CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, April 20, 2008

Salah turun tangga


Hari Khamis 17.4, aku nak gi sekolah seperti biasa. Tengok2 si Fahd tak bangun lagi, apalagi aku pun naik tangga ke bilik atas nak kejut dia ke sekolah. Lepas tu, entah macam mana tersalah turun, kaki aku jadi cramp. Mula2nya ingat crampalah, suruhlah hubby tolakkan tapak kaki, tapi masih terus sakit.Pergi juga ke sekolah, jalan dah perlahan, orang pun sibuk bertanya, kenapa jadi macam tu. Tiba kat pejabat, minta tolong cikgu praktikal urutkan, tak jalan juga. Lepas tu, Linda staf pejabat tolong urut juga. Orang "pro" semuanya, semuanya tak ok juga! Aku taklah nak salahkan dia orang pulak. Tak baik2 juga. Sampai nak breakfast pun, aku minta tolong orang kantin hantar kat pejabat. Masih sakit lagi. Dah dekat pukul 10 lebih, aku telefon hubby minta bawa ke klinik. Sebab dia ada seminar kat EQ hotel, bolehlah tolong bawakan. Pergi ke klinik kat Bkt Beruang, klinik yang biasa aku gi doktor India, dapat mc untuk 2 hari, aku kata standby aje, kalau ok aku gi sekolah seperti biasa.

Dekat pukul 1 bos telefon tentang jadual waktu yang dia suruh aku susunkan, aku pun beritahu aku tak keluar2 pejabat sebab sakit kaki. Dia pun terus nak bawa aku tempat yang dia biasa urut. Rupanya kat Batang 3 somewhere kat SMK Klebang, ingat kan dekat. Sampai kat sana, Pak Hasan namanya, urutlah kat betis yang telah membengkak. Tak jalan juga, minum air pun tak ok juga, dia kata, urat aku sejuklah, memanglah sejuk, aku duduk dalam aircon, tidur pun aircon, nak kata apa panas punya fasal. Kalau tak ok, dia kata tisu dalam sudah koyak. Aku dengan bos pun balik. Tak rasa kurang juga, makin sakit ada.

Malam lepas magrib, betis masih sakit, ajak hubby gi tempat tabib cina pulak, memang betul dia kata tisu sudah koyak. Dia pun balutlah dengan herba seperti biasa dia buat kalau kita berubat dengannya. Sekarang dah masuk 3 hari, barulah semakin baik, bolehlah jalan kalau tak sakit bukan main lagi. Sejak hari Khamis juga, aku tak mandi, hanya lap saja dengan towel. Nanti habislah basah kain yang balut ni. Esok Ahad, gi checkup lagi.Harap baiklah cepat2, susah kalau dah sakit ni, nak buat kerja tak bolehlah. Tapi dalam pada tu, buat juga dengan bantuan Farahin dan Fatehah.Hari tu, aku dalam sejarah, gi berubat dengan 3 jenis doktor! India, Melayu dan Cina. Lengkap. Alhamdullilah dah beransur baik.

Saturday, April 19, 2008

Kem Pengawas Cameron Highland






Sejak balik dari CH hari Ahad, tak sempat2 nak update blog. Pergi Ch dengan pengawas2 sekolah dan cikgu2 unit disiplin dan pengawas, 3 buah bas. Mulanya nak mula bertolak jam 9 mlm,tunggu punya tunggu rupanya bas ke 3 yang nak datang ke sekolah rosak sebelum sampai sekolah. Biarlah lama tunggu di sekolah, kalau semasa dalam perjalanan lagilah parah nanti. So tepat jam 12 tgh malam kami pun beertolaklah dari sekolah. Tiba kat R & R Tapah jam 5.30 pagi, rehat, dan solat subuh. 6.30 kami pun terus naik ke CH, tiba hampir jam 9 pagi Kem Sg Pauh Brinchang, disambut dengan Cikgu Ghazali yang aku kenal tu dan Cikgu Norazman yang mengetuai kem ini iaitu Waja Diri Adventure Team. Tiba terus dihidangkan dengan sarapan pagi yang telah sejuk- nasi goreng! Bukannya apa, mulanya memanglah panas, sebab suhu yang sejuk, letak kejap dah sejuk. Punyalah banyak makan, sebab lapar sepanjang perjalanan adalah juga berhenti, tapi bila dah tiba kat kem tu, wow seronok dan lapar
Suhu sejuk, buat kami semua pakai baju tebal, macamlah kat oversea. Pengawas setelah diserah kepada WDAT terus buat aktiviti. Cikgu2 semua masuk chalets yang disewa khas. Sepanjang jalan nak ke chalets, sempat singgah kat strawberry farm yang kecik aje, apa lagi sempatlah berposing dengan strawberry. Lepas makan tengah hari, semua guru dibawa oleh Cikgu Ghazali ke Kea Farm kat kedai jual sayur dan strawberry yang dia memang dah kenal dan boleh dapat harga baik. Apa lagi, mana sempat beli, beli dulu. Sayur2 dapat 18 peket hanya rm10 saja. Berebut2lah dia orang beli. Aku pun belilah juga, walaupun kalau ikutkan aku bukannya masak sangat, tapi belilah juga. Strawberry dapatlah 3 peket rm15 besar2 juga.Ok lah, jangan tak beli orang kata. Lepas tu gi ke Raju's ais krim kat atas bukit, makanlah juga ais krim strawberry nya.
Balik ke kem sebab jam 5.30 petang pengawas berhenti rehat dan nak bawa mereka keluar pulak.

