Malam 16 Mei, aku dengan ada beberapa keluarga guru dan pengawas pusat sumber sekolah telah melancong ke KT. Dari sekolah lebih kurang 8.45 mlm dan stop kat R&R Muazam - tempat biasa persinggahan kalau kita dalam perjalanan ke pantai timur. Punyalah banyak bas mahu hampir 20 buah, semuanya nak ke pantai timur lah tu agaknya. Tiba kat masjid terapung hampir jam 6 pagi untuk solat subuh,pun begitu juga, bas dari R&R Muazam malam tadi sama juga kelihatan berehat di sini.
Lepas tu terus ke pasar payang untuk breakfast dan jam 10.30 aku ajak mereka semua naik bas kayu...Tak lah kena bayar, tapi aku dan beberapa guru lain, beri token kepada driver bas. Bas yang bawa kami, aku suruh tunggu kat Tamadun Islam Hadhari, uh penat berjalan di TTI ni, berpeluh2. Nak jalan punya fasal, tak kisahlah. Lepas tu, sambung ke Muzium Trengganu yang terbesar di Asia Tenggara. Aku dah lepak, letih sangat. Guru yang bawa anak2 sama lah juga.
Kat jam 2 lepas lunch kat restoren apa tak tahulah dalam bandar tu, aku makan laksam, nak cuba. Lagi pun aku tak minat nak makan nasi lauk pauk Trengganu ni, tu memang tabiat aku, sebab dah terlalu lama terdedah, dan dah banyak sangat bekas berpuluh2 manusia yang ambik dan pilih. Jadi memang secara otomatik, mematahkan selera aku. Aku order ABC. Fatehah & Farahin ikut sekali. Wah, melancong sakan depa, ye lah lama dah tak gi ke KT ni semasa kecik2 dulu adalah,tapi aku dah masuk 3 kali dari tahun lepas.
Lepas makan nak ke chalet pulak. Punyalah jauh chalet ni - 40 km dari KT iaitu Kembara Chalet kat Merang. Aku dah letih, terus tidur lepas settle bilik untuk murid dan guru. Kat jam 6 baru aku bangun, legi sikit sebab kepala pun agak pening, sebab panas, makan tak ikut masa, lepas tu campur dengan air-con, mana tak senoning kepala ni. Telan pil kuning sebiji. Anak2 aku dan budak2 lain, ramai ke tepi pantai. Aku tak kuasa, sebab nak rehat.
Malam nak cari makan malam, jumpa satu warong ala restoren la gitu, dah semua duduk tempat masing2, bila aku tanya ada makan apa semuanya dah habis! Yang ada mee sop & apa2 mee lah. Tak kan anak2 kecik cikgu nak makan mee aje, aku bolehlah tak kisah. Semua naik bas semula, cari lagi restoren ala warung ni, jumpalah sebuah. Oleh kerana kami 'serang' dan macam2 order pulak, tunggu dekat 1 jam lebih aku baru dapat makan, aduh penat sungguh. Nasib baiklah ada TV tengok cerita anakonda, aku dah tengok semasa dalam bas gi kursus last year.Bolehlah melegakan hati ni. Aku tak kisah sebenarnya tentang hal ini, sebab walaupun tak jadi travel agent, aku tahulah mana hotel/chalet ikut bajet kita.
Nak murah dapatlah macam ni mungkin kalau dalam bandar atau hampir bandar KT tak dapat harga macam ni.Aku cakap, aku biasa camping tak kisah semua ni, sebab masih belum kritikal lagi, makan pun aku tak kisah, janji dapat soru. Tapi bagi mereka yang tak biasa renyah/travel susahlah pada mereka - aku tahulah ada cikgu aku tu, dia tak pernah tiba keKT ni bawa anak2 pulak pulak, jadi mungkin agak masalahlah bagi dia. Tak tahulah, tak ada komplain pulak. Kalau nak ikut cara aku, kenalah tahan lasak. Kalau tak, jangan ikut cara aku. Aku tak lah nak shopping sangat, beli ala kadar cukuplah. Paling penting kalau aku ke KT ni, aku beli baju batik.
Nasib baik pagi 18hb ada diberi bfast. Dah untung agaknya, dapatlah isi perut dengan meehon goreng dan roti+telur+kaya.Air teh, punyalah manis! On the way, sebelum tiba kat pasar payang ( nak sambung shopping), berhenti kat Kg Losong, beli keropok Kak Yah yang terkenal tu ( rumah besar + kereta mersedes dll - hasil jualan keropok).
Aku belilah 2 helai baju batik kat pasar payang - tambah koleksi. Cari kain kemeja untuk hubby tak ada, kebanyakannya dah siap. Takkkan aku nak beli, nanti tak kena saiz, ahah teruk aku, dah lah mahal. So, aku beli kain pelikat untuk hubby dan 2 boys Farhan & Mohd , si Fahd aku beli tshirt kat TTI. Fatehah & Farahin, beli blouse & kain pario - ala orang putih gitu...Jam 1 petang, mulah aku tinggalkan KT, singgah kat Marang beli sata & keropok lekor lagi. Tiba kat Kerteh, singgah solat, dan terus ke Kemaman dah hampir jam 5, kononnya nak cari sata lagi, tapi dah habis, aku makan mee basah dengan depa.Belilah lagi keropok ikan tamban dan ikan kering yang halus2 tu, kalau goreng macam keropok, garing, aku panggil ikan keropok- 3 bungkus rm 10 aje.
Sambung lagi perjalanan balik, berhenti kat R&R Muazam lagi, sampai sekolah hampir jam 12.30 malam. Hubby ambik, ada 2/3 budak belum balik lagi, aku suruh cikgu Zaiton tunggu sementara husband dia datang. Aduh, penat memang penat. Tiba rumah, hubby dan anak2 terus makan nasi dagang dan sata. Ok lah nasi dagang yang aku beli kat pasar payang boleh makan lagi. Masuk micro wave panaskan lauk, sedap lah juga!Huh pengalaman betul seronok jalan2 macam ni. Tapi kalau tak tahan penat, tak payahlah nak susah2 diri, duduk rumah ajelah. Nampaknya next year, cikgu2 ni minta aku uruskan ke Langkawi pulak. Boleh aje...
Hoya Pro1 UV Filter
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment