli iaitu yang menunjukkan tulisan alphabet Khmer...ok la tu kan! Lagi satu yang best jugak beli kat sini - beg! Handbag ke /atau ape ke - kulit ke tak kulit ke ...ok la tu....tapi aku tak le membeli handbag - walaupun dah pegang berkali2!!!
sebab mahal jugak ( yang aku berkenan tu le - kalau yang biasa2 tu murah la...)



dalam 'pasar' ni kebanyakannya khas untuk permata -
dah terlalu banyak - macam nak juling mata ni....& fenin!


Lepas tu - kalau nak terus ke Siem Reap - bolehlah meneruskan dengan naik bas express atau van..Hari tu kita orang lebih senang naik van aje - senang - beg pun dah mula bertambah - dari 1 , ade member dah bertambah 2! ~~~eeehhhh macam la yang menulis ni tak tambah beg~~~


Di Siem Reap - best gak shopping - sama juga seperti di Phnom Penh...Restoren yang di pegi ialah Cambodian Muslim Restaurant - Haji Naseat ( dapat business card nanti senang la kan manalah tau ade rezeki tepijak boleh pegi lagik! ) - belakang restoren ni ade surau @ masjid...& jugak D' Wau Restaurant....


Ok la...sampai sini saje la...wasalam.

Esok nak ke majlis rasmi Hari Kualiti JPM
mewakili Tuan Pengetua untuk menerima anugerah sekolah cemerlang

Tuesday, December 22, 2009

Last night in Siem Reap & going back 9 Dis.

Malam terakhir di Siem Reap ( baca di sini ).....aku kena update cepat2 ni...kang aku lupa apa aktiviti malam terakhir di negara yang penuh nostalgia sejarah & juga terkenal dengan pemerintahan Pol Pot - Khmer Rouge Pol Pot...

Apa aktiviti malam tu?

Makan malam di Restoren D" Wau...restoren ni pern
ah dikeluarkan disiarkan di TV3 ( ye ke? ye kot...) ....Dapatlah rasa masakan ala2 Malaysia ....Hu hu hu sedapnya! Cuba tengok apa ade di sini...macam mana sedap pun ( memang la sedap berbanding sebelum ni ) - perut aku ni tak boleh nak terima sepenuhnya jugak....aku hantam jugak la....




















Dah selesai makan - terus sambung berjalan2 lagi ke Old Market - Night Market - Central Market....


tengok2 aje....meninjau2 - macam2 rupa ade...

dikatakan kebanyakannya batu batan batu original - Cambodia terkenal dengan batu ruby ( warna merah )....aku sesuai dengan batu ruby...tau macamana nak tengok sesuai ke tak sesuai? ukur jengkal tangan bermula dari tulang kat siku - ukur 2 jengkal ke jari tengah ( ade panggil jari hantu??? ) lepas tu masukkan cincin yang berbatu permata - lepas tu ukur semula, jika batu tu sesuai, ukuran akan jauh jaraknya - jika sama - batu tu tak sesuai....sila abaikan petua ini !
ni member aku beritahu...kita pun suke2 le try....ade duit seme sesuai!!!

Dah letih -balik ke guesthouse -mulalah berkemas sakan!

Esoknya 9 Dis bawak keluar beg yang sudah beranak 2/3
(termasuk backpack ) - kalau tak ade lebih dari 1 - tak sah la tu....
aku punya beg masuk kargo nasib baik kurang 20 kg!
ade member lebih 20 kg!!! tapi tak ape la, kita pegi dengan group -
kira beg pun ikut group jugak la....saling bantu membantu kan....
jadi tak adelah kena charge extra untuk lebihan kargo ni...pagi tu sebelum
berangkat ke airport - sempat lagi berjalan2 di Central Market...klik sini




Beg sape ni??? yang depan sekali LV
( baru beli la tu- minat punya fasal dengan alasan: tak ape nanti anak
aku boleh guna bawak ke kolej ) - hand luggage aku....

backpack coklat sebelah kanan - itu aku punya!
kargo beg lain....beg kecik aje...he he he tak ade dalam gambar!


Flight jam 1 petang waktu Cambodia - landed di KLIA jam 4 petang -
alhamdullilah selamat sampai ke rumah jam 6.30 petang

Monday, December 21, 2009

Sesak & Saman


Hari ini aku dicatatkan sebagai guru bertugas....ade 2 orang disenaraikan bertugas....

Tapi aku datang lewat sebab Fahd nak pergi berenang-renang.....so beritahu member aku datang lewat sikit.

Ok, aku pun hantar Fahd ke kolam renang di bandar hilir......

Bila tengok tak ade orang...tanya pak gad - rupa2nya hari ni pagi Isnin orang cuci kolam! alamak lupa la....jam dah 8.45 pagi. Sebelum keluar aku dah ready dengan track-suit nak ber exercise sementara menunggu Fahd berenang. Oleh kerana tak dapat berenang - aku dengan Fahd pun berjalan di sekitar kawasan bandar hilir tu - melalui muzium2 yang ade - menaiki tangga yang agak tinggi & curam sehingga ke atas Bukit St. Paul....lepas tu turun ...sengaja aku ber exercise.