Jam 5.30 ptg bawa pengawas ke pasar malam yang tertinggi di Malaysia atau world (?) Brinchang. Brinchang ni, tempat yang paling tinggi kat CH. Keluar dari bas, teruslah hujan lebat. Nak tak nak, jalanlah juga dalam hujan, bila lagi sebab dah tak ada masa. Basah! tapi pakai 2 lapis baju, taklah terasa basah kuyup. Tapi gigil juga lah. Belilah makanan sikit, kebanyakannya orang Cina yang berniaga, orang Melayu & India ada juga. Ada 2 orang cikgu tu, tak habis2 membeli, sampai tak ingat jam berapa nak balik, hari dahlah hujan, semua orang balik secepat mungkin, dia orang ingat balik 8.30 malam! Dengar cerita, beli bunga dan strawberry, murah katakan kalau banding kat tempat sendiri.

Malam kat kem, suhu turun sehingga 13 - 14 c, sejuk sangat rasanya. Ada pengawas tak tahan sejuk, hantar ke klinik, tapi tak serius. Malam tu tak lah tidur dalam khemah, bimbang apa2 hal berlaku, semua pengawas tidur dalam rumah rangers. Aku dengan Farahin dan Fahd yang ikut sama, tidur dalm kesejukan di chalet.Tak payah aircon!

Hari Ahad, tengahari lepas habis majlis penutupan, kami pun balik ke Melaka. Singgah kejap kat Ladang Teh Bharaat, singgah juga kat gerai sayur tepi jalan. Ada lagi yang membeli. Selagi mana tempat singah, masih ada lagi yang membeli. Sorang pengawas ada asma tetapi tak beritahu, dah jadi sesak nafas, cemas juga, nasib baiklah ada cikgu aku yang datang dengan kereta, tolong uruskan dan terus bawa balik ke Melaka. Alhamdullilah selamat semuanya. Tiba kat sekolah jam 11.00 malam. Esoknya pergi sekolah, tapi ada cikgu datang lewat sikit dapat kebenaran bos, aku tak lah, pergi juga seperti biasa.

Friday, April 11, 2008

Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA)

Lawatan IPBA telah tiba lebih kurang jam 8.30 pagi. Sebelum itu, masa perhimpunan pagi,aku beri sikit tips kepada budak2 ni, nak kena ingatkan macam anak2 kecik. Kena ingatkan, kalau tak, nanti dipersalahkana kata tak cakap kat mereka. Beritahu agar mereka sentiasa berdisiplin, kerana ada tetamu dari luar negara akan tiba.

Sebaik sahaja mereka tiba, mereka disambut, dan dibawa ke bilik gerakan untuk diberi taklimat mengenai sekolah ini. Mereka datang dari pelbagai negara luar - terutama dari dunia ke 3. Ada dari Uganda, Chile, Uruguay, Bhutan, Mexico, Filipina dan banyak lagi lah, seramai 29 orang termasuk pensyarah 3 orang, seorang ketua En Aslam Khan. Selepas taklimat mereka melawat sekitar sekolah, dan ke bilik2 khas, dan di samping itu mereka keep on asking everythings they want to know about the school. Rupanya antara mereka tu ada yang tidak berapa fasih berbahasa Inggeris. Mereka ke IPBA selama 3 minggu untuk latihan dan lawatan ke destinasi pilihan. Jadi tahun ni sekolah aku dipilih. Selepas lawatan sekitar sekolah, brunch kepada mereka dan pertukaran cenderahati. Kemudian mereka berpecah kepada 2 kumpulan dan dibawa melihat pengajaran dan pembelajaran guru terpilih. Hampir jam 11.30 pagi persembahan pasukan muzik sekolah diadakan. Biasalah persembahan budak2 muzik aku, memang best! Mereka main bersungguh2, dan mendapat pujian yang sangat bagus.Dan dah habis persembahan, mereka mintak mainkan lagi, dah mereka mainkan satu lagu lagi. Memang mendapat pujian yang sangat hebat, dan tahun nak datang lagi! Wow mati aku. Aku pun tak tahu nak kata apa, apa taknya pengetua aku dah pencen!

