CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, May 26, 2008

Family Meeting

Last night was 2nd family meeting. Chairman was my hubby. We discussed about the kenduri kesyukuran going to do this Thursday night. Just want to celebrate what we had achieved so far. The programme will be started after maghrib's prayer. The menus are: ikan asam pedas, mix veg., fried chicken , a few cakes and fruits. Enough. Drinks will be hot tea/syrup. The chef? What to, I'll be the chef and my daughters! And I want to give a simple door gifts/godies bag.

PERASMIAN SENI LUKIS

Monday: 26.5.08 - Pagi2 ingatkan nak gi joging, dah jam 7 lebih gitu, hubby pun nak gi kerja, hujan lebat. Tak jadi.

So, hujan lebat, hanyalah nak kemas2 rumah. Mana patut mop ke, lap ke memanglah hajat macam tu. Tiba2 jam 9, kerani telefon, ada surat kena gi majlis perasmian somehere di Jalan Laksamana iaitu Balai Seni Lukis Negeri. Manalah aku tahu kat mana, sebab tak kisah tentang nama2 jalan ni, sebab selama ni, kalau jalan2 kat Melaka ni,jalan aje lah...Dalam hujan lebat kenalah gi juga ambik surat, nak tengok apa isi kandungannya. Jam dah dekat pukul 10 pagi. Aku suruh kerani tanya dengan yang menganjurkan dan yang menjemput ni, rupanya somewhere kat Bangunan Studhy terkenal dengan Bangunan Warna Merah - zaman belanda punya kaler. Ok lah nak tak nak aku kena gi juga, nanti bos tanya payah aku nak jawab. Bos dah minit kat aku, aku kena gi juga.

Tiba kat parking lot, kena jalanlah sikit, parking rm 2, jalan-jalan tanya orang kat2 situ. Rupanya baru mula kat atas bangunan galeri tu sebab hujan lebat! Dahlah sempit, sebab tetamu agak ramai, tempat terhad, aku pun kenalah berdiri aje. Nasib baiklah tak lama. Aku nampak ada geng aku dari tempat lain, dah chow...Dia pun berdiri juga. Lepas tu, ikutlah tetamu2 lain lihat pameran. Patutnya perasmian kat bawah aje, dah hujan nak kata apa. Baru pindah tempat agaknya.Ada minum lepas lihat pameran,makanlah meehon dan kuih.Ok lah tu.

On the way back, singgah kat QPartner Travel Agency untuk pakej ke Langkawi for next year. Harga ok, aku tahulah sebab dah pergi ke sana, dan familiar dengan tempat2 di sana. 4 days 2 nights rm 260, ok siap dengan ferry, cable car dan lain2 tempat.

Dah relax kat rumah, ada pulak salegirl & saleboy kononnya nak cari pelanggan belajar dengan program mesin epal. Ala, aku dah join pun, dah banyak buat projek. So, melepaslah mereka. Malang nasib.Tal pe cari lain tempat...Petang ni aku cadang nak gi shopping kain baju untuk raya.Tengoklah kalau sesuei...

Wet World Batu Pahat






24.5.08 first day school holiday - hubby's office celebrated family day. We all went there around 8 something and reached +- nearly 10 am.

First time we went there and enjoyed. Went back to Melaka around 2 pm and reached home nearly 4 pm. Rest.

Friday, May 23, 2008

Melaka River Cruise




Without any planning, 4 of us went out for Melaka river cruise after magrib. Ok lah, rm5 per person for 45 minutes to and fro. Just tengok2 Melaka during night time. Cantik lah, dengan kerlipan lampu sepanjang riverside. But I think along the river should to be upgrade, or else quite dull, coz long times ago, was old kampung houses along the river bank!

Hadiah jam tangan & Pulau Batu Putih

2.30 petang tadi aku gi jemputan CM.Aku suruh Fatehah hantar sebab kereta banyak susah nak parking. Tepat pulak masanya dia tiba, so all in time. Jumpa ramai members, seronok masih ada lagi members yang bertukar sekolah lain masih in touch. Tiba lah giliran penyampaian cenderamata. Bila disebut nama sekolah aku, semua excited! Semua orang pandang ke belakang. Macamlah anak- sekolah. Saje seronok, kasi riuh sikit. CM pun happy no hal punya. So dapat cenderamata jam tangan - specially ordered. Ada lambang dan nama CM gitu!Terima kasih CM.