Jam 10 baru la pergi ke sekolah - kebetulan bos ade - ucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah....tau2 la bila di sekolah - beberapa orang luar telah datang menghulurkan borang untuk masuk ke sekolah aku ni....susah mau cakap la...seme nak masuk ke sini...aku nak buat macam mana ....dalam satu2 kelas dah tahap maksima! 40-45 students!

**************************************************************************************

Petang 2.30 keluar dengan Farahin.

Selepas urusan di bank - nak pegi ke Tesco - bila tiba di persimpangan Padang Jambu , simpang ke Flat Polis Sri Temenggong - dah nampak kenderaan mula berhenti --- panjangnya nak melepasi trafic-light!

Aku pun , ambik jalan potong - masuk ikut jalan Padang Jambu - best la sebab tak ade kenderaan lain! Bila tiba aje kat Kolej Perubatan Manipal - alamak kereta dah berderet jem! patutla sampai ke simpang Padang Jambu! maknanya sudah jem sepanjang jalan hala ke bandar...sebab apa? tatau la - acident ke / memang kenderaan banyak ke masa cuti sekolah ni....( di Melaka ni seme tempat pelancongan penuh! - dan jalan pun sesak .... )

Tak boleh jadi ni - tak guna aku teruskan nak ke Tesco - buang masa di jalan aje...aku patah balik - terus ke Jusco saje! Bayar macam2 bil di Pejabat Pos dalam Jusco - selamat aku boleh shopping terus...kalau aku nak ke Tesco juga - alamat tak sampai lah...ntah pukul berapa baru tiba...tak berbaloi!!! buang & rugi masa....

Bila aku nak balik masuk kete - terselit kertas saman oleh MBMB ! Encik yang letak kertas saman ni tak nampak ke ade stiker MBMB kat stering kete aku ni? Main pakai letak je saman ! Aku memang tak pernah gores2 kupon untuk parking....
& tak reti pun.....


Tiba rumah - beritahu hubby - uruskan kertas saman - aku tak reti nak bayar2 saman ni...biasanya tak kena la, bila hubby uruskan....he he he....




2 beg penuh dengan makanan!
cakap kat budak cashier - macam tak makan seminggu! gelak budak tu...

Sunday, December 20, 2009

Kisah Hujung Minggu

Cuti 3 hari sejak 1 Muharam ....kebizian melanda...terutama meng "update " rumah! nak upadate blog pun kurang masa - bukan tak ade masa....masa untuk N3-n3 baru - terutamanya cite2 kisah berjalan2 tak habis2 lagi...

Hari Jumaat petang lunch-hi-tea ( lepas solat Jumaat ) di Strait Meridian Hotel - asalnya meraikan GKMP yang bersara sebelum cuti - pulak tu hari tu hari lahir aku ..... jadilah 2 in 1 - bawaklah sekali menjamu selera hubby + Farahin + Fahd meraikan harijadi ~~~konon2nya ~~~ ( aku ade menyediakan special gifts untuk semua yang datang - pulut kuning & gula2 coklat....) & members ni tahu hari ni birthday aku - hu hu hu dapat special hadiah ( TK : Cik Korea - special nickname & Kak Som )

Hari Sabtu pulak pegi 2 jemputan walimah - yang pertama ( oficer JPM ) di Dewan Bestari ( Ayer Keroh ) - hujan renyai2....nasib baik dalam dewan - selesalah semua jemputan menjamu selera ... Bila nak keluar dewan , hujan pun mula nak lebat...Sambung jemputan di Duyung ( kenalan hubby ) - menjamu selera dalam hujan lebat! Nak buat macamana kan - dah rezeki Allah swt turunkan...hujan ke hujan la...bukan tak biasa hujan2 ni...banyak kali jugak la pegi jemputan dalam hujan - tetap pegi jugak memenuhi undangan...Kakak Cik Korea ade jemput majlis pertunangan anaknya tapi tak dapat hadir sebab hubby nak ke KL ambik emaknya.

Hari ni pulak - pegi 4 jemputan - keluar rumah jam 11.30 pagi - sampai rumah jam 3 petang! Mula2 ke Bachang - agak jauh jugak la dari rumah aku ni....
( mantan PPDMT ) - lepas tu patah balik ke Batu Berendam ( oficer MBMB ) - dah selesai ( hujan renyai2 ) terus ke Alor Gajah di Masjid Besar Alor Gajah ( oficer Honda - bukan hantar kad - tapi sms & telefon lagi - hubby kata kena pegi juga ni - jauh - jauh la ) & akhir sekali balik semula hala ke rumah untuk memenuhi jemputan jiran kampung sebelah taman aku ni....bila aku tiba je...sama saing dengan CM ! CM ni jika dijemput memang dia akan datang sebab rumah dia pun dalam kawasan ni jugak!