Petang ni, aku nak mula packing sebab malam ni nak bawa budak2 ke Cameron Higlands, kem motivasi pengawas sekolah. Boleh jumpa member aku yang promote tempat ni yang dia kata best untuk campsite. Dan aku pun nilah kali pertama nak ke sana. Mudahan semua selamat pergi dan balik.

Monday, April 7, 2008

kerana kawan


Hari ni ada majlis pelancaran Minggu Kemanusiaan, jemputan perasmi orang jabatan. Gitu gini, sampailah jam 9 pagi. Ok. Lepas tu buatlah macam2 urusan pejabat, terutama pengawas sekolah yang nak ke CH hujung minggu untuk satu kursus motivasi & kepemimpinan. So, balik tiba rumah dah dekat jam 5. Letih, sempat makan kuih cucur udang. Belum sempat habis makan, si Mohd telefon minta tolong belikan kek hari lahir kawan dia serta air 2 botol, alamak sebenarnya aku hampir terlupa tentang ini. Sebab semalam dia dah cakap, sibuk punya fasal, hampir lupa. Nasib baik dia telefon. Bergegaslah aku ke kedai kek yang biasa gi, & beli juga kek butter, sedekahlah untuk meraikan kawannya. Rupanya dia ni dengan beberapa kawan lain nak buat suprise. Semalam aku sempatlah buatkan satu sovenir towel, harga biasa aje, tapi bila bersulam nampak bukan main elegen lagi, siap bereben lagi. Tak kisahlah, yang penting konon2nya dari Mohd lah tu.Kawan dia pernahlah datang ke rumah ni. Tak apalah tahun akhir mereka semua kat MOZAC.

Hari ni hubby gi KK, negeri bawah bayu. Ada meeting peringkat nasional, dia diminta hadir juga kerana kepakarannya yang diperlukan dalam bidangnya. Pergi 3 hari, 9 hb dah balik,patutnya balik 10.4, terpaksa balik awal sebab nak bawa Farahin interview TESL kat KL. Ini adalah under MARA,mudahan berjaya. Yang bestnya, kenalan dari sana sape lagi kalau tak bapa dak Ayeen tarikh yang sama juga terbang ke sini! Nak tergelak pun ada. Mulanya ibunya telefon dari sana mengatakan bapanya akan ke sini, aku pun beritahulah juga my hubby ke sana pulak! Tapi insyaAllah hujung ni jumpalah tu. Apa lagi biasanya, adalah buah tangan yang dikirimkan.Paling best dapat ikan bilis yang murah di sana...Aku pun kirimkan lah apa yang patut, biasanaya produk Melaka. Kat sana mana ada,kalau ada pun tak sama dan mahal pulak. Tapi sure punya, dah lama da....Bukan nak balas membalas, ni semua perkara biasa, ole2 katakan. Tengoklah keadaan jika mengizinkan nak lagi ke sana, dah pernah gi 2x.

