CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, October 31, 2008

Day 1 - Gua Telinga- Taman Negara



Jam 3 lebih kami naik bot lagi untuk traking ke Gua Telinga. Traking sejauh +- 1 km, letih berjalan, tapi kami semua gagahi juga untuk ke Gua Telinga. Kalau tak ikut rugilah, bukan senang nak sampai ke sini. Semua aorang excited nak masuk ke dalam gua. Kenapa digelar GT?Sebab gua ni sempit, kalau boleh bayangkan laluan dalam gua ni macam kita belajar bab telinga dalam biologi.




Bukan kumpulan kami saja yang hendak masuk ke dalam gua,ramai lagi dari pelbagai kumpulan yang hendak ambik peluang masuk ke dalam. Oleh kerana laluannya sempit,nak masuk ke dalam mestilah one by one. Faham2 ajelah dalm gua, laluan yang sempit, batu2 gua yang licin & kasap/kasar, yang mana tempat kena merangkak, jalan mengiring - ikut laluan yang dipasangkan tali. Lalu dalam gua ni only one way.

Oleh kerana ramai di dalam gua, sebab jalan perlahan2 maka dalam gua boleh jammed!!!jadi kita berehat sementara orang di depan lepas dulu, sempatlah dalam gua kita orang rakam gambar masing2 & dapat juga ambik gambar 'bats' yang aku tepek gambar kat bawah ni.
Oleh kerana terlalu ramai orang , kita orang jammed hampir 2 jam dalam gua!
Lepas keluar aje, huh habis kotor baju & tracksuit / kasut.Masing2 mengucap panjang bila dan selamat keluar ikut the other way.
Serik aku nak masuk lagi ke dalam gua ni.Cukuplah untuk the 1st & the last.


Day 1 - Kg Orang Asli






Selepas tamat sesi lawatan di Kg Pagi on the way back kami dibawa ke


perkampungan orang asli di tepi Sg Tembeling untuk melihat sendiri cara kehidupan mereka. Orang asli ini adalah suku 'batek'. Kami berjumpa dengan tok batin - dan dia boleh bercakap Bahasa Melayu - faham apa yang kita tanya. Baik & bekerjasama orangnya, apa yang kita orang tanya, semuanya boleh dijawab dengan baik.






Pertunjukan menyalakan api tanpa menggunakan teknologi~~~hanya menggunakan macam rotan digesek2 pada kayu, dan akhirnya berasap pada abuk kayu dan dicucuhkannya pada daun2 kering! Wow magik betul, pandai sungguh, tak payah guna teknologi yang kita guna setiap hari!



Ini pulak ialah pertunjukkan membuat bahan sumpitan - sebatang buluh kecil yang diraut seperti lidi penyapu & dihujungnya diletakkan penyendal macam gabus gitu dilicinkan dengan sejenis daun kayu ( macam kertas pasir kita beli kat kedai )

Thursday, October 30, 2008

Day 1 - Kg Pagi & SK Kg Pagi



sempat merakamkan original people
- dekat jeti
























SK Kg Pagi - istimewanya sekolah ini,sistem perhubungan sekolah menggunakan e-mail. Line hphone memang tak ada langsung, kalau nak pos surat, memang lambatlah, sebab perlu bawa dengan bot. Ada sebuah parabola untuk tujuan sistem perhubungan. Huh canggih, jangan kata di kawasan pedalam
an seperti ini tidak ada kemudahan seperti di bandar.


Kami disambut oleh seorang guru anak tempatan - Cikgu Hapizie ~~~ murid sekolah ini dari tahun 1-6 hanya 47 orang saja. Cikgu kalau tak silap aku ada 12 orang saja, cukup dengan GB & GPK nya!!!Wow masing2 kata seronoknya bekerja kat sini. Memang best betul kat sini, suasananya setenang2 air di sungai~~~Murid2 yang dari kampung jauh ( ada lagi sebelah atas/semakin ke hulu Sg Tembeling) tinggal di asrama desa di sekolah ini.
Dimaklumkan kalau banjir berlaku, air akan naik hampir separuh bangunan sekolah ini. Tak dapat bayangkan, kampung ini akan terputus hubungan dengan dunia luar kalau banjir berlaku. Baru aku tengok sendiri, kalau tak hanya baca berita suratkhabar aje, tak dapat nak bayangkan keadaan ni. Sekali banjir banyaklah kerosakan berlaku.

Kalau ada tetamu/pelawat datang ke sekolah ni, sudah jadi budaya masyarakat setempat akan bergotong royong menjamu tetamu iaitu mereka akan membawa lauk pauk dari rumah masing2 dan akan makan bersama2. Ada bangsal tempat memasak!

Pendek kata, kalau ada tetamu datang agaknya GB cepat2 beritahu orang sekeliling. Kami lawat PSS, agak malang berkunci kerana cikgu berkenaan bawa muridnya ke Kuala
Trengganu, tapi kami dah berkenalan dengan Cikgu Hapizie ni pun macam2 maklumat dapat. Kebetulan pulak salah seorang ahli rombongan adalah bekas cikgu di sekolah ini. Katanya dah 16 tahun balik ke Melaka.
Kedatangan kami hari ni dijemput untuk menjamu selera di majlis perkahwinan!!! Orang kampung bergotong royong di rumah kenduri kahwin, tak jauh dari sekolah ni. Semangat bergotong royong memang aku tabik kat depa. Sape buat apa2 majlis sekalipun semua orang akan bergotong royong. Betapa akrabnya orang di sini. Pendek kata kalau anak ada buat salah laku, satu kampung lah tahu, entah2 kena belasah pe...

Inilah pengalaman pertama aku berada di kawasan pedalaman - apa lagi merasa masakan
pure kampung.Yang best lauk macam rendang...Sedap uuuu!!! Betul2 pengalaman yang amat menarik. Bukan aku saja, kebanyakan ahli rombongan cakap.
Kita orang sibuk bertanya dengan Cikgu Hapizie & berkenalan juga dengan tuan rumah - rupanya tuan rumah ni adalah saudara kepada cikgu yang bawa anak murid ke KT. So, memang dia pesan suruh jamu kita orang...Di sini untuk majlis kahwin, orang sini potong sekor kerbau...Lembu tak dak lah macam kita kat bandar ni...Aku rakam lah suasana di majlis kahwin ni, dan tak lupa juga pasangan pengantin yang dipaparkan di banner. Selamat Pengantin Baru...Kebanyakan anak2 generasi baru ni, ramai yang bekerja di luar. Kalau lah aku dapat datang lagi ke sini, best giler!



Wednesday, October 29, 2008

Day 1 - Kuala Tahan



berjalan ke jeti
ketua rombongan & anaknya - tunggu bot








jeram yang dilalui



pemandangan sepanjang Sg Tembeling

Tiba kat Kuala Tahan, lebih kurang 7 lebih. Sepanjang perjalanan, lalu ladang kelapa sawit dan ada juga hutan. Dari simpang jalan utama/macam highway ke Kuala Tahan ni 62km, jauh juga tu. 3/4 perjalanan tak jumpa rumah2 , tapi dah dekat Kuala Tahan tu, barulah nampak ada rumah2 orang, perkampungan.

Kami menginap di Teresek Chalet. Tak sempat aku nak rakam gambar chalet ni, oklah dekat dengan jeti, senang keluar chalet terus turun ke jeti. Aku rasa ni tempat jeti utama agaknya, sebab banyak kereta2/4WD datang ke sini.
Tiba di chalet, diberi kunci bilik, bersihkan diri & sarapan. Barulah rasa bertenaga semula setelah separuh malam dalam bas...kalau ikut letih berjalan jauh2 ni memanglah letih, kalau takut letih tak payah le jalan jauh2.

Jam 9 lebih kami semua nak ke Kg Pagi - nak lawat SK Kg Pagi. Kami dipandu oleh 2 tourist guides iaitu Hairil & Badrul. Bagus dan baik orangnya, anak tempatan. Mereka adalah tour guide yang berlesen. Tour guide mestilah ramah kan, kalau tak miss soru lah. Akan datang manalah tahu nak ke sini lagi, insyaAllah aku cari mereka ni.
Kami naik bot, satu bot muatan hanya 10 orang sahaja. Wow seronoknya, naik bot menungkah arus Sg Tembeling ke Kg Pagi.Cuak juga naik bot ni, lalu beberapa jeram. Baru aku dapat rasakan, dapat tengok keadaan jeram sungai. Kami ada diberitahu tentang jeram2 yang bahaya. Bolehlah nanti aku cerita kat murid tentang sungai & jeram ni dalam Geografi.

