CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, February 2, 2013

Day 1 - Guilin, China - Percutian Musim Sejuk

27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap sedia dengan pakaian untuk musim sejuk - baju tahan sejuk - baju tebal ! Itu pun masih terasa sejuknya - walaupun dengan memakai long-johns & 3 lapis t-shirt.

Kali ni saya bersama anak, Farahin ( dari Auckland ) - Farahin bercuti musim panas - tapi turned tu musim sejuk ! Kalau tak, saya tak pergi juga ke Guilin ni, bila  anak tokey travel agency (mantan bos saya) - mengajak saya - saya pun setuju aje la. Lagipun Guilin ni pun satu tempat dalam wish-list saya juga. Apa lagi - pantang orang ajak - jadi aje le !!! walaupun dah suntuk benar nak naik sekolah. Alhamdullilah kerja2 persiapan sekolah untuk tahun baru telah disiapkan - dah tulis pelbagai "wasiat" - saya berholiday dengan senang hati.....

Penerbangan KL- Guilin tak lama. lebih kurang tiga jam tigapuluh minit. Kami selamat mendarat di Guilin pada pukul 10.15 pagi.Kami terus dibawa untuk makan tengahari di Hindian Halal Restaurant - tau2 aje le semuanya masakan Cina. Senang cakap - mana yang rasa boleh makan - makan la...kalau rasa tak sesuai dengan tekak melayu tu - jangan banyak songel !!! makan aje le...alhamdullilah ini lah nikmat Allah swt bagi - tujuan berjalan ke tempat orang ni nak tengok budaya mereka - jadi tang makanan - makanlah apa yang dihidangkan ! 



lunch & dinner - lebih kurang macam ni lah yang  dihidangkan...
dan semestinya sup sayur / air pasti ada 

 masjid  di sebelah belakang restoren ini


elephant trunk hill
model tak bertauliah !
landscape yang cantik!
sekitar fubo hill 
 tugu pahlawan berkuda tu sebenarnya seorang jeneral fubo yang bernama ma yuan

dalam kawasan fubo hill, ada beberapa tempat  seperti thousand buddha cavesword testing rock dan thousand men pot - kisah mereka memasak makanan dalam pot ini ! 

 sila masuk ke dalam yer....



dah selesai berada di kawasan ini - kami bergerak ke tempat teh ...biasalah kalau tak singgah ke tempat teh sangat tak sah lawatan ini....silalah beli teh cina yang amat terkenal untuk kesihatan yer...beli satu pun bertahun baru nak habis - tapi bagus nya teh cina ni - makin lama makin dikatakan baik khasiatnya....so, beli yer kalau pergi ke negara cina ( tahun 2010 pergi  Beijing - ada lagi teh itu !!! he3x)

para gadis sedang sibuk mendemonstrasi pelbagai jenis teh...
yang saya ingat satu daripadanya ialah pu-er tea.....teh yang sangat baik

di luar bangunan kedai teh

Aktiviti malam - kami meronda ke sekitar kedai sekitar hotel yang terletak di pusat bandar...suhu malam hari kurang 10 ...tak ke sejuk tu ! berjalan dengan baju yang agak tebal - dah macam robot !!!

sekian dulu untuk N3 hari pertama di Guilin - mengikut yang diceritakan oleh tour guide Ike
 ( orang Bandung, Indonesia)  dikatakan, dahulunya, kota guilin dipenuhi sejenis pohon. Apabila berkembang, bunga daripada pohon itu akan menghasilkan satu bau yang wangi dan menjadikan satu kota berbau harum. "lin" bermaksud hutan. manakala "gui" adalah nama pohon tersebut. jadi, Guilin ini merupakan kawasan yang cantik dengan landscape semulajadinya - hutan gui  ...Esok , kita tengok ke mana pulak saya pergi yer !!!

bye - bye 










12 comments:

Nieda ramly said...

Story lg ye

Aku Bapak said...

tahun 2007, Bapak gi Shenzen dalam suhu lebih kurang bawah 10 degree jugaklah. punya selamba berjalan malam2, balik Malaysia, terus demam..heheheh...

sonata anak kancil said...

Nieda Ramly - insyaAllah akan bersambung lagi...

sonata anak kancil said...

Aku Bapak - Shenzen saya belum sampai lagi...tengoklah bila ada ruang/wang.memang sangat sejuk jika akhir2 Dis kat sana

sonata anak kancil said...
This comment has been removed by the author.
rezeki said...

salam cikgu

memang rasa masakan depa kekadang sukar sikit tekak melayu kit anak terima hehehe

tapi dah adat bertandang ke negara org,kita kena bedal le hehehe

saya kalau sejuk tak berangin ok lagi

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

kena ikut N3 ni...
Insyaallah
nak pergi sana jiga

NzA said...

lama xsinggah sini...wah sejuk hingga ke tulang tu kak....

ANIM said...

teringin pulak nak guilin setelah jejak kaki ke beijing..
musim sejuk better kan berjalan ke sana?

Anonymous said...

Salam..ni guna agensi pelancongan mana ye? Mas ada ke direct flight dari kl ke guilin?air asia?

Nong said...

Salam,
Belum sampai lagi kat Guilin ni. Nampak menarik.

Tahun ni Kak nong gi mengembara the China Silk Road...

Chenta Ummi said...

lama sangat dah tak singgah ke sini :) rupe blog pun dah len..