Lepas hi-tea dapat call Mohd nak balik, so terus gi ambik dia kat Mozac. Hari ni keputusan mahkamah dunia tentang perebutan Pulau Batu Putih samaada milik Malaysia atau Singapura. Dapat keputusan Singapura punya! Tapi Malaysia dapat juga yang kecik aje kot...

Thursday, May 22, 2008

Rasa Nak Cuti...

Masuk2 ofis - letak beg, nampak jam tangan Fahd kat aiitas carpet. Terus ambik, dan hantar kepada dia kat asembly ground. Dia ada tanya pagi2 tadi, nampak jam dia ke tidak, manalah aku tahu, jam sendiri nak suruh kita jaga. Selalu gitu, bila salah letak atau tinggal kat mana2 mulalah tanya kita. Rupa2nya tengahari semalam, dia letak kat ofis.

Tengok budak2 yang berhimpun pagi - tak banyak anouncements sebab minggu ni exam. Kerja aku biasalah, ronda perhati semua aspek. Sampai kat gate nampak bos tercegat kat guard post, tengok2 guard tak ada, bos tanya aku, aku manalah nampak sebab baru tiba, dapat maklumat dia gi minum jap. Ok lah tu.

Petang ada meeting, so bos tanya apa2 aku nak ingatkan semua stafs, ye lah apa yang stafs sampaikan pada aku, aku kenalah maklumkan pada bos. Macam2 lah, maklumlah sekolah nak cuti 2 minggu. Aku memang tunggu sangat cuti sekolah ni. Bukannya apa, namanya cuti sekolah - budak tak ada, so aku boleh concentrate pada pengurusan kat ofis. Huh banyak kerja nak buat! Konon nak cuti, sebenarnya tak cuti pun...

Mulanya bos ajak gi keluar ada urusan, last minit dia kena gi meeting pulak. So, cancel. Aku boleh concentrate kerja2 lain. Petang meeting sampai pukul 4. Macam2 yang disampaikan. So all staffs take note.

Lepas mahgrib gi fotostat kerja untuk bebudak masa cuti, kena bagi kalau tak depa semua tak refresh otak. Lepas tu ambik baju dari member somewhere kat Melaka Mall. Siap. Sebab ada baju bos juga, kena hantar juga ke rumah dia esok dia gi majlis rasmi.

Malam aku relax...Letih dah rasa, tu rasa nak cuti rupanya taklah cuti sebenarnya.....

Wednesday, May 21, 2008

Macam2 Hal

1. Pagi2 lagi aku kena selesaikan kad jemputan oleh Ketua Menteri untuk jemputan pada 23.5 Jumaat ni. Iaitu majlis perjumpaan dengan warga pendidik di DUN. Tak banyak dah, baki hari semalam yang tak dapat jumpa cikgu2 ni. So, sambil tu aku kata - jemputan khas dari CM, mesti datang sebab dia nak bagi cenderahati- memang betul pun itulah yang dimaklumkan sejak aku dan bos yang sentiasa attended meeting pengurusan ni.

2. Kelas aku 2 masa perlu digantikan, lagipun waktu ni exam time, jadi cikgu2 praktikal yang ramai ni boleh tolong gantikan. Sebab dapat maklumat ada parent nak datang tentang masalah anak dia. Masalah anak2 zaman sekarang, macam2! Bos selalu cakap masalah negara. Memanglah masalah negara sebab dalam negara!Kecik atau besar semuanya masalah negara.

3. Dalam gitu gini urusan kat ofis, ada pulak parent datang, bawa anak dia yang dia tangkap sendiri - kantoi. Bukannya apa, anak dia nak ponteng sekolah! Dia kata dia curiga dalam 1/2 minggu ni, anak F5, bila tanya nak ke mana, nak gi CC...Dengan kawan F2, aduh anak - anak. Emak bapak suruh gi sekolah, dia nak lari2 pulak, tak tahulah apa yang dia nak, yang dia tahu nak seronok2 aje. So, aku nasihatlah depan bapanya, buat pengakuan janji baik. Aku biasanya akan cakap, this is the first and the last you enter my office! Maknanya jangan buat masalah2 salah laku disiplin lagi.