Night journey to Kuala Tahan

Ewah..ewah night journey to Kuala Tahan? Malam 24.10.08, aku bersama Pn Salwa guru media & bersama rombongan PKG Batu Berendam telah mengikuti lawatan sandaran ke Kuala Tahan, Pahang.Bayar pakej rm200 - pengangkutan disediakan oleh PSPN.Mereka yang terlibat adalah pengetua/guru besar/GPK & guru media. Bos baru tak sampai2 lagi, akulah mewakili bos...Setahu aku, tak ada pengetua yang ikut , tapi GB tu ada agaknya sebab aku pun tak arif sangat dengan SK. Yang pasti GPK memang ramai.Dalam 30 orang tu ada lah.

Dari PSPN bas mula bergerak jam 11 lebih. Biasalah awal2 perjalanan ni, semuanya masih 'sihat walafiat', segar, boleh berbual2 lagi... Duduk kat sebelah aku ialah pegawai PKG Jasin, dia ni baru masuk ke PKG, sebelum tu cikgu jugak.Mulanya ok lah rancak berbual2, lama2 aku tertidur, dia pun tidurlah juga. Entah sampai mana tak tahulah...Dalam dunia tidur masing2.

Sedar2 bas berhenti, ada orang nak buang air. Jauh juga aku terlelap. Tengok jam dah 2 lebih. Bas berhenti kat small petrol pump, tengok2 ramai gak yang turun. Lepas tu berdedai naik, tak ada tandas!!! Lepas tu, bas teruskan perjalanan, aku mana tahu belah2 hala ke Temerloh/Jerantut ni, sebab ni 1st time aku ke sana.

Tak lama bas berhenti kat sebuah kedai makan, kedai pun tak serupa kedai kat macam pekan kecik aje. Ramai yang turun juga, lama2 aku pun ikutlah turun juga. Lepas tu, cikgu perempuan semuanya naik bas semula! Kenapa? Oh, nak sama tandas kat sekolah/rumah tak boleh lawan lah...masing2 terpaksa menahan.Ada kata, tandas macam tempat pecah perang / macam rumah kongsi aje....nak tergelak dibuatnya. Ramai yang tak boleh tidur dah, semuanya mengharapkan jumpa kedai ke, stesen minyak ke, masjid ke...Oh jauh jugak, sebab aku tengok lalu macam kampung dan hutan/semak aje!

Akhirnya sampai kat sebuah sekolah menengah, SMK Mengkarak. Huh tak pernah dengar sebelum ni. Tapi bila tengok sekolah, besar juga lah. Ketua rombongan En Majid turun dan tanya jaga...Bukan tanya jaga tapi kejutkan jaga!Jaga tidur atau tertidur atau terlelap ke tak tahulah. Kepenatan atau masa dia berehat agaknya. Alhamdullilah, kami semua dibenarkan melepaskan hajat masing2. Ohhh terima kasih lah tuan jaga. Tuhan aje lah yang meembalas jasa tuan.Barulah kami semua lega bukan main lagi. Masa tu jam dah 3 lebih.

Bas pun meneruskan perjalanan ~~~aku pun ada kala terlelap, akhirnya dah ham
pir 5.30 pagi, kami berhenti untuk solat kat masjid yang aku tepekkan gambar kat sini. 6 lebih sikit kami sambung perjalanan lagi untuk ke Kuala Tahan, kata En Majid, lebih kurang 1 jam akan tibalah kat Kuala Tahan.




















Wednesday, October 22, 2008

Konvokesyen MA Environment

21.10.08 - hubby konvo master di UPM. Dulu2 pun dia grad diploma dari sini jugak, lepas tu sambung ke US - 1st degree LA. Yang masuk dalam dewan aku dengan In. Mohd ngan Fahd tak masuk, lagipun si Mohd ni nak jumpa kawan dia kat UPM tu. So dia orang berjalan2 tengok pesta konvo. Yang aku dengan In dalam dewan dah tak boleh keluar lagi, ingatkan bolehlah, rupa2nya dah dikunci!!!Aku dengan In sampai boring sebab hubby naik 1st 4, jadi kenalah tunggu beratus2 lagi sampai habis. Ada masa aku terlelap! kah kah....

Palm Resort Cyberjaya



makan makan makan lagi & ke Palm Resort






Pagi2 Ahad, aku sibuk berkemas bekas2 yang digunakan masa open house.Nasi lemak ada lebih buat sarapan, ada lebih sikit, hantar ke rumah jiran, bolehlah bersarapan nasi lemak. Mesti bersihkan semua, sebab secepat mungkin nak ke Palm Resort IOI kat Cyberjaya/Putra Jaya untuk ke konvo hubby. Sebelum bertolak, sempat singgah rumah jiran depan buat open house juga, gambar2 aku tepek ni menunjukkan makanan yang dihidangkan! Meehoon sup utara, best jugak...Lepas makan,kita orang teruslah ke Palm Resort Cyberjaya.

Open house





Inilah susun atur hari sabtu 18hb open house, nak tak nak kena adakan juga almaklumlah tahun ni hubby dah transfer kat Jasin, orang Jasin pulak yang datang. Semua aku lah yang uruskan, sape lagi nak tolong! Bab masak memasak, aku tak ade le susah sangat...Yang aku buat, sup soto aje, nasi impit rebus malam sebelum, nasi lemak aku order yang biasa tu le...Sambal kacang, staf aku masakkan, ayam pulak adik aku yang masak!!! orang pun tanya - u masak sorang ke???ha ha ha biasa la aku punya kerja~~~~kerja senang aje...masak juga bubur pulut hitam, rebus aje, apa susah...Jemputan 4.30 ptg - 10.30 mlm. Huh letih dibuatnya melayan tetamu ni. Nasib baiklah anak2 dah balik, sebelah petang tu, depa semua lah yang tolong mana2 yang boleh ditolong.Yang terakhir datang ialah bekas bos aku, dah orang kata nak tutup kedai. Rupanya orang datang ke rumahnya, dia telefon nak datang juga, apa lagi sampai jam 12 malam!!!

Thursday, October 16, 2008

Berita Gempak!!!

Berita perdana tv3 sebentar tadi melaporkan, murid tingkatan 2 di sebuah sekolah di Kangar (esok keluarlah surat khabar - baru aku edit sekolah mana ni) telah bergaduh/melawan guru kerana ditegur oleh gurunya tak buat kerja sekolah/latihan ( itulah seperti diberitakan) dalam kelas.Ada gambar rakaman lagi sebagai bukti oleh murid dalam kelas mengguna hphone. Macamana tu, jelas bebudak ni bawa hpone ke sekolah. Dari satu sudut bagus juga, dapat bukti macamana budak tu lawan guru. Tapi budak yang bawa hphone tu kalau ikutkan langgar peraturan sekolah. Metro 8.10.08 ada berita tentang larangan bawa hphone ke sekolah masih kekal. Macam2 hal budak, perkara ni tak sepatutnya terjadi. Tugas cikgu hendak mendidik/mengajar, tapi anak murid tak mahu~~~tak payah sekolah le....macamana nak cemerlang asyik nak lawan cikgu...tak berkat.Aku selalu nasihat bebudak ni, kalau nak berkat ilmu, nak cemerlang, nak berjaya mesti taat kepada perintah Allah swt, jangan derhaka dengan ibubapa & jangan lawan guru ( hormat dan hargai guru). Kalau salah satu ni tak diikuti, susah le...

Rantai baru






Stokin melaram dengan rantai barunya

Tuesday, October 14, 2008

Minyak turun lagi

Aku baru balik hantar Fahd ke kelas piano, hubby beritahu esok minyak turun 15 sen lagi.Tak jadi dia nak isi minyak malam ni, dia kata tunggu esok aje. Bagus le tu, tak de le rasa sayang bebenor nak guna Sonata ke mana2!!!He he he ~~~~~~~sejak naik melambung sikit hari tu, terasa benar kena fikir banyak kali kalau nak guna kereta apa sekali pun~~~memang berjimat betul. Sekarang ni jimat lah juga, tapi tak ade le macam yang baru2 naik dulu. Terima kasih lah, kepada mereka yang prihatin kepada kami rakyat jelata ni...

makan makan makan 3

satay panas-panas

tukang kipas satay

tetamu yang tak ada tempat kat luar


Wow! gambar kat atas ni, open house kat rumah staf aku juga, cikgu Zaaba malam semalam. Siap barbeque satay & ayam lagi~~~Ada laksa + mee hoon goreng + nasi impit & rendang memang ada le...buah2an, kuih ada juga ~~~~~makan makan makan.....

