CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Showing posts with label Indonesia - Bukittinggi. Show all posts
Showing posts with label Indonesia - Bukittinggi. Show all posts

Sunday, December 28, 2008

Day 4 - Balik semula ke Bukittinggi & ke Malaysia

Dah habis masa berjalan2 di bandar Padang - ada supermarket Matahari . Tapi di bahagian bawah supermarket ini ada banyak kedai2 kecil yang menjual beraneka barangan. Macam2 ada! Aku dan member pun jalan2 juga di kedai2 ini. Tengok2 aje, orang usah cerita lah, sangat ramai .


On the way sempat singgah tepi pantai
, sedap aiskrim !

Dah dekat jam 7 singgah di Sicincin untuk makan malam. Di sini cara makan ada 2 cara, samada nak duduk di kerusi seperti biasa, atau duduk bersila. Kita orang semua pilih duduk bersila aje...


Selesai makan, perjalanan diteruskan lagi...malang sekali, hujan agak lebat disepanjang jalan, dan petang hujan juga, sehingga ada kawsan berlaku banjir kilat...Agaknya sistem perparitan yang sempit, air turun dari bukit, melimpah ke jalan raya. Aku sempatlah snap air banjir ni...Lambat lah perjalanan tu...Patutnya boleh tiba ke hotel ikut jadual, perjalanan slow...ngek,ngek,ngek....nak kata apa...


Dalam pada tu, dok berbincang macamana nak bawak balik barang2 yang dah dibeli. Kalau tiba cepat, boleh beli bag yang sesuai. Tapi dah agak lewat, Id driver bawa ke kedai saudaranya untuk dapatkan kotak / bag. Tetapi bukan bag /kotak yang dapat....semua orang masih terus lagi shopping....Jam dah dekat pukul 10 lebih!!!Last kopek dia orang kata....

Tiba kat hotel, nasib baik ada orang masih menunggu menjual barang2 (biasanya depan hotel ni, ada penjaja2 yang menjual barang) dan ada jual bag. Dapatlah beli bag untuk kargo - RM15.



Semua ahli rombongan perlu kemas barang2, sebab perlu keluar hotel naik bas ke airport jam 4 pagi. Flight jam 8.30 pagi...Aku mintaklah buat morning call jam 3. Rupanya ada orang tak tidur, bimbang tak terjaga....

Alhamdullilah, semuanya selamat perjalanan pergi dan balik.

Mohd telefon abah

banyak bag...2 back-pack, 2 hand luggage, 1 bag kargo ~~~~

Day 3 - Payakumbuh - Batu Sangkar , Tanah Datar

Jam 5 petang , rombongan di undang untuk makan malam bersama Bapak Bupati Tanah Datar di bandar Batu Sangkar (seperti DO di tempat kita). Perjalanan dari Bukittinggi lebih kurang 2 jam. Di majlis ini untuk Pengakap Melaka mengundang Pramuka Indonesia, terutamanya dari kawasan Tanah Datar/kawasan sewaktu dengannya ke Jambori yang akan diadakan di Melaka tahun depan.



Bapak Bupati Tanah Datar



Kami sempat singgah di Payakumbuh - iaitu tempat Hjh Rosma - seorang guru sulaman yang sangat terkenal. Beliau mengajar sulaman secara sukarela. Wanita ini kelihatan masih sihat, berumur 83 tahun. Beliau sangat gigih menyampaikan ilmu sulaman, dan kalau belajar di sini insyaAllah boleh dijamin pandai menyulam dalam masa 6 bulan. Hasil sulaman yang sangat cantik -hanya guna mesin manual aje!Semasa kami melawat, ada anak2 dari Kelantan sedang belajar yang ditaja oleh kerajaan negeri.
Hjh Rosma




Ini adalah cadar yang berharga
RM1000=
3 juta rupiah

- disiapkan dalam masa 5 bulan














Sulaman yang dibuat oleh pelajar



























Saturday, December 27, 2008

Day 3 - Sekitar Bukittinggi lagi

Pagi2 lepas subuh hari ke 3, aku and geng jam 6 pagi keluar ke kawasan Jam Gadang. Mesti nampak jam ni...Tak sah lah kalau tak rakam Jam Gadang ni dan kawasan sekitarnya.



Jam Gadang

















Istana Bung Hatta - tokoh / negarawan





kawasan data
ran Jam Gadang












Kereta Kuda pun ada- tak sempat nak naik


Gunung Singgalang dari temapt Jam Gadang - gunung berapi
















Selepas jalan2 kat kawasan Jam Gadang ni, aku dan geng ronda2 tempat orang berniaga - (macam kat kawsan Chowkit la / Kg. Jawa kat Melaka / pasar gantung ) - jam 7 dalam kawsan gerai2, kita orang singgah lah ke dalam satu gerai makan. Aku tak lah minum & makan - bimbang dalam keadaan tak berapa ok,makan sembrangan, lain pulak jadi...Baik le aku sarapan kat hotel aje...Yang aku rakam kat sini, di bawah ni ialah keropok sapi. Nak tahu apa rasa, aku ambik makan satu...(aku buleh gi sikit je...yo la tak biasa kan)

Aku pelik, apa ke benda keropok sapi ni? Rupanya, keropok yang dibuat daripada lapisan dibawah kulit sapi (lembu). Adalah dibuat / diproses macamana tak tahulah, tapi member kata, lapisan bawah kulit sapi/lembu tu direbus & dicampur dengan tepung ~~~ diproses jadikan keropok. Dengan lain kata, orang2 Indonesia ni tak membazir langsung! Lapisan bawah kulit lembu pun boleh diproses jadi makanan...Kebanyakan tempat ada keropok ni...Lagi satu aku nampak, keropok ni / keropok jenis lain (ada rasa macam keropok udang ) biasanya memang ada di atas meja & dimakan dengan apa jua..Aku tak pasti berapa harga sebiji keropok sapi ni, sebab geng aku yang bayar - tak mahal pun 1000/2000 rupiah ( beberapa sen ) aje.











Day 3 - Bandar Bukittinggi


Aku perlu sambung balik rakaman perjalanan aku ke Sumatera Barat, kalau tak , nanti akan 'berkubur' pengalaman ini. Sebab? Bila kita catat, kita ingat, kita akan boleh luahkan balik. Kerana? Aku bimbang memory komputer aku akan lama2 tak boleh nak back-up dengan pengalaman2 yang akan datang. Lama2 kang boleh 'pack' dengan macam2 'overlap' cerita yang akan mencurah2 masuk...Sebab tu aku kena catat cepat2, selagi memory aku kuat berfungsi.



Pintu masuk

Selepas sarapan pagi-pagi jam 8 lebih, hari ke 3, rombongan dibawa melawat ke Benteng Fort De Kock dibina masa penjajah Belanda, dan terus berjalan menuju ke taman haiwan (zoo) yang dihubungi dengan jambatan Limpapeh dan seterusnya mengunjungi ke Rumah Adat.Kawasan ini semua tidak jauh daripada pusat bandar Bukittinggi.

Jambatan Limpapeh


Rumah Adat




Jalan menuju ke

Rumah Adat










Japanese Tunnel : terowong yang dibina oleh pihak Jepun - menggunakan tenaga rakyat Indonesia
















Grand Canyon - Ngarai Sianok - pemandangan yang sangat cantik - bekas gunung berapi


















Sekitar Bukittinggi dari atas jambatan















Selepas selesai melawat kawsan ini, untuk santapan tengahari
rombongan dibawa ke sini













Dah selesai makan tengahari - balik ke hotel, lepas tu gi shopping sakan & tepat jam 5 petang, bersiap sedia nak gi Bandar Batu Sangkar di Tanah Datar, lebih kurang 2 jam dari Bukittinggi...Aku sambung sat lagi ke sana.



Wednesday, December 24, 2008

Day 2 - Tasik Maninjau ke Aur Kuning

Selesai melawat Rumah Kelahiran Prof. Dr. Hamka, balik semula ke Bukittinggi. Hala balik mestilah lalu jalan yang sama juga. Aduhai, kepala aku makin pening! Sempat terlelap kejap~~~entah sampai mana tak pasti (dah habis kelok 44), dah tak tahan sangat~~~~wekkkkk!!!!muntah dalam beg plastik! (Pak Anas dah sediakan beg plastik). Habis muntah, bas berhenti, 2nd tour guide gi buang muntah aku...

Perjalanan diterus
kan lagi. On the way singgah kat gerai jual kacang tanah ( ori dari kawasan ni), ada jual keropok labu, dan entah apa2 lagi. Kita orang rasa kagum dengan buah labu yang tersangatlah besar! Kalau tempat kita besar tu biasa2 aje...
(Tanahnya tanah bekas lava gunung berapi - orang sana tak payah guna baja pun - sebab tu semua organik - original )


Lepas tu tibalah kat rumah makan Aie Badarun. Lauk nasi ikut selera orang sana lah.Aku makan la apa yang boleh dimakan aje. Makan panadol lagi...Sedap lah sikit bila dapat minum cappuccino...

















