CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, December 20, 2009

Kisah Hujung Minggu

Cuti 3 hari sejak 1 Muharam ....kebizian melanda...terutama meng "update " rumah! nak upadate blog pun kurang masa - bukan tak ade masa....masa untuk N3-n3 baru - terutamanya cite2 kisah berjalan2 tak habis2 lagi...

Hari Jumaat petang lunch-hi-tea ( lepas solat Jumaat ) di Strait Meridian Hotel - asalnya meraikan GKMP yang bersara sebelum cuti - pulak tu hari tu hari lahir aku ..... jadilah 2 in 1 - bawaklah sekali menjamu selera hubby + Farahin + Fahd meraikan harijadi ~~~konon2nya ~~~ ( aku ade menyediakan special gifts untuk semua yang datang - pulut kuning & gula2 coklat....) & members ni tahu hari ni birthday aku - hu hu hu dapat special hadiah ( TK : Cik Korea - special nickname & Kak Som )

Hari Sabtu pulak pegi 2 jemputan walimah - yang pertama ( oficer JPM ) di Dewan Bestari ( Ayer Keroh ) - hujan renyai2....nasib baik dalam dewan - selesalah semua jemputan menjamu selera ... Bila nak keluar dewan , hujan pun mula nak lebat...Sambung jemputan di Duyung ( kenalan hubby ) - menjamu selera dalam hujan lebat! Nak buat macamana kan - dah rezeki Allah swt turunkan...hujan ke hujan la...bukan tak biasa hujan2 ni...banyak kali jugak la pegi jemputan dalam hujan - tetap pegi jugak memenuhi undangan...Kakak Cik Korea ade jemput majlis pertunangan anaknya tapi tak dapat hadir sebab hubby nak ke KL ambik emaknya.

Hari ni pulak - pegi 4 jemputan - keluar rumah jam 11.30 pagi - sampai rumah jam 3 petang! Mula2 ke Bachang - agak jauh jugak la dari rumah aku ni....
( mantan PPDMT ) - lepas tu patah balik ke Batu Berendam ( oficer MBMB ) - dah selesai ( hujan renyai2 ) terus ke Alor Gajah di Masjid Besar Alor Gajah ( oficer Honda - bukan hantar kad - tapi sms & telefon lagi - hubby kata kena pegi juga ni - jauh - jauh la ) & akhir sekali balik semula hala ke rumah untuk memenuhi jemputan jiran kampung sebelah taman aku ni....bila aku tiba je...sama saing dengan CM ! CM ni jika dijemput memang dia akan datang sebab rumah dia pun dalam kawasan ni jugak!


Dah masuk rumah ke 3 & ke 4 dah tak larat nak makan - tapi dah memang bajet - makan sikit2 setiap rumah....aku tetap makan jugak!!! mana nak turun2 berat badan ni - 5 hari kurang makan - hujung minggu je - tambah makan! Nak kata sekali sekala? Tak ade nya...pendekata dah dianalisakan sepanjang tahun macam ni lah....bila direnung2kan betapa murahnya rezeki rakyat Malaysia ni - bersyukur lah kita sebagai rakyat Malaysia....~~~ minggu depan ade lagi! ~~~
( walaupun pernah lihat kisah bersamamu - aku rasa itu jauh lebih baik daripada mereka yang duduk merempat di kaki2 lima....ini aku tengok di Phnom Penh - memang sedih - macam sampah dengan anak/baby keciknya....aku belum cite ni...nanti aku buat resolusi )


Petang tadi pulak "melawat" ke kebun my family's friend -
macam2 ade dikebun nya.



Ini dia....pokok apa ni? cuba teka.....

masa kecik2 dulu bila pegi ke rumah atok,
buah ini lah aku dok kutip dan makan!

18 comments:

Catwoman said...

AGK.....

Booking tempat dulu. Nanti malam kang sy dtg baca ekkkk. Nak siap2 pegi ke saloon. Hihihihi....

;)

ONE ZABA said...

ikut buah fikiran aku ni itu adalah buah asam masin kut ...

NzA said...

hujan lg ke kt melaka tu kak...ingat nk bw abah n adik jejln kt cna....

kecik2 dulu pn sy prnah gak dok kutip buah tu...mmg manis rsnya kalu dh masak ranum...

Unknown said...

salam cikgu ...
akak tak tahu lak pokok apa tu....tolong jwb la ni gak..he he he

hai kembong perut kita dgn ayam n daging , cuti2 ni , hari2 ada jemputan

insan pendidik said...

salam sonata,

kalau dah rezeki tu tak bole tolak makan jee

cm said...

pokok kemunting kan..
masa kecil-kecil dulu, round kampung cari buah ni...

Yunus Badawi said...

puas aku belik tapi tak kenal pulak pokok apa tu. Ini mesti kamera cap ayam ko punya pasal, kataku cuba cover line hehehe

sonata anak kancil said...

Zyma : ok - ok , main booking2 pulak...macam booking tiket airsia je! bayar dulu ntah bila baru nak pegi....tak pe - tak pe take your own sweet times nooo....

sonata anak kancil said...

OneZ : ape la ko ni - buah ni pun tatau? kat orang kena penjara tu ape nama? kemunting kan ? hah pokok kemunting...takkan ko tatau sebelah gopeng!

sonata anak kancil said...

Nza : hu hu hu...hujan lo & Melaka jem loooo.....tapi ape kisah kan...datang ngan kete - tapi bila nak berjalan2 tu kalau hujan...ahhh tak best la! Jom mai rumah sy....ikut Lebuh AMJ

sonata anak kancil said...

Ummi Humaira : alamak kak Ummi ,kat kampung kak Ummi kan banyak...pokok kemunting la...tatau la belah2 utara panggil pokok apa.

tu la fasal makan sikit aje...takut perot kembong semacam nanti - baru padan muka baju tak muat! ngeh3x

sonata anak kancil said...

IP : betol - betol tu...ni masa depa menjemput kita kan...tunggu time kita menjemput pulak....sonata lambat lagi !

sonata anak kancil said...

Cikgu Math :BETUL !!! pokok kemunting...ade jugak orang tak cam...ke kamera saya silap ( spt kata YB )he3x

sonata anak kancil said...

YB : ehhhh ko orang lama tak kenal pokok ape? namanya je selalu balik kampung emak Adam - ke pokok ni dah habis kena bulldoz orang buat jalan?

macam ni ko kena buat rombongan datang ke tempat aku ni...aku nak tunjuk kat ko & lebih2 lagi anak2 ko - jangan tatau ni lah pokok kemunting yang buah macam ceri
( ntah2 pokok ceri M'sia oun ko tatau )

faraulah said...

Sonata,

dulu-dulu pokok kemunting tumbuh di tepi2 jalan jer kat kampung saya, sekarang ni, nak jumpa satu pokok pun susah.rasanya generasi baru dah tak kenal pokok kemunting ni

sonata anak kancil said...

Faraulah : ye la...agaknya ramai tatau pokok ni....rugi! sebab kita masa kecik2 dulu dok kutip buah ni kan kan....

fatehahnasir said...

okey.
1st time dgr pokok kemunting.
haha!

sonata anak kancil said...

Fatehah : ko biar betul, tak pernah dengar???apa la kamu ni....somewhere kat Tawau ade kan! gi cari...