Sunday, April 6, 2008

A Sea Symphony


A Sea Symphony, begitulah kisah lagu2 tentang lautan di bawa oleh The City of Birmingham Symphony Chorus. Orang yang ahli dan mahir dalam bidang muzik, memanglah seronok dan berbaloi tengok dan mendengar muzik yang dimainkan. Tapi aku yang tak pandai muzik ni, pun boleh cakaplah, sangat sedap sebagai halwa telinga ni. Memang best. Tapi aku terlelap juga, apa taknya, bila mereka mainkan lagu slow meleret2 yang panjang, memanglah boleh tertidur. Boleh lena dengar muzik yang dimainkan sedemikian rupa. Bila mereka, memainkan alunan muzik yang kuat serta merta boleh terjaga! Ah, aku memang macam ni, kalau dah penat begitulah, boleh terlelap juga, tapi taklah orang kata terus tidur! Hah tu dah parahlah. Telinga ni dengar juga mereka menyanyi, hendak2 bila yang 2nd half tu, bila dah masuk ahli koir, dengan penyanyi Anna Leese (saprano) dan Roderick Williams (baritone) - ni aku rujuk pada buku program, wow boleh terpukau dengar mereka nyanyi. Mereka yang dah peringkat antarabangsa macam tu lah, kalau tak, takkan tiket berpuluh rm lebih ratusan agaknya ada. Bila dah masuk dewan, semua hphone, penggera dan kamera dan nak rakam tak boleh. Ini untuk 'kesedapan' muzik dan tak mengganggu persembahan sedang berlangsung. Memang best. Tepat 10.30 malam selesai. Penonton tepuk tangan dekat2 15-20 minit. Biasanya sepanjang persembahan selepas selesai satu2 lagu, kita tak perlu tepuk tangan, ni prosedur tengok konsert agaknya. Mula2 tu adalah juga orang tepuk, bila yang 2nd half dah tak ada lagi, bila nak mula satu2 lagu tu, sunyi sepi, hening dewan. Bagi aku dah 2 kali masuk. Bukan senang nak pergi ke sini, kalau tak ikut dengan budak2 muzik, anak anak aku Fahd dan Farahin ikut juga. Tapi Farahin, hanya 1st half saja, dia nak ke UIA, penat katanya. Macamlah dia sorang penat, kita ni pun penat juga. Hai macam ni tak lasaklah In. Aku dah biasa dengan budak2 muzik ni. Kalau tengok mereka berlatih untuk satu2 persembahan, memang kesian, penat. Hendak2 kalau nak persembahan untuk satu2 funcyion, last minit pun boleh tukar cara persembahan. Itu tak kena, ini tak kena, nak buat macam mana, sebab kita bekerja mengikut arahan, kalau mereka nampak tak ok, kenalah ubah. Balik semalam tiba kat sekolah dekat2 12.45 malam.Letih betul, tapi pengalaman macam ni bukan senang nak dapat.

Friday, April 4, 2008

Tak habis-habis kerja

Jam dah dekat pukul 12.00 tgh malam. Masih tak settle lagi untuk nak ke KL esok. Macamlah tak biasa ke KL. Mana tak sibuknya, untuk Fahd saje sekian hal, aku punya pun gitu juga. Esok nak pergi pagi2 jam at least by 7 pagi dah mula bergerak dari sekolah. Dengan budak2 ni bukan boleh main terejah2 aje, kena kira betul2, cek betul2, cukup ke, kurang ke. Tapi takat ni aku ikut budak2 muzik ni ok lah. Budak2 seronok benor kalau nak berjalan. Kekadang jalan dengan kawan2 ni seronok, almaklumlah rasa dah besor. Nak2 yang ada awek2, huh lagi lah. Tapi mereka ni just suka2 gitu aku nampak, tak tahulah yang sedalam2nya. Sebab aku kata begini, budak2 muzik ni kebanyakannya budak2 pandai. So, mereka memang budak pulun punya. kalau tak ok, tak boleh main muzik. Tak nak lah asyik main muzik, tapi kantoi pelajaran. Aku kena ambik kira, nak bawak telekong, nak bawak baju untuk pakai waktu konsert, oklah aku akan pakai baju yang warna purple, yang ala2 blouse yang labuh gitu, kain duyung, cantik le tu! Kasut pun kena fikir juga, nak kena bawa extra juga, esok pergi pakai sandle biasa dulu, kalau rasa kena masuk bersama dalam bengkel, aku akan pakai kasut tinggi sikit.Lepas lunch kat KLCC, katanya nak ke Mid Valley. Aku tak tahulah apa nak cari kat sana, kat Melaka ni dah cukup. Buat berat beg ada le. Kalau nak beli pun, buku2 aje, itulah yang selalu beli. Kalau ke kedai buku Kinokuniya, ada le buku2 yang akan dicari,lain2 tak ada le, baiklah aku beli kat Jusco Melaka aje, nak2 sekarang tengah cheap sale.Kalau takat nak shopping kat KLCC tu tak payah lah.Mahal satu hal, segala benda aku rasa mahal. Kat Melaka ni lagi reasonable harganya. Farahin,masih meneruskan tugasnya, apa lagi basuh baju lah. Tak habis2, petang2 tadi dia relax, hah ambik kau, pulun In pulun, kau nak ke KLCC dan terus ke UIA. Tak ajak kang, masalah besar, ada je komplen, so dah kira2 ok lah boleh ikut dan ke UIA ikut kakaknya yang dah habis exam.Selamat maju jaya kak!