3. Lepas tu, datanglah parent yang ada masalah anaknya tu. Masalah anak dia tak balik rumah - ikut kawan lah tu. Bincang punya bincang, bapanya dah buat kata putus nak berhentikan anaknya saja. Lagipun dah tanya anak dia, dia dah tak minat nak sekolah. Nak kata apa, so bapa tulis surat permohonan. Bos baca, lulus ajelah.Kita cuba nak tolong anak dia lagi, tapi tak mahu juga. Jadi janganlah ada dakwa dakwi lagi.

4. Dah selesai urusan tu, jam dah hampir 10 lebih, barulah dapat gi minum + nasi ayam. Gi dengan bos, bos belanja! Beginilah selalu tugas di ofis. Tak boleh nak keluar. Dalam masa makan tu, ada pulak kes - adaboys jumpa macam ekor ular dalam lubang tandas! Actually nampak ekor dalam sejengkal gitu, ye lah manalah tahu, aku kena ambik tahu hal2 keselamatan budak2 ni. Bukan lubang apa, lubang tu kat corner atas macam lubang paip dari floor atas. Jadi, ekor ular tu terjuntai lah, macam ular tu, masuk ke dalam. Macamana? Bos kata, bolehlah minta tolong bomba cek. Aku pun telefon lah bomba, senang aje, aku telefon adik ipar aku yang kerja bomba tu. Dia pun hantar pasukan penyiasat. Datang dah 20 minit kemudian, mana ular atau apa2 lah mungkin cengkarung ke tak tahulah, benda tu dah lari entah ke mana. Selesai satu bab.

5. Lepas tu pulak, dalam masa yang sama tadi,parent datang lagi nak ambik hphone anak dia yang telah dirampas sebab kesalahan membawa hphone. Tengok2 bekas jiran aku lama. MasyaAllah, apa nak kata. Ok lah, kerja tetap kerja. Jiran,jiranlah. Bukan aku rampas apa pun, actually budak2 pengawas sekolah yang menjalankan tugas, lepas tu serah kat aku tukang simpan. Kalau nak tuntut kenalah panggil parent.

6. Lepas tu pulak, ada cikgu2 ni aku ni nak minta pakej ke Langkawi. Ok no hal. Aku boleh uruskan dengan travel agency bekas bos aku.Kalau pandai negotiate, bolehlah dapat less lagi, less rm5 pun cukup baik. So bila aku call agency ni, the man yang uruskan tak ada, bawa orang gi Genting Highlands for 3-4 days. Oklah nanti aku cek harga. Boleh lagi gi jalan, tapi ini untuk urusan 1 tahun dari sekarang! For next year.Ok lah tu, sekarang mulalah himpun duit.

7. Dah dekat jam 2 rupanya, banyak surat2 masuk kena cek, PA aku beri surat2 berkaitan. Lepas tu aku kena respon dan buat surat rasmi budak nak berhenti sekolah tadi. Edit yang lama aje sebab jenis surat sama aje, bila tunjuk kat bos, dia edit lagi, so esok aje lah bos. Ye pagi2 esok aku akan buat. Sebab parent nak datang esok pagi.

8. Lepas tu gi attend perjumpaan dengan budak2 yang terlibat dengan sambutan untuk MTQ peringkat kebangsaan bahagian bunga manggar dan tepak sirih. Juga pada 28.5 nanti cuti sekolah ada Festival Kebudayaan sekolah kat Melaka juga. Budak aku terlibat, so bos suruh aku take part/note juga!

9. Balik rumah dah dekat jam 3 lebih. Solat,lepas tu aku 'tertidur'...Lega rasanya dalam suasana kedinginan air-con. Sampai2 kedengaran hubby dah balik - bangun solat asar. Hubby tanya, apa fasal? So, sempatlah aku melaporkan sikit2 apa yang berlaku. Aku tak gemar cakap banyak2 sebab ni urusan kerja. Gitu gini sampai malam - aku rest aje lah.

