Alhamdullilah selamat sampai di Tullamarine Melbourne Airport lebih kurang 8.30 pagi - isi borang masuk Aussie - lalu di imgresen cop passport (nak ke Aussie mesti ada visa - visa masuk Aussie hanya RM20 untuk setahun ! murah!) - sib baik tak banyak soal - ambik bagasi - lalu kastam - lepas - tak banyak kerenah - agaknya diorang kenal orang malaysia - jadi tak kena lalu ikut yang ada anjing2 serigala kot - senang je keluar ikut laluan exit yang tak ada anjing2 untuk menghidu beg2 kita. Kalau nak pergi ke Aussie ni - tak payahlah susah2 nak bawak macama2 makanan (takut tak ada apa nak makan ke ...atau saja nak bawak bekal ke...sebab semua makanan tak boleh bawak masuk dan akan dibuang bila nak keluar daripada kastam ) . tapi nasib2 jugak kot...tak tahulah saya....ramai orang pesan tak perlu bawak apa2 makanan. Jadi saya ke sana - memang tak bawak apa2 pun - bawak kain baju dan badan je....
Sementara tunggu flight ke Sydney jam 1.30 petang - meronda2 lah dalam airport ni - suhu di luar agak sejuk sebab nak masuk musim winter.Nak makan - tak boleh nak makan sembarangan - ada lah Nando's - katanya boleh makan - tapi rasa tak sedap - baiklah biar kebulur !!! hanya minum kopi / coklat aje...
Check-in ke mana2 destinasi boleh buat sendiri - tag beg pun pasang sendiri - masuk je tiket ke dalam mesin - tag beg pun keluar - wah sungguh advance mereka - so tak perlu nak beratur panjang2 . Tapi kami tak reti lah nak buat2 sendiri - (walaupun boleh sebenarnya - tak tahu boleh tanya dengan petugas2 yang ramai bertugas ) - bimbang buat2 sendiri - kang silap ke apa ke...tak fasal2 susah sendiri...jadi kami beratus aje le.
Flight ke Sydney lebih kurang 2 setengah jam. Sampai di Sydney - selesai semua urusan - tiba dah jam 3 lebih - anak saya pun sampai dengan kawannya datang dengan 2 buah kereta ....bermulanya perjalanan kami ke bandar Sydney di dalam negeri New South Wales. Taklah jauh mana tempat tinggal kawan anak ni denga airport iaitu di Arncliffe.
Selepas makan apa yang ada ( apa lagi...mulalah makan roti !) terasa benar lapar ! - bersiap2 pergi ke Supermarket - beli apa yang patut - terutama roti + tuna , biskut , buah2an sebab esoknya nak pergi ke Blue Mountain.
Hari dah makin gelap - pukul 5 dah masuk magrib - dah malam. Makan malam pertama di Sydney anak saya telah bawak makan di K5 Restaurant - ini merupakan restoren orang Malaysia - Pn Aida - dah lama dia menetap di sini - rupa2nya anak saya bekerja part-time bantu Pn Aida ni ! Ramai students @ kawan2 bekerja part-time di sini. Bagus lah - dapat duit poket ! $ 10 aud untuk 1 jam. Kerja pun senang - sape nak cuci pinggan mangkok ke / tolong siapkan bahan ke / cashier ke - semuanya part-time students kerja di sini.Dah kerje - dapatlah makan free ! Bila kami makan di sini - dapat 10% diskaun sebab guna akaun anak saya....Masakan Malaysia - bolehlah ada lah jugak citarasa Malaysia - tak ade lah asyik nak makan roti je - nasi nak kena masuk jugak ! lupa pulak nak snap nasi goreng kampung yang di makan - dah lapar beno....he3x...Paling minima kebanyakan harga makanan $10 aud sepinggan - tapi bila dapat makananan - mak aiiii....satu pinggan penuh - boleh makan 2 orang !
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Friday, June 22, 2012
Melbourne Ke Sydney - 2
susun atur dalam restoren ini
selepas kekenyangan kami pergi ziarah lah ke rumah anak saya di Kensington -
tak lah jauh restoren ini dengan rumah dia. Balik ke rumah - nak terus tidur - tapi tak boleh tidur juga - sebab dah kesejukan !!! berlapis2 jawabnya berselimut - ada heater pun masih terasa sejuk teramat sangat - first time kan .....esok pagi2 nak ke Blue Mountain.
bye bye...
akan disambung lagi....
Posted by sonata anak kancil at 1:05 AM
Labels: Australia - Sydney
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Dah nama orang Malaysia, dah tentu akan cari nasi juga.. :)
Nur-nba - betul tu...walaupun boleh je kalau makan yang lain...saje je - dah ada tu makan aje le !
salam..
klau sy sjuk2 camtu camne gaknya
Post a Comment