Malaysian Philharmonic Orchestra

Petang tadi aku uruskan macam2 terutama untuk si Fahd lah. Mula2 pergi ke RHB bank, masukkan cek sekolah dan bayar hutang,apalagi kalau tak kad kredit le. Lepas tu, pergilah ke Jusco, sebab nak beli kasut kulit untuk Fahd. Cari punya cari tak ada bahagian bawah di Jusco, aduh, kaki mengalahlah kaki gajah agaknya, no size! Aku kata, kalau tak ada size, tak payah le pergi ke KL esok. Lepas tu pergi kat kedai Bata, dapatlah the last size, hai terok betul la. Habislah RM70 (69.99), nak kata apa dah terpaksa beli juga. Habis. Nak masuk ke Dewan Philharmonik ni kena semua formal. Lelaki mesti long sleeve bertalileher dan blazer, seluar slack, kasut hitam. Blazer akan diberi pinjam di sana nanti. Perempuan juga begitu kena formal. Sebab aku dah masuk last 2 years masa tengok orchestra dari Russia. Pernah masa tu, tour guide just pakai jeans aje, dia kena pinjam satu slack dan sarungkan! Memang kelakar, apa nak kata kena ikut prosedur. So, nak tak nak untuk Fahd aku kena sediakan juga. Budak2 muzik ni biasanya didedahkan ambik peluang melihat konsert ni.Tiket nak masuk dah tempah awal2 lagi bulan 1 dulu, students dapat murah kalau tak silap hanya RM10, kalau bukan, harganya mencecah ratusan ringgit, ikut lokasi seat. Paling lekeh yang kat atas2 tu, murahlah,tu pun nearly seratus juga. Kalau yang single seat, ada coffee table lagi, huh tak tahulah berapa harganya. Kalau dah masuk, tak boleh keluar2 lagi, sehingga tamat 1st round/ 1st half. Kalau dah duduk tu, jatuh jarum halus boleh dengar lah! Sunyi sepi. Sound system dia, wow canggih uuu dan memang world class lah. Biasanya yang rajin tengok ni semua ialah mat2 saleh, orang kaya2, duit nak buat apa lagi, so pada mereka, just biasa aje, bolehlah untuk relax kat dalam dewan tengok konsert. So esok aku berpeluang lagi tengok konsert ni.

Kantoi

Sambung cerita semalam. Aku ingat budak semalam patutnya jumpa pagi ni, tapi tak muncul2 juga. Tak pe aku pun sangat sibuk sebab hari ni nak terima tetamu dari Pulau Pinang. 35 students + 4 guru, mereka buat lawatan akademik, nak tengok pasukan muzik sekolah. So, target time ialah jam 10 pagi. Agak sibuk jugalah pagi-pagi kena tolong tengok2 kan persiapan, flyers dan buku aturcara dah ready ke, bilik gerakan dah siap berkemas ke, tapi dimaklumkan semalam guru2 terlibat dah mula kemas dan susunatur untuk jamuan. Biasalah guru yang terlibat dah expert. Dalam sibuk2 nak tunggu tetamu, sebuah kereta peronda polis datang bawa 2 murid ponteng - Tg 3 ! Jauh pulak tu mereka pergi, tinggal dekat2 dengan sekolah. Waktu tu rehat menengah rendah. Apa lagi, entah malu entah tidak, muka selamba aje ramai budak2 lain tengok gelagat mereka. Nak kata apa lagi, sebab rehat hari diawalkan sikit kerana majlis ni. Budak2 terperanjat agaknya tengok kereta polis masuk bawa budak sekolah! Keluar kereta tunduk muka uuu! Tu lah tak pandai nak target masa, sepandai2 tupai melompat atas dahan pokok, boleh jatuh ke tanah juga! Pandai orang2 lama buat bidalan, samalah budak2 ni, semuanya akal pendek, depa ingat orang sekeliling tak bertanggungjawab? Endak2 polis lagi lah akan bantu sekolah. Dia orang tak tahu agaknya, pegawai2 polis ni adalah PRO sekolah (pegawai perhubungan sekolah),jadi mereka memang beri bekerjasama. Aku sempatlah bertanya, ke mana pergi, dengan siapa? budak pompuan tu pulak terkenal di sekolah ni sebagai penyanyi. Hah,padan muka kantoi!Aku tak boleh buat2 apa lagi, ambik nama dulu, siap kau orang minggu depan aku akan panggil emak bapak kau orang. Kalau nak ponteng, tak payah le pakai baju sekolah, cakap aje dengan emak bapak malas nak ke sekolah. Habis cerita.Tak lama gitu, sampailah rombongan dari Pulau Pinang. Rupanya esok, mereka pun akan bersama2 juga untuk mengikuti bengkel di KLCC.

