CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, June 28, 2012

Kembali Ke Rahmatullah

Lebih kurang jam 11.00 pagi hari ini bapa mertua telah kembali dengan tenang ke rahmatullah. Komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapi - komplikasi buah pinggang ekoran pernah menjalani pembedahan batu karang lebih kurang 13 tahun dahulu, dan darah pekat - 5 minggu di Hospital Besar Melaka dan sempat berada di rumah selama 3 minggu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh. 
Amin - Al-Fatihah.

Wednesday, June 27, 2012

Journey to Blue Mountain

Salam satu dunia ! sambung lagi kisah2 tertunda dik kekangan masa !

28 Jun - Isnin - perjalanan hari ini seawal pagi sebab nak ke Blue Mountain. Sebelum diteruskan lagi ( sebab Blue Mountain kan jauh...)

Semasa berada di Sydney - semua perjalanan saya menggunakan satu tiket sahaja - untuk semua jenis pengangkutan. Beli tiket untuk satu minggu $ 60 aud. Sangat2 berbaloi. Ntah berapa kali turun naik train / bas ntah lah...janji sampai dari satu tempat ke satu tempat. Kami tidak guna khidmat bakti mana2 travel agensi - semua perjalanan di sana kita orang guna public transport yang sangat cekap. Semuanya kami redah sendiri ! Anak saya pun tidaklah sepenuh masa bersama kami, sebab dia pun ada kuliah.

Dalam agak kesejukan pagi2,  lagi lebih kurang pukul 7 kami dah keluar untuk ke Blue Mountain. Dari rumah tumpangan kami tak lah jauh nak ke train stop - iaitu Arncliffe. Sistem pengangkutannya sangat cekap - tepat masanya akan tibalah. Dari Arncliffe - naik train ke Central - dan dari Central ni - naiklah train ke - sampai ke Katoomba - perjalanan hampir 2 jam dengan train.Seronok melihat suasana pemandangan menuju ke Blue Mountain ni. 

Sampai di Katoomba - perjalanan ke Blue Mountain dengan menaiki bas pulak - tak lah jauh mana pun ! Guna tiket yang sama jugak....Sampai lah ke Scenic World - Blue Mountain. Kalau nak tahu lebih detail bolehlah google - google - semua maklumat ada di situ - itulah yang kami "harungi" di sana ! Woooo....sangat seronok ! Kami telah memilih pass masuk berharga $ 28 aud seorang. Ada beberapa jenis pilihan harga pass masuk - ikut lah kita nak yang mana - nak lama ke - nak yang  jauh ke perjalanan di dalam kawasan ni. Jadi kami pilih yang termampu oleh kami untuk meredah hutan ni. Sampai petang kami di sekitar kawasan ini - barulah balik semula ke Arncliffe.








 scenic railway yang sangat curam 


 coal mine zaman dulu2

 nampak tak yang dari jauh tu...terkenal - 3 sisters

 sekitar kawasan Blue Mountain yang sangat cantik 

 air terjun yang curam

 sign board - Blue Mountain Park

 scenic cable car yang dinaiki melalui kawasan pergunungan 

 inilah lunch kami ! 
bawak bekal - nak makan kat sini - mana ada yang boleh di makan !

 airtejun yang sangat sejuk ! macam air batu ....
gigil wehhhh ambik wuduk.
Farhan sedang mengambil wuduk


Untuk dinner malam ni - kami telah dijamu oleh pegawai Petronas - Pn Zaidah - yang bertugas mengurus pelajar2 tajaan Petronas di Australia & New Zealand. Dah kepenatan - sedap pulak dapat makan nasi dan macam2 juadah yang dihidangkan ..... sampai terlupa nak bergambar bersama Pn Zaidah. MAAF puan - terima kasih atas sambutan yanga diberikan dan sponsor makan malam ! Budimu dikenang.... Dengar khabar sampai hujung tahun ni saja Pn Zaidah akan menamatkan perkhidmatan di sana - nak balik - dah lama tinggalkan negara ini - (every month husband nya akan ke sana menziarah dia dan anak2 yang belajar di sana). Ok lah kita layan aje le gambar2 yanag sempat di rakam kan semasa di Blue Mountain. 


pssssst....sampai sini dulu...ada masa & ruang akan bertemu lagi...esok nak ke Langkawi 


Sunday, June 24, 2012

Itinenary ringkas : Australia

Itinenary  ringkas pengembaraan ke 2 buah negeri :
New South Wales (Sydney) & Victoria (Melbourne)  Australia 

