CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, April 20, 2008

Salah turun tangga


Hari Khamis 17.4, aku nak gi sekolah seperti biasa. Tengok2 si Fahd tak bangun lagi, apalagi aku pun naik tangga ke bilik atas nak kejut dia ke sekolah. Lepas tu, entah macam mana tersalah turun, kaki aku jadi cramp. Mula2nya ingat crampalah, suruhlah hubby tolakkan tapak kaki, tapi masih terus sakit.Pergi juga ke sekolah, jalan dah perlahan, orang pun sibuk bertanya, kenapa jadi macam tu. Tiba kat pejabat, minta tolong cikgu praktikal urutkan, tak jalan juga. Lepas tu, Linda staf pejabat tolong urut juga. Orang "pro" semuanya, semuanya tak ok juga! Aku taklah nak salahkan dia orang pulak. Tak baik2 juga. Sampai nak breakfast pun, aku minta tolong orang kantin hantar kat pejabat. Masih sakit lagi. Dah dekat pukul 10 lebih, aku telefon hubby minta bawa ke klinik. Sebab dia ada seminar kat EQ hotel, bolehlah tolong bawakan. Pergi ke klinik kat Bkt Beruang, klinik yang biasa aku gi doktor India, dapat mc untuk 2 hari, aku kata standby aje, kalau ok aku gi sekolah seperti biasa.

Dekat pukul 1 bos telefon tentang jadual waktu yang dia suruh aku susunkan, aku pun beritahu aku tak keluar2 pejabat sebab sakit kaki. Dia pun terus nak bawa aku tempat yang dia biasa urut. Rupanya kat Batang 3 somewhere kat SMK Klebang, ingat kan dekat. Sampai kat sana, Pak Hasan namanya, urutlah kat betis yang telah membengkak. Tak jalan juga, minum air pun tak ok juga, dia kata, urat aku sejuklah, memanglah sejuk, aku duduk dalam aircon, tidur pun aircon, nak kata apa panas punya fasal. Kalau tak ok, dia kata tisu dalam sudah koyak. Aku dengan bos pun balik. Tak rasa kurang juga, makin sakit ada.

Malam lepas magrib, betis masih sakit, ajak hubby gi tempat tabib cina pulak, memang betul dia kata tisu sudah koyak. Dia pun balutlah dengan herba seperti biasa dia buat kalau kita berubat dengannya. Sekarang dah masuk 3 hari, barulah semakin baik, bolehlah jalan kalau tak sakit bukan main lagi. Sejak hari Khamis juga, aku tak mandi, hanya lap saja dengan towel. Nanti habislah basah kain yang balut ni. Esok Ahad, gi checkup lagi.Harap baiklah cepat2, susah kalau dah sakit ni, nak buat kerja tak bolehlah. Tapi dalam pada tu, buat juga dengan bantuan Farahin dan Fatehah.Hari tu, aku dalam sejarah, gi berubat dengan 3 jenis doktor! India, Melayu dan Cina. Lengkap. Alhamdullilah dah beransur baik.

2 comments:

bawangmerah said...

yeah~ umi memang mempraktikkan amalan muhibah - melayu, cina, india..semua taram jaaa~

Anonymous said...

huhhu..kaki dah ok mi?