Dah masuk rumah ke 3 & ke 4 dah tak larat nak makan - tapi dah memang bajet - makan sikit2 setiap rumah....aku tetap makan jugak!!! mana nak turun2 berat badan ni - 5 hari kurang makan - hujung minggu je - tambah makan! Nak kata sekali sekala? Tak ade nya...pendekata dah dianalisakan sepanjang tahun macam ni lah....bila direnung2kan betapa murahnya rezeki rakyat Malaysia ni - bersyukur lah kita sebagai rakyat Malaysia....~~~ minggu depan ade lagi! ~~~
( walaupun pernah lihat kisah bersamamu - aku rasa itu jauh lebih baik daripada mereka yang duduk merempat di kaki2 lima....ini aku tengok di Phnom Penh - memang sedih - macam sampah dengan anak/baby keciknya....aku belum cite ni...nanti aku buat resolusi )


Petang tadi pulak "melawat" ke kebun my family's friend -
macam2 ade dikebun nya.



Ini dia....pokok apa ni? cuba teka.....

masa kecik2 dulu bila pegi ke rumah atok,
buah ini lah aku dok kutip dan makan!

Saturday, December 19, 2009

Sekitar kawasan Angkor Wat

7hb Dis - hari ke 8 - pagi2 selepas selesai semua pengurusan diri / solat - kami telah pergi melawat ke kawasan Angkor Wat ....cite panjang di sini....pegi pagi2 untuk melihat suasana pemandangan yang cantik apabila matahari terbit & pagi2 ni tak panas nak berjalan. Angkor ni nama lama Siem Reap...Wat tu maknanya temple / candi seperti Candi Borubodor / yang kat Lembah Bujang ( m'sia ) tu...ini adalah satu daripada benda ajaib di dunia....kawasannya sangatla luas...di Angkor Wat ni - 2 jam berjalan luar & dalam bangunan tu...mulanya ingat seperti semua temple - tapi tidak...ada tempat2 tertentu aje - tapi sekarang dah tak ade - semuanya jadi bangunan ajaib di dunia. Ianya bangunan2 lama yang tersangat la besar!


pintu gerbang - pintu masuk - tersangatlah besar!


kelihatan tourists bertenggek atas /tepi bangunan / tepi padang untuk
mendapatkan fokus yang paling cantik ( gamaknya ) untuk me
lihat matahari terbit


ni pulak duduk depan kolam yang penuh dengan pokok teratai -
ade juga kelihatan tourists sedang breakfast ( ade la gerai tepi2 tu )


matahari dah muncul ! sangat cantik....

kawasan persekitaran


ukiran yang halus berseni - dilukis sepanjang dinding bangunan yang besar & panjang!

betapa hebatnya rakyat pada abad ke ( 13 ??? - tak pasti la - cikgu sejarah tau lah kot...)
melukis - ukiran hampir sama semuanya! macamana dia orang dulu buat tatau la...
sebab dah lama kan...bukan guna alat2 teknologi mesin seperti hari ini...kagum betul ...



ini adalah longgokan batu2 bangunan yang runtuh -
kawasan lapang di kelilingi oleh bangunan2 yang tinggi lagi besar


salah satu anak tangga yang sangat curam dalam bangunan tu -
tidak dibenarkan naik ke atas....hu3x - boleh telentang jatuh kalau naik!
macamana orang2 dulu naik ??? hebat betul tamadun orang dulu...


dah penat berjalan hampir 2 jam - kita orang bersarapan -
resepi versi si Kamil - roti disumbat sambal ikan bilis + telor rebus!


nak keluar dah.....nak ke kawasan yang ke 2 - Angkor Thom - the smiling temple


gajah ni bawak sape2 yang letih berjalan - minta lah gajah ni bawak kan
ke dalam kawasan The Smiling Temple ni...kena bayar tau..kalau tak silap USD15

sebelum masuk ke dalam kawasan ini -
kiri kanan ade le sederet patung besar2 semuanya sedang senyum!

sebelah kanan lelaki, sebelah kiri perempuan....
lepas tu terus berjalan melepasi pintuk gerbang &
lepas tu naik van sebab jauh ke dalam kawasan rekreasi

ni pun runtuhan batu bangunan di dalam kawasan ni -
bangunan2 ni bersepah2
kedudukannya seperti dalam satu hutan rekreasi

kelihatan tourists berjalan atas salah satu bangunan


aku & 3 gengs dah tak larat nak berjalan2 lagi - lepak bawah pokok....
tunggu packed lunch datang
....dah habis tempat ke 2 -
pegi pulak ke kawasan yang ke 3 - Angkor La Throm
di tempat lain....lagi la pulak aku duduk dalam van - berehat...

3 Sabahan guys tu yang larat meneruskan penjelajahan mereka.....
selesai 3 tempat saja - ikutkan ade lagi ...
tapi semua dah letih berjalan - berjalan - berjalan sebab kawasan ni luas.....
exercise aje le....



tamat

next - last night in Siem Reap