26.5.2012 - KL - Melbourne                          - selesai 
27.5.2012 - Melbourne - Sydney - K5           - selesai 
28.5.2012 - Blue Mountain - Pn Zaidah
29.5.2012 - Darling Harbour - Hard Rock Cafe - Wildlife - Madame Tussauds Sydney - K5 - 
                    Vivid Sydney (Festival of lights) 
30.5.2012 - Opera House - Royal Botanical Park - Paddy's - Auburn - Vivid Sydney
31.5.2012 - Sydney - Melbourne
***************
31.5.2012 - South Yarra - Melbourne Visitor Centre - city tour
01.6.2012 - City Tour + + + + - Cruise - city tour
02.6.2012 - Moonlit Sanctuary - Kaola Conservation Centre - Pannys Chocolate - Churchil Island -
                    Philip Island
03.6.2012 - Victoria Market - City Tour
04.6.2012 - City tour - Napoleon Masterpieces - city tour
05.6.2012 - Melbourne - KL


******** akan di catat satu persatu 


Friday, June 22, 2012

Melbourne Ke Sydney - 2

Alhamdullilah selamat sampai di Tullamarine Melbourne Airport lebih kurang 8.30 pagi - isi borang masuk Aussie - lalu di imgresen  cop passport (nak ke Aussie mesti ada visa - visa masuk Aussie hanya RM20 untuk setahun ! murah!) - sib baik tak banyak soal -   ambik  bagasi - lalu kastam - lepas - tak banyak kerenah - agaknya diorang kenal orang malaysia - jadi tak kena lalu ikut yang ada anjing2 serigala kot  - senang je keluar ikut laluan exit yang tak ada anjing2 untuk menghidu beg2 kita. Kalau nak pergi ke Aussie ni - tak payahlah susah2 nak bawak macama2 makanan (takut tak ada apa nak makan ke ...atau saja nak bawak bekal ke...sebab semua makanan tak boleh bawak masuk dan akan dibuang bila nak keluar daripada kastam ) . tapi nasib2 jugak kot...tak tahulah saya....ramai orang pesan tak perlu bawak apa2 makanan. Jadi saya ke sana - memang tak bawak apa2 pun - bawak kain baju dan badan je....

Sementara tunggu  flight ke Sydney jam 1.30 petang - meronda2 lah dalam airport ni - suhu di luar agak sejuk sebab nak masuk musim winter.Nak makan - tak boleh nak makan sembarangan - ada lah Nando's - katanya boleh makan - tapi rasa tak sedap - baiklah biar kebulur !!! hanya minum kopi / coklat aje...

Check-in  ke mana2 destinasi boleh buat sendiri - tag beg pun pasang sendiri - masuk je tiket ke dalam mesin - tag beg pun keluar - wah sungguh advance mereka - so tak perlu nak beratur panjang2 . Tapi kami tak reti lah nak buat2 sendiri - (walaupun boleh sebenarnya - tak tahu boleh tanya dengan petugas2 yang ramai bertugas ) - bimbang buat2 sendiri - kang silap ke apa ke...tak fasal2 susah sendiri...jadi kami beratus aje le.

Flight ke Sydney lebih kurang 2 setengah jam. Sampai di Sydney - selesai semua urusan - tiba dah jam 3 lebih -  anak saya pun sampai dengan kawannya datang dengan 2 buah kereta ....bermulanya perjalanan kami ke bandar Sydney di dalam negeri New South Wales. Taklah jauh mana tempat tinggal kawan anak ni denga airport iaitu di Arncliffe.

Selepas makan apa yang ada ( apa lagi...mulalah makan roti !) terasa benar lapar ! -  bersiap2 pergi ke Supermarket - beli apa yang patut - terutama roti + tuna , biskut , buah2an sebab esoknya  nak pergi ke Blue Mountain.

Hari dah makin gelap  - pukul 5 dah masuk magrib - dah malam. Makan malam pertama di Sydney anak saya telah bawak makan di K5 Restaurant - ini merupakan restoren orang Malaysia - Pn Aida - dah lama dia menetap di sini - rupa2nya anak saya bekerja part-time bantu Pn Aida ni ! Ramai students @ kawan2  bekerja part-time di sini. Bagus lah - dapat duit poket !  $ 10 aud untuk 1 jam. Kerja pun senang - sape nak cuci pinggan mangkok ke / tolong siapkan bahan ke  / cashier ke - semuanya part-time students kerja di sini.Dah kerje - dapatlah makan free ! Bila kami makan di sini - dapat 10% diskaun sebab guna akaun anak saya....Masakan Malaysia - bolehlah ada lah jugak citarasa Malaysia - tak ade lah asyik nak makan roti je - nasi nak kena masuk jugak ! lupa pulak nak snap nasi goreng kampung yang di makan - dah lapar beno....he3x...Paling minima kebanyakan harga makanan $10 aud sepinggan - tapi bila dapat makananan - mak aiiii....satu pinggan penuh - boleh makan 2 orang !