Lepas tu singgah tempat shopping di Aur Kuning (macam chowkit). Macam2 lah boleh dibeli di sini, terutama ramai yang membeli kain telekong bersulam ada yang murah dan yang mahal (tapi kalau banding dengan M'sia sini boleh dikatakan murah jugalah)....Mabuk dibuatnya. Aku beli lah juga....

Dah selesai membeli belah dengan masa yang dihadkan, (kalau tak, sampai malam tak habis2 nak membeli), balik ke hotel. Rehat. Malam, makan kat Rumah Makan Gon Raya. Balik lepas makan malam, aku pun tukar bilik ke 304.


Day 2 - Rumah Kelahiran Prof. Dr. Hamka






Dalam rumah ini , anak saudara kepada Prof. Dr. Hamka memberi penerangan kepada pelawat yang hadir. Pesanan Prof. Dr. Hamka (yang dapat aku catat ):-

1. orang pintar merasa bodoh, Hamka berpesan supaya membaca AlQuran - sebagai pedoman hidup.

2. orang yang berhubungan dengan Allah, orang yang selalu bersuci diri. Balas kasih sayang Allah dengan mencintainya - sentiasa bersyukur.

3. orang yang berbahagia adalah yang merintis kehidupan menuju kampung halaman (syurga).Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah, Tuhan seru sekalian alam.

4. Ketika pintu rumahku diketuk oleh kemiskinan, aku buka jendela dan aku lompat keluar. 4 kemiskinan : -
1. ilmu
2. iman
3. akhlak
4. harta

p/s: aku berpegang kepada : letakkan cita2 mu tinggi melangit, walaupun kaki menjejak di bumi.

Tuesday, December 23, 2008

Day 2 - Singgah Di Panorama Sungai Landia



Perjalanan diteruskan lagi, semakin agak perlahan, kerana melalui jalan yang menuruni bukit bengkang bengkok, macam ular kena palu. Aku duduk di depan, kepala makin pening. Tapi aku salute lah, driver bas ni memang teror , ala dah biasa tempat dia...

Jalan ni hanya one way, kalau berselisih, bas yang turun bukit mesti berhenti, beri peluang bas / kenderaan dari bawah bukit naik dulu. Itu dah 'peraturan'nya kata Pak Anas, sebab yang naik tu lebih sukar berbanding dengan yang nak turun bukit. So, depa ni hormat macam tu...Perjalanan makan masa lebih kurang 2 jam.


Jalan semakin hampir dengan Tasik Maninjau, agak curam dan berbelok2, lebih teruk dari belok naik / turun Cameron Highland atau dari Seremban ke Kuala Klawang (Bukit Putus), Kuala Pilah, atau dari KK nak ke Kudansang.

Aku rasa 2x ganda lipat 'maut' nya. Sehingga yang teruk sangat tu ada 44 kelok (memang ditulis / ditanda pada papan tanda dari kelok 1 hingga 44), kawasan jalan yang bengkang bengkoknya
very sharp corner. Aku duduk di depan, rasa ngeri seandainya, bas ni terjun bukit!!! Pak Anas bercerita lipat / kelok 44 ni ada ceritanya!

Semakin mencuram kepala aku makin pening , mula mual nak muntah. Aku sampai suruh bas berhenti kerana terasa nak muntah. Akhirnya habis 44 kelok, barulah lalu jalan agak lurus sehingga ke rumah kelahiran Prof. Dr. Hamka.

Day 2 - Bukittinggi Ke Tasik Maninjau

Jam 8.00 lebih dah mula bertolak ke Museum Rumah Kelahiran Prof. Dr Hamka @ Buya Hamka/Kiyai Hamka. Sepanjang perjalanan makan masa 2 jam, melalui jalan kampung. Dapatlah tengok suasana perkampungan di sepanjang jalan.

Penduduk di sini menjalankan pertanian. Sawah padi yang ditanam berteres2, pelbagai jenis sayuran kegunaan sendiri dan yang selebihnya dijual.
Aku terpaksa duduk di kerusi depan sebab kepala pening. Jadi, walaupun dalam keadaan yang tak selesa / tak berapa sihat, aku melayan jugalah bertanya macam2 dengan Pak Anas. Macam2 penerangan disampaikan olehnya
.

















Suasana keadaan jalan sebelum masuk kampung menuju ke Tasik Maninjau

















Pemandangan yang indah
berlatar belakang Banjaran Barisan



Day 2- Sakit Kepala

Hari Pertama ke Hari Ke 2:

Oleh kerana bimbang tak terbangun subuh, mintak "morning call". Jam berapa ibu?Aku tanya subuh di sini jam berapa? 4 lebih sudah subuh, katanya. Syuruk jam berapa? Dekat 6 pagi.Ok, set kan jam 5.15 pagi. Tapi, tahu2 ajelah pertama kali tempat orang mana boleh lelap tidur! Sebelum jam 5, aku dah mula kedengaran azan subuh, rupanya kat sana azan 2x.Di sana banyak masjid, azan subuh kedengaran berselang-seli, silih berganti.