Sunday, October 12, 2008

makan makan makan 2

Lepas balik dari 2 jemputan kahwin tadi,aku dah lepak. Ambik tikar, bantal sambung baca Metro & Berita Minggu kat luar. Lupa pulak nak tunjuk aku lepak kat mana - depan home entrance - cuaca panas sangat - tertidur le apa le lagi...Sekali sedar Mohd telefon suruh ambik kat Jusco, dia outing jap, ada jamuan kat KFC. Dia balik dengan kawan dia.


Lepas hantar Mohd ke Mozac jam 5, terus ke open house kat Muzaffar Shah, rumah staf aku Pn Esah.Makan lagi. Menu biasa le. Nasi impit + nasi lemak + rendang + kek + kuih2 dll. Makan lagi! Balik dah kenyang.

Malam, gi lagi satu open house kat nun belakang taman aku ni - taman kenari AJK taman geng hubby la tu. Semuanya kalau di jemput, memang kena pergi. Sebab, hubby ni dah satu taman ni orang memang kenal punya, kekadang mengalah YB - ada je minta sain macam2 borang. Pergi, pergi kat sana jumpa pulak bekas staf aku, rupanya, hubby dia adalah cousin dengan tuan rumah !Alamak, so small world....hah aku tepek aje le gambar kat sini. Hari ni memang aku 'gantung' periuk!!!

Meehoon ni baru di top up. Rupanya sebelah petang ada laksam - makanan Trengganu, rupa2nya dah habis! Almaklumlah orang rumah ni ialah orang Trengganu, jadi ada kelainan agaknya - dia kata, ingatkan orang sini tak pandai makan laksam! Aku tak kisah apa yang dihidangkan, makan aje la. Itu rezeki namanya...Kalau tengok2 memang mewah rakyat Malaysia ni...Orang kata kalau bulan Syawal ni, memang murah la rezeki...

makan makan makan



Pagi2 tadi jam 8 hantar In balik kolej. Singgah kat McDonald Zoo for breakfast.


Lepas tu terus ke kolej. Sementara tunggu In angkat barang2 ke bilik, aku rehat2 kat depan sambil baca Metro. Tak lama lepas tu, aku nampaklah sorang ibu tarik beg anaknya yang anaknya tu ialah classmate In. Aku relax lagi, lepas tu aku dengar orang jerit nama aku, terperanjat! Rupanya di belakang ibu tarik beg tu, ialah member satu sekolah semasa aku mengajar kat KL dulu, dah +- 12 tahun aku tinggalkan KL. Apa lagi berborak sakan lah kita orang - namanya Nooruslaini, dia tolong tunjukkan jalan kakaknya (ibu tarik beg) ke kolej dari Kelantan. What's so small this world!Dia ni jiran aku kat KL , sama2 duduk se taman. Aku dah jual pun rumah aku tu. Dia terus menetap kat sana. So, anak saudaranya classmate In, insyaallah sama2 ke NZ juga.


Balik dari kolej, kita orang terus ke jemputan kahwin somewhere kat Jalan Tun Kudu. Jam dah 12 lebih, ada satu jemputan lagi nak pergi kat Bukit Baru. Yang kelakarnya, aku ngan hubby curious nak tahu sape yang menjemput kami, sebab tulis nama kami berdua. Bila ada nama sama2 ni, biasanya tuan rumah tu mesti kenal kita orang. Hubby dah tak nak gi, sebab dah penat, tapi aku kata pergi, sebab orang dah jemput ni, apa lagi orang ni memang kenal kita. Puas meneka sape tuan rumah ni sebab kita orang tak kenal. Hai susah juga, orang kenal kita, kita tak kenal orang. Itu biasa lah, public figure katakan! So, kita pergi lah, cari jalan. Tengok2 kereta jiran sebelah pun ada, wah ni mesti jemputan besar2 - sebab pegawai penjara pun ada juga! Sekali tu, kita buat muka selamba ajelah....Rupa2nya jiran pegawai penjara ni yang jemput kita orang!!!!Dia jadi penyambut tetamu. Ni fasal, dia tulis hantar kad aje, tapi bila bersua , tak pernah menyebut nak jemput secara lisan pada kita orang. Kurang2 nya mungkin boleh cakap, jangan lupa ye, nanti jemput datang kenduri pada 12.10. At least something kan, kita tahu lah dia jemput. Ni tak ada langsung! Macam mana tak suspen...