susun atur dalam restoren ini


selepas kekenyangan kami pergi ziarah lah ke rumah anak saya di Kensington - 
tak lah jauh restoren ini dengan rumah dia. Balik ke rumah - nak terus tidur - tapi tak boleh tidur juga - sebab dah kesejukan !!! berlapis2 jawabnya berselimut - ada heater pun masih terasa sejuk teramat sangat - first time kan .....esok pagi2 nak ke Blue Mountain. 


bye bye...


akan disambung lagi....

Wednesday, June 20, 2012

Sejarah Pengembaraan Ke Benua Australia - 1

Salam satu dunia ! Hampir 3 minggu saya tidak update catatan di sini.
Semuanya gara2 pertukaran jadual harian saya yang tidak diduga telah bertukar 100 % . Kenapa 100 % ?

Sepertimana sedia maklum - sebaik saja saya selamat sampai ke tanah air pada 5 Jun 2012 dari negara yang terkenal dengan  kangaroo / wallabies / kaolas / dan macam2 lagi...saya dikejutkan dengan panggilan telefon jabatan pelajaran - saya ditukarkan ke sebuah sekolah yang bakal dinobatkan sekolah kluster (insyaAllah) - maka "bertungkus lumus" lah saya menyelesaikan segala tugasan di sekolah lama - jadi untuk bersantai2 di blog ni - tidak ada masa. Berblog ni lebih kepada - bila saya rasa  free - relax kan minda - terjah2 ke blog rakan (maaflah rakan blog - saya tak berkesempatan untuk berblogwalking). Hari ni rasa agak free sikit - bolehlah saya mula catat pengembaraan saya ke benua Australia.

Saya perlu catat satu persatu . Catatan ini lebih kepada rekod perjalanan agar saya dapat rakamkan semuanya dalam bentuk penulisan. Sebab kalau tak ditulis - kisah perjalanan ini akan lenyap begitu saja - kan ke rugi tu ? Mana boleh simpan dalam kotak minda ni ....Jadi bila dicatat - saya boleh baca - saya boleh refresh sejarah perjalanan ini. Saya juga mengizinkan lah kepada sesiapa yang nak buat panduan - dipersilakan lah. Semuanya sekadar kongsi pengalaman - tidaklah pulak berniat nak menunjuk2 semuanya. Semuanya adalah untuk catatan peribadi saya @ untuk generasi saya akan datang. Dan juga untuk - Manalah tahu kan kot2 masa bersara nanti boleh buat buku ke...(angan2 je lebih....).


Baiklah saya mula sekarang - sejarah pengembaraan ke bumi kanggaroo....
Cewah....macam nak berceramah pulak...he3x

 Pengembaraan saya semasa cuti sekolah baru2 ni - adalah bertujuan menziarah anak yang sedang belajar di Sydney. Hajat hati tu memanglah nak ziarah anak - tapi kalau bajet tak cukup - tak sampai juga hajat kan. Tapi AirAsia kan "rajin" promosi gila2...Nak jadikan cerita - kebetulan pulak (kadang2 je kebetulan ni - bukan rajin ponggg ) - saya godaklah promosi AA ni pada bulan Nov 2011-tengok2 harga tiket pergi balik lebih kurang RM1000 lebih sikit je (exact figure lupa dah...tapi banyak murah lahhhhh...)...saya pun tanya hubby - nak pergi tak - kalau confirm nak booking ni ....hubby pun setuju lah nak pergi! Apa lagi - pucuk dicita ulam mendatang - serta merta saya booking tiket ni. Dah selesai booking - saya pun informed dengan anak di Sydney. Dah selesai booking ni....berbunga2 lah seronoknya hati ni akan ke bumi kanggaroo...suka bukan main lagi....(hubby dah gi 3 kali ke Aussie ni...saya je belum ). 

AA masa tu hanya ada dari KL ke Melbourne je - bila anak saya balik bulan Januari 2012 - anak saya booking pulak tiket Jetstar dari Melbourne ke Sydney. Masa tu Jetstar pun ada offer macam AA jugak.Kalau nak travel dengan bas pun boleh - tapi harga bas lebih kurang sama dengan Jetstar yang di offer - dan kalau naik bas makan masa hampir 12 jam - jadi rugi perjalanan (walaupun sebenarnya seronok kalau naik bas ni sebab sepanjang perjalanan akan dapat lihat suasana tempat orang).

Saya hanya beli tiket saja - semuanya saya akan travel sendiri - tidak guna travel agency untuk ground / tempat lawatan. Anak saya banyak membantu untuk tempat2 lawatan di Sydney. Selain daripada itu saya juga mencari2 di internet - interesting places di sana.

Penginapan saya di Sydney - saya telah menumpang di rumah rakan anak saya di Arncliffe . Jadi ini menjimatkan kos tempat tidur ! Anak saya tinggal di Kensington. Nak kata jauh tu antara 2 tempat ni tak lah jauh mana pun - dengan public transport nya yang cekap - sekejap je boleh sampai,

Perjalanan saya ke Aussie ni  diikut serta kawan saya suami isteri - suaminya dah bersara (rakan sejawat di sekolah lama & isterinya pulak CC di sekolah yang sama juga) - mulanya saya beritahu dia saya nak ziarah anak ke Aussie dengan hubby - dia pun nak tumpang @ jalan2 ke sana - (mereka ni pun kaki jalan gak...). Tapi tiket AA dah mahal masa mereka booking - lebih kurang RM1600 pergi balik. Diorang nak ikut jugak - saya kata ikut lah....mereka bayar kan - ! Rancangan awal kami ber 4 akan ke Aussie ni.

Ohhhh yer....Mulanya saya nak pergi dengan hubby ...tapi semuanya ini adalah ketentuan Illahi - apa nak kata - lebih kurang lagi 3 minggu sebelum berlepas pada 26 Mei - bapa nya tak berapa sihat - bimbang jika berlarutan tidak sihatnya - maka serta merta hubby tukar plan. Takkan lah saya tak pergi pulak kan. Untuk tidak "rugi" terus - hubby telah bayar tiket untuk anak sulung saya si Farhan - masa tu harga tiket dah harga biasa - saya terpaksa bayar  RM2000 lebih pergi balik untuk Farhan. Tiket AA hubby punya tak boleh ditukar / dibayar denda - alasannya masa booking tu harga promosi - so burnt tiket hubby. Begitu juga tiket Jetstar - saya berurusan dengan Jetstar - tukar ke Farhan - tapi kena bayar denda hampir sama banyak jugak dengan harga asalnya.Farhan sangat2 terkejut bila abahnya bayar semua harga tiket ni....dekat RM3000 semua sekali !!! Alasan abahnya - teman umi untuk jumpa Mohd di Sydney...& kesian kat kawan saya yang ikut serta sebab mereka nak sangat2 berjalan dengan saya. 





 Nikmatilah keindahan matahari terbit saat sampai ke Tullamarine Melbourne Airport.
Penerbangan 10.30 malam pada 26 Mei dan sampai 8.30 pagi 27 Mei (waktu tempatan) - lebih kurang 8 jam terbang - letih looooo......


bersambung.....








Thursday, June 7, 2012

Saya tersentak !

Hari ini jadual harian saya 100 % bertukar !

Sepatutnya hari ini jadual saya padat dengan agenda urusan2 tak rasmi - terutama nak ke bank - bayar roadtax kereta yang sari dua lagi dah MATI !

Sepatutnya juga selepas sarapan  pagi tadi saya nak urus anak yang akan balik ke asrama - tapi saya batalkan - baiklah hantar sebelah petang saja.

Sedang saya bersarapan - bersama anak sulung Farhan & hubby di warung kenalan
( depan mahkamah ) - lama jugak tak ke sini....saya tidak dengar hp berbunyi -

Tetapi staf saya dari sekolah telah telefon Farhan - bijak mereka dapat cari nombor Farhan (sebab Farhan pernah jadi guru ganti & ada maklumatnya di sekolah tempat saya bertugas ) - Frahan terperanjat siapakah suara perempuan yang menalipon....Rupa2nya staf saya telah telefon sejak waktu pejabat - tak dapat2 dengar suara saya - mak aiiiii......8 missed call ! maaafffff .....saya tak dengar !

Farhan beri telefon kepada saya......Puan......Unit Naik Pangkat minta puan  hadir ke JPN jam 9.30 pagi hari ini di Bilik Mesyuarat Anjung, JPN - APA??? Ni sape cakap? Saya lah puan....Azizah....apa Zah? ulang semula -? Azizah ulang semula.....saya terkedu - tersentak....pagi2 hari nak kena ngadap Datok Pengarah....berkecamuk fikiran saya.....naik pangkat? atau tukar tempat? atau apa ni??? saya rasa tak bersedia ... saya sibuk nak sediakan keperluan sebab minggu depan pegawai2 JPN nak buat lawatan kelompok ke sekolah.

Serta merta - habiskan semangkok lontong , segelas kopi - hubby terus hantar saya balik rumah - serta merta bergegas - nasib baik ingat , hari ini hari Khamis - pakai baju batik - nasib baik jugak ada baju dah siap bergosok (kalau tak lagi le lambat - jam dah dekat pukul 9 pagi ) - nasib baik jugak saya sudah balik dari Aussie -----   berdesuppppp saya ke JPN. 


Maka berkecamuk lah lagi fikiran saya ni....masanya pun tiba....Nak ambik koooo....ini dia surat yang saya dapat ....saya ditukarkan ke sekolah lain - sekolah yang lebih besar - sekolah yang murid2nya kebanyakan nya bukan orang2 saya - yang amat mementingkan kecemerlangan - dan dimaklumkan dicalonkan sekolah kluster  ( dah rasa seronok sekolah kecik - sebelum ni pun dah pernah gak sekolah besar ) - SYMP (saya yang menurut perintah).





Guru dari sekolah baru saya ni telah mohon bertukar ke sekolah yang lebih dekat dengan rumahnya kerana keperluan beliau menguruskan ibunya yang tidak sihat & ada kekosongan jawatan di sekolah yang diminta ( baru bersara sebelum cuti ) - dan tempat saya telah diisi oleh pegawai dari PPD. Jadi, sebenarnya ini adalah PERTUKARAN SETARA saja BUKAN  naik pangkat apa2 pun.....tersentak saya !!!! hu3x


Nota: 
saya baru nak bernafas di sekolah ini sejak 16 Ogos 2010 - 1 Jun 2012 ( 1 tahun 10 bulan saja)
Esok - saya akan lapor diri di sekolah baru & saya akan mohon tangguh 1 minggu untuk siapkan semua keperluan dan serah tugas.


sekian....(catatan ini sebagai catatan sejarah dalam AGK Sonata Anak Kancil )

wasalam

Wednesday, June 6, 2012

Selamat kembali ke tanahair

Alhamdullilah, semalam lebih kurang 4.30 petang dah selamat jejak ke bumi Malaysia. Setelah sekian lama - 26 May - 5 Jun (11 hari - 2 hari terbang - selebihnya berada di Sydney & Melbourne - Australia) - betullah kata orang - (biasanya lah...) - hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lah di negeri sendiri. Tetapi bagi segelintir orang, mungkin memang suka berada di negara orang (ikut lah negara mana yang suka kan !).

Kalau saya ni yang dah separuh abad ni, suka tu sukalah juga  lihat tempat orang ni - kalau dah lama  di negara luar ni, mulalah "membuak2" rasa nak balik ! Tapi kalau orang2 muda - suka lah gamaknya nak berhijrah ke / nak bekerja ke / dll urusan di negara luar ni. Tak ape lah awak orang muda kan - bagus lah juga mencari pengalaman di negara orang, kalau dah dah tahu jerih perih merantau di tempat , mungkin lah masa tu nak balik !!! ha3x . apalah saya menyongel banyak benar pulak dah...

Ok lah ini baru introduction je...nak mula merekod perjalanan dari Malaysia ke Melbourne - ke Sydney - ke Melbourne semula - ke Malaysia - pelan2 sikit. Macam banyak benar nak tulis, macam banyak benar gambar2 yang nak dikongsi....tapi masa ni agak terhad...bila dah balik dari bercuti ni....hu3x - mulalah nak susun kerje semula....berbalik lah kepada asal.........nak berblog bila selesai semua urusan2 wajib dulu....kang kena "sound" tak fasal2 kena close down - habislah ....

Nak sambung cite USS, Singapore pun masih terkial2 lagi....ada lagi tu - tapi kalau nak letak The End rasanya ok jugak. Tak pe lah - ada masa saya sambung lagi cite USS tu....bukannya apa - saya nak complete travelog saya je....kalau tergantung cite - tak best lah kan ! orang kata tak ada penutup cite....ha3x - insyaAllah saya tulis lagi....( tulis menulis ni adalah satu daripada 10 rules - how do I do my best every day) . Buku ini dibeli di Melbourne dengan harga $14 aud - bertajuk Little Red Book of Sales Answers - yang dibaca dalam flight semalam.

ok - bye