CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, April 4, 2008

Kantoi

Sambung cerita semalam. Aku ingat budak semalam patutnya jumpa pagi ni, tapi tak muncul2 juga. Tak pe aku pun sangat sibuk sebab hari ni nak terima tetamu dari Pulau Pinang. 35 students + 4 guru, mereka buat lawatan akademik, nak tengok pasukan muzik sekolah. So, target time ialah jam 10 pagi. Agak sibuk jugalah pagi-pagi kena tolong tengok2 kan persiapan, flyers dan buku aturcara dah ready ke, bilik gerakan dah siap berkemas ke, tapi dimaklumkan semalam guru2 terlibat dah mula kemas dan susunatur untuk jamuan. Biasalah guru yang terlibat dah expert. Dalam sibuk2 nak tunggu tetamu, sebuah kereta peronda polis datang bawa 2 murid ponteng - Tg 3 ! Jauh pulak tu mereka pergi, tinggal dekat2 dengan sekolah. Waktu tu rehat menengah rendah. Apa lagi, entah malu entah tidak, muka selamba aje ramai budak2 lain tengok gelagat mereka. Nak kata apa lagi, sebab rehat hari diawalkan sikit kerana majlis ni. Budak2 terperanjat agaknya tengok kereta polis masuk bawa budak sekolah! Keluar kereta tunduk muka uuu! Tu lah tak pandai nak target masa, sepandai2 tupai melompat atas dahan pokok, boleh jatuh ke tanah juga! Pandai orang2 lama buat bidalan, samalah budak2 ni, semuanya akal pendek, depa ingat orang sekeliling tak bertanggungjawab? Endak2 polis lagi lah akan bantu sekolah. Dia orang tak tahu agaknya, pegawai2 polis ni adalah PRO sekolah (pegawai perhubungan sekolah),jadi mereka memang beri bekerjasama. Aku sempatlah bertanya, ke mana pergi, dengan siapa? budak pompuan tu pulak terkenal di sekolah ni sebagai penyanyi. Hah,padan muka kantoi!Aku tak boleh buat2 apa lagi, ambik nama dulu, siap kau orang minggu depan aku akan panggil emak bapak kau orang. Kalau nak ponteng, tak payah le pakai baju sekolah, cakap aje dengan emak bapak malas nak ke sekolah. Habis cerita.Tak lama gitu, sampailah rombongan dari Pulau Pinang. Rupanya esok, mereka pun akan bersama2 juga untuk mengikuti bengkel di KLCC.

0 comments: