CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, April 7, 2008

kerana kawan


Hari ni ada majlis pelancaran Minggu Kemanusiaan, jemputan perasmi orang jabatan. Gitu gini, sampailah jam 9 pagi. Ok. Lepas tu buatlah macam2 urusan pejabat, terutama pengawas sekolah yang nak ke CH hujung minggu untuk satu kursus motivasi & kepemimpinan. So, balik tiba rumah dah dekat jam 5. Letih, sempat makan kuih cucur udang. Belum sempat habis makan, si Mohd telefon minta tolong belikan kek hari lahir kawan dia serta air 2 botol, alamak sebenarnya aku hampir terlupa tentang ini. Sebab semalam dia dah cakap, sibuk punya fasal, hampir lupa. Nasib baik dia telefon. Bergegaslah aku ke kedai kek yang biasa gi, & beli juga kek butter, sedekahlah untuk meraikan kawannya. Rupanya dia ni dengan beberapa kawan lain nak buat suprise. Semalam aku sempatlah buatkan satu sovenir towel, harga biasa aje, tapi bila bersulam nampak bukan main elegen lagi, siap bereben lagi. Tak kisahlah, yang penting konon2nya dari Mohd lah tu.Kawan dia pernahlah datang ke rumah ni. Tak apalah tahun akhir mereka semua kat MOZAC.

Hari ni hubby gi KK, negeri bawah bayu. Ada meeting peringkat nasional, dia diminta hadir juga kerana kepakarannya yang diperlukan dalam bidangnya. Pergi 3 hari, 9 hb dah balik,patutnya balik 10.4, terpaksa balik awal sebab nak bawa Farahin interview TESL kat KL. Ini adalah under MARA,mudahan berjaya. Yang bestnya, kenalan dari sana sape lagi kalau tak bapa dak Ayeen tarikh yang sama juga terbang ke sini! Nak tergelak pun ada. Mulanya ibunya telefon dari sana mengatakan bapanya akan ke sini, aku pun beritahulah juga my hubby ke sana pulak! Tapi insyaAllah hujung ni jumpalah tu. Apa lagi biasanya, adalah buah tangan yang dikirimkan.Paling best dapat ikan bilis yang murah di sana...Aku pun kirimkan lah apa yang patut, biasanaya produk Melaka. Kat sana mana ada,kalau ada pun tak sama dan mahal pulak. Tapi sure punya, dah lama da....Bukan nak balas membalas, ni semua perkara biasa, ole2 katakan. Tengoklah keadaan jika mengizinkan nak lagi ke sana, dah pernah gi 2x.

1 comments:

Anonymous said...

lepas ni kakak pn nk besday surprise laa...haha