Thursday, April 3, 2008

Salah siapa?

Hari ni seorang ibu pulak yang nangis depan aku. Aku jadi pendengar setia segala masalah yang dicurahkan kepada aku.Hari Isnin 31.3.08 seorang bapa menceritakan derita yang ditanggung kerana angkara sang isteri (ikut versi dia lah, aku tak tahu pulak kalau dapat dengar versi si isteri). Hari tu tisu dah habis, minta sedekah daripada budak2 pejabat. Hari ni nasib baik aku dah bawak sekotak tisu baru. Datanglah siibu ni mengadu dapat surat mengatakan anak ponteng sekolah. Setiap hari dia kata anaknya pergi ke sekolah. Rupa2nya dah dekat seminggu dia ponteng! Guru kelas dipanggil dan anaknya juga. Bila ditanya dia kata balik ke kampung jumpa nenek! Si ibu kata mana ada setiap hari waktu balik sekolah, dia pun balik ke rumah.Dia telah membohongi ibunya, dan gurunya, rupa2nya dia ikut sape tak tahulah, ikut kerja parttime.MasyaAllah, budak2 ni ikut kawan. Moleklah tu, Tetapi bila ditanya lagi,si anak ini sebenarnya ada konflik jiwa. Ibunya menceritakan hal sebenar kisah dia dan anak2. Arwah suaminya telah kembali ke alam baqa' sewaktu anak itu masih kecil lagi, kemudian dia bertemu jodoh dengan suami baru, yang mana dialah yang dianggap bapa sebenarnya, dan telah meninggal dunia juga kerana kemalangan sewaktu anak ini berumur 12 tahun. Dia tidak boleh terima kematian tersebut. Ibunya yang telah membesarkan / membela anak2 dengan mendapat bantuan kebajikan. Dia sangat bimbang anaknya terjebak kepada perkara yang tidak diingini. Aku pun sekadar memberi nasihat supaya menghargai jasa ibu,ibu tidak mampu menyediakan segala keperluan yang dituntut sepertimana rakan2 yang lebih kukuh kedudukan ibubapa. Setelah selesai, aku minta dia bersalam dengan ibunya kerana kesalahan yang telah dilakukan, tetapi langsung dia tidak bersalam. Aku suruh juga, dia berdegil, tetapi aku kata, salam saya sekarang, dia buat pulak, dan aku dapati dia begitu kecewa dengan ibunya, kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya.Ok, aku kata esok pagi2 jumpa saya. Dia setuju.

Tuesday, April 1, 2008

Special Fried Rice


Biasalah Farahin duduk kat rumah, tak tahu nak makan apa untuk breakfast. Roti lupa nak beli, tapi nasi semalam ada. Dia telefon nak makan apa. Aku kata cek nasi ok tak, kalau ok boleh buat nasi goreng. Tak lama lepas tu aku pun berilah tips cara2 buat nasi goreng, bukannya susah benar! Sebenarnya dia malas nak masak,bukannya apa, saje. Ambik bawang merah, bawang putih, lada kecik dan ikan bilis, tumbuklah kasar2. Lepas tu,letak minyak sikit dan tumislah bahan yang ditumbuk tadi. Campur nasi,masukkan garam sikit, atau kicap sikit, kalau adalah dalam stok sayur2 campur campak ajelah, kalau nak tambah telur mata lembu/kerbau, buatlah lepas tu dah boleh makan. Senang, cuma rajin atau malas aje.Lewat tengahari Farahin beritahu dah siap makan nasi goreng! Wow bukan main sedap lagi, aku balik petang tadi pun dapatlah rasa sikit nasi goreng yang dimasak oleh Farahin.Baru dia tahu, masak sendiri lagi sedap! Lain kali jangan malas nak masak. Ada masa2 aku malas juga nak masak, sebab tak berbaloi masa dan tenaga, banyak renyah nak macam2 ada. Tak lah selalu juga, sebab makanan di kedai2 tu hai, kadang2 sebab terpaksa tu lah yang kena order juga. Jika tak , aku lebih suka masak aje...