Tuesday, May 20, 2008

Kain Batik's Club

Kain Batik's Club? Actually is Persatuan Kain Batik. The members? Hah sape lagi kalau tak jiran aku. I used to call Persatuan Kain Batik. Sebab ahli kamcing ialah suri rumah sahaja, aku aje yang ada buat kerja luar selain daripada suri rumah.

Bukannya apa, depa panggil aku untuk bersama2 bincang nak buat kenduri/jamuan untuk perasmian surau baru kawasan ini oleh Ketua Menteri. Mestilah dia rasmi sebab kawasan DUN dia dahlah tu belakang rumah dia!

So ahli persatuan yang tak rasmi ni berbincanglah nak masak apa untuk 30 orang sahaja. Aku part beri cadangan boleh aje, nak suruh aku masak mintak maaflah, sebab aku ada kerja luar. Susahlah sikit, tapi ahli persatuan tahu sape aku. Kalau before the date aku tolong siang2 boleh, sebab hari langsung pada 9.6.08, mana boleh aku kerja.

Gitu gini dekat jam 8 baru beres! Balik rumah - bincang sebelah rumah aje, hubby dah get ready nak gi dinner SUK yang nak bertukar. Ok lah taklah aku susah hati nak tanya dia nak makan apa. Kalau malam2 ni, nak makan ada lemau sikit. Sebab, aku/dia tak berapa gemar nak makan malam yang berat2. Paling senang, kurang2nya nasi goreng cukuplah isi perut ni, makan bukannya agenda utama. So bab makan ni taklah kritikal sangat. Dinner tadi pun aku minum air teh 1 mug + pulut panggang+ketupat daun palas yang dibawa balik dari KT, cukup sebab dah 8 lebih. Anak2 yang lain semua dah makan, dia orang pun tak kisah sangat nak makan - semua dah besar2 belaka. Ada roti pun boleh habis juga!

Masa perbincangan tadi depa ada tanya tentang dapur yang telah direnovate. InsyaAllah akan boleh di'tunjukkan' masa cuti sekolah. Sebab bercadang nak buat kenduri doa selamat sikit. Almaklumlah takat ni semua yang diangankan dah dapat, so nak lah buat kenduri kesyukuran. Lepas2 settle urusan nanti bolehlah buat kenduri ni.

Next agenda

Hari ni, jumpa cikgu yang ikut trip ke Trengganu Zoraini, Awanis, Zaiton komen bagus. Puas hati dengan program itu, hah lega aku. Ya lah mana tahu, sebab menginap kat chalet 40 km di Merang dah serik nak jalan lagi. Rupanya nak suruh buat ke Langkawi pulak next year. Boleh aku no hal punya, janji lepas jalan ok je.

So, aku kena buat homework untuk cari harga ke Langkawi. Seronok kalau ke Langkawi ni terutamanya gi shopping lah di Pekan Kuah. Paling banyak coklat lah, memang kira murahlah dan lain2 barangan ok gak sebab bebas cukai.Kalau kita duduk at least 3 days, hah tak kena cukai pun, pulak tu bukannya banyak sangat beli, takat untuk guna sendiri. Kalau minat nak beli pinggan mangkuk boleh juga, boleh gi kat Idaman Suri. Tapi ingat, beli ni kena beringat2 sape nak bawa naik feri nanti. Kalau ramai 'askar' boleh tolong tak pe. Tapi kalau pergi sorang2 hah kena ambik kira, sebab semua orang akan beli dan bawa sendiri juga, so jangan nak suruh2 orang mintak tolong. Tu kena ingat.

Aku dah gi 2x dalam masa 2 tahun ni, sekali tu berkursus dan kali ke2 dengan budak2 muzik khasnya koir. So aku tahulah sikit2 nak ke mana di Langkawi nanti. Tu yang dia orang mintak aku uruskan, sebab aku selalu gak jalan. Bukan dapat komisyen apa pun, saje aku nak tumpang jalan, kalau nak jalan2 sendiri, susahlah hubby aku sibuk sangat. Tak boleh buat program dengan dia. Kalau nak mcam ni lah, aku jalan dengan trip sekolah dan kalau cuti sekolah ni bolehlah aku bawa sorang dua anak untuk sama2 jalan, kalau tak kesian juga depa tak dapat jalan. Dulu masa anak2 kecik, kita duduk KL, bila cuti sekolah, bolehlah ikut hubby gi meeting/program jabatan dia. Sekarang dah sibuk dan anak2 dah remaja semua belajar pun rata2 tempat, ikut mana yang sempat. Aku dah puas jalan, terutama bila kena gi kursus, banyak tempat dah gi. Tahun ni, belum ada panggilan kursus lagi, jadi dah nampak relax sikit. Kalau tak I dont knowlah, selalu tinggalkan hubby kat rumah. Pause...Nak solat.