Pagi hari ke 2, aku pening kepala, nak kata teruk sangat tidaklah, tapi mungkin disebabkan makan yang tak begitu sempurna /jalan yang berbengkang bengkok. Bangun subuh, habis aku muntah yang teruk! Aduhai teruknya...Nak tak nak aku kena gagahkan juga, jangan dikutkan sangat sakit ni.

Kalau ikutkan nak tidur aje, daripada berjalan.Tapi, ini semua peluang, mana nak cari. Banyaklah aku lumur minyak cap kapak (nasib baik bawak - kalau travel aku selalu bawak). Pil sakit kepala tak bawak, (ingatkan macam kat tempat kita) aku relax ajelah...


Rupanya malam tadi, bilik yang aku dapat bawah tanah, tak ada aircon. Tingkap ada, tapi takkan aku nak bukak, sebab tingkapnya main pakai bukak kot bawah. Tingkap sekeping besar, bukan tingkap nako macam kita. Patutlah tak ada udara, aku terperangkap.

Aku taklah komplen, sebab aku rasa semua bilik hotel macam ni! Rupanya, bilik kat hotel ni ada macam2 jenis, yang bawah tanah lain jenis, ada yang ber air-con, ada tidak. Tapi kat sini, air-con tak perlu sangat,sebab dah agak sejuk suhunya, sebab atas bukit!


Beritahu Hj Kader, aku sakit kepala. Dia beri panadol , makan 2 biji. Mana nak lega sangat, tapi makan jugalah selepas sarapan. Sarapan pulak dihidangkan nasi goreng & mee hoon goreng (meehon kasar warna keputihan macam mee maggi). Aku tak boleh makan, cuma rasa sikit saje nasi goreng. Tak boleh nak makan, tapi paksa juga makan sebab nak makan panadol.

Aku beritahu reception nak tukar bilik. Dia kata dah fully booked, no more room. Malam esoknya baru ada. Hai takkan aku boleh tahan macam ni. Aku sedih. Beritahu Hj Kader, Hj Kader kata, ambik bilik dia, tukar. Tapi kesian pulak kat dia, so aku kata takape lah. Tunggu malam esok aje.


Tak lama lepas tu, sebelum bertolak ke museum, Hj Kader beritahu, aku dapat tukar bilik 304, tingkat atas, rupanya ada orang cancel booking. Alhamdullilah, rezeki aku dapatlah bernafas.

8.00 pagi ~~dah nak mula bertolak ke Museum Rumah Kelahiran Prof. Dr. Hamka @ Buya Hamka di Tasik Maninjau.

Day 1 - Perjalanan Ke Hotel Gallery & Happy Birthday



Dari tempat kuih bika, perjalanan diteruskan mendaki bukit. Kepala aku dah miung! Dah mula sakit tengkok & mula pening. Apa taknya, seharian dalam perjalanan dan jalan nak ke puncak bukit ni, tahu2 la ikut kontur bukit! Berbengkang bengkok!

Tak lama lepas tu sampailah ke hotel yang letaknya dalam kawasan bandar Bukittinggi.Hotel ni hanya takat 3 tingkat aje, 2 tingkat atas, 1 tingkat ke bawah tanah! Kenapa tak tinggi? Sebab ni kawasan gunung berapi! Bila2 masa boleh "batuk" istilah orang sini. Takat batuk 2/3 kali tu, no hal punyalah. Itu biasa aje....

Selesai urusan kunci bilik, diberikan minum selamat datang! Aku dapat bilik 103 (bawah tanah~~~nanti aku cerita ).Ada sedikit
miss-communication air panas
(kopi / teh) yang diminta tak ada, yang ada hanyalah air masak/suam putih saja. Nak kata apa, tak kisahlah tu, dah silap nak buat macam mana kan.

Tapi tak disangka2 lagi, disediakan sebiji kek birthday!!!Rupanya kek ini ditempah khas oleh Hj Kader meraikan birthday aku dan ada 3 orang lagi yang menyambut birthday dalam masa percutian ini. Alamak, aku dan yang lain tak tahu menahu hal ini.

Dalam masing2 keletihan, buatlah
birthday party dan diminta berucap lah sepatah dua kata. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih, mendoakan semoga semua rakan rombongan dalam keadaan sihat walfiat semasa berada di sana dan selamat kembali semula ke Malaysia.Semua dah keletihan ~~~masuk bilik~~~tido.