Monday, May 19, 2008

Kuala Trengganu 2008


Kawasan Kembara Chalet, Merang KT



Butik Noor Arfa, Chendering



Kuih muih di Pasar Payang



Bas 'Kayu'



Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam




Satu daripada monumen di TTI
- masjid di negara China



Muzium Negeri




Suasana di perairan jeti di KT

Masjid 'terapung'



Kuala Trengganu 16 Mei - 18 Mei 2008

Malam 16 Mei, aku dengan ada beberapa keluarga guru dan pengawas pusat sumber sekolah telah melancong ke KT. Dari sekolah lebih kurang 8.45 mlm dan stop kat R&R Muazam - tempat biasa persinggahan kalau kita dalam perjalanan ke pantai timur. Punyalah banyak bas mahu hampir 20 buah, semuanya nak ke pantai timur lah tu agaknya. Tiba kat masjid terapung hampir jam 6 pagi untuk solat subuh,pun begitu juga, bas dari R&R Muazam malam tadi sama juga kelihatan berehat di sini.

Lepas tu terus ke pasar payang untuk breakfast dan jam 10.30 aku ajak mereka semua naik bas kayu...Tak lah kena bayar, tapi aku dan beberapa guru lain, beri token kepada driver bas. Bas yang bawa kami, aku suruh tunggu kat Tamadun Islam Hadhari, uh penat berjalan di TTI ni, berpeluh2. Nak jalan punya fasal, tak kisahlah. Lepas tu, sambung ke Muzium Trengganu yang terbesar di Asia Tenggara. Aku dah lepak, letih sangat. Guru yang bawa anak2 sama lah juga.

Kat jam 2 lepas lunch kat restoren apa tak tahulah dalam bandar tu, aku makan laksam, nak cuba. Lagi pun aku tak minat nak makan nasi lauk pauk Trengganu ni, tu memang tabiat aku, sebab dah terlalu lama terdedah, dan dah banyak sangat bekas berpuluh2 manusia yang ambik dan pilih. Jadi memang secara otomatik, mematahkan selera aku. Aku order ABC. Fatehah & Farahin ikut sekali. Wah, melancong sakan depa, ye lah lama dah tak gi ke KT ni semasa kecik2 dulu adalah,tapi aku dah masuk 3 kali dari tahun lepas.

Lepas makan nak ke chalet pulak. Punyalah jauh chalet ni - 40 km dari KT iaitu Kembara Chalet kat Merang. Aku dah letih, terus tidur lepas settle bilik untuk murid dan guru. Kat jam 6 baru aku bangun, legi sikit sebab kepala pun agak pening, sebab panas, makan tak ikut masa, lepas tu campur dengan air-con, mana tak senoning kepala ni. Telan pil kuning sebiji. Anak2 aku dan budak2 lain, ramai ke tepi pantai. Aku tak kuasa, sebab nak rehat.

Malam nak cari makan malam, jumpa satu warong ala restoren la gitu, dah semua duduk tempat masing2, bila aku tanya ada makan apa semuanya dah habis! Yang ada mee sop & apa2 mee lah. Tak kan anak2 kecik cikgu nak makan mee aje, aku bolehlah tak kisah. Semua naik bas semula, cari lagi restoren ala warung ni, jumpalah sebuah. Oleh kerana kami 'serang' dan macam2 order pulak, tunggu dekat 1 jam lebih aku baru dapat makan, aduh penat sungguh. Nasib baiklah ada TV tengok cerita anakonda, aku dah tengok semasa dalam bas gi kursus last year.Bolehlah melegakan hati ni. Aku tak kisah sebenarnya tentang hal ini, sebab walaupun tak jadi travel agent, aku tahulah mana hotel/chalet ikut bajet kita.

Nak murah dapatlah macam ni mungkin kalau dalam bandar atau hampir bandar KT tak dapat harga macam ni.Aku cakap, aku biasa camping tak kisah semua ni, sebab masih belum kritikal lagi, makan pun aku tak kisah, janji dapat soru. Tapi bagi mereka yang tak biasa renyah/travel susahlah pada mereka - aku tahulah ada cikgu aku tu, dia tak pernah tiba keKT ni bawa anak2 pulak pulak, jadi mungkin agak masalahlah bagi dia. Tak tahulah, tak ada komplain pulak. Kalau nak ikut cara aku, kenalah tahan lasak. Kalau tak, jangan ikut cara aku. Aku tak lah nak shopping sangat, beli ala kadar cukuplah. Paling penting kalau aku ke KT ni, aku beli baju batik.

Nasib baik pagi 18hb ada diberi bfast. Dah untung agaknya, dapatlah isi perut dengan meehon goreng dan roti+telur+kaya.Air teh, punyalah manis! On the way, sebelum tiba kat pasar payang ( nak sambung shopping), berhenti kat Kg Losong, beli keropok Kak Yah yang terkenal tu ( rumah besar + kereta mersedes dll - hasil jualan keropok).

Aku belilah 2 helai baju batik kat pasar payang - tambah koleksi. Cari kain kemeja untuk hubby tak ada, kebanyakannya dah siap. Takkkan aku nak beli, nanti tak kena saiz, ahah teruk aku, dah lah mahal. So, aku beli kain pelikat untuk hubby dan 2 boys Farhan & Mohd , si Fahd aku beli tshirt kat TTI. Fatehah & Farahin, beli blouse & kain pario - ala orang putih gitu...Jam 1 petang, mulah aku tinggalkan KT, singgah kat Marang beli sata & keropok lekor lagi. Tiba kat Kerteh, singgah solat, dan terus ke Kemaman dah hampir jam 5, kononnya nak cari sata lagi, tapi dah habis, aku makan mee basah dengan depa.Belilah lagi keropok ikan tamban dan ikan kering yang halus2 tu, kalau goreng macam keropok, garing, aku panggil ikan keropok- 3 bungkus rm 10 aje.

Sambung lagi perjalanan balik, berhenti kat R&R Muazam lagi, sampai sekolah hampir jam 12.30 malam. Hubby ambik, ada 2/3 budak belum balik lagi, aku suruh cikgu Zaiton tunggu sementara husband dia datang. Aduh, penat memang penat. Tiba rumah, hubby dan anak2 terus makan nasi dagang dan sata. Ok lah nasi dagang yang aku beli kat pasar payang boleh makan lagi. Masuk micro wave panaskan lauk, sedap lah juga!Huh pengalaman betul seronok jalan2 macam ni. Tapi kalau tak tahan penat, tak payahlah nak susah2 diri, duduk rumah ajelah. Nampaknya next year, cikgu2 ni minta aku uruskan ke Langkawi pulak. Boleh aje...

Tuesday, May 13, 2008

Happy Mother's Day & Happy Birthday

11.5.08 Ahad - Happy Mother's Day & Happy Birthday to Farahin.Lunch kat Shakey Pizza Jusco. Mulanya aku tak nak join, tapi anak2 ni dah buat planning nak lunch aku ikutlah juga. Apa tak bengang, Farhan dahlah bangun lambat, bilik dia tidur tak reti2 nak kemas. Aku cukup fed-up kalau urusan rumah tak beres. So apa lagi , aku mengemop lantai bilik dia. Kena buat, walaupun hari ni sepatutnya Hari Ibu!!! Aku cukup fed-up kalau rumah ni tak di mop berabuk. Kalau mop bersihlah. Rumah yang berabuk macamlah rumah tak berkemas. Jadi aku punya feel, rumah mesti bersih. Barulah sedap nak rehat, bukannya tak berkemas. Aku dapat gelaran oleh Farahin = Profesional & Perfectionist.Ye le tu.Kalau buat kerja apa pun, semuanya kena tindakan segera. Tak boleh lengah2, sebab hari2 mendatang, tak tahu apa lagi yang akan kena buat. Jadi hari ni punya kerja, kena siap hari ni juga. Sebab tu, setiap hari balik lewat dari sekolah!