CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, October 19, 2012

Queen Victoria Market - Melbourne - 20


sambung lagi travelog yang takkan dilupakan - yang nak digarapkan dalam bentuk catatan....sekadar satu kepuasan diri merakamkan perjalanan ini - satu perjalanan mengutip pengalaman - menjelajahi bumi Allah swt di dunia ini....alhamdullilah diberikan olehNya kesempatan ini untuk menikmati keseronokan kehidupan di atas duniawi sebelum hayat pinjaman olehNya diambil kembali.....

Ahad 3 Jun 2012 - pagi Ahad yang agak sejuk selepas breakfast ( roti /cereals shj - tak ade le nak roti canai ke - nasi lemak ke....@ apa2 lah yang biasa kat tempat kita kan.....he3x...walau pun boleh makan & biasa makan - bila kat negara macam ni ....jemu jelak jugak lah kan...kalau di Malaysian Hall tak tahu la pulak sebab saya tak dapat tempat ni - full ! ) saya dan Farhan menaiki tram. Dari guesthouse tak jauh pun ke tempat station nak beli tiket dan naik/turun tram - iaitu South Yarra Station. Cadangnya hari ni nak ke Queen Victoria Market.

Kami naik city circle tram - percuma ! khasnya bagi pelancong berbaloi lah naik tram ni....laluannya sekitar Melbourne CBD je....jalan pun slow je - sebab ade le - "jurucakap" yang akan berceloteh tentang Melbourne ni....memberitahu tempat2 yang istimewa di dalam bandar ini...akhirnya sampailah kami ke perhentian untuk ke Queen Victoria Market. Jommmm kita lihat bersama2 okeyyyyy! he3x....

jalan menuju ke Queen Victoria Market

apa ni ? posto la...

 suasana dalam QVM - macam2 ada ! dan harganya sangatlah murah 
(di sini yer....jgn banding dgn M'sia ) 
berbanding barang yang sama jika dibeli dikedai2 dalam bandar....

 barang2 yang murah kebanyakannya buatan China - sebab kos buruh yang rendah...
kalau buatan Aussie - mahal giler wehhhh!!! 

 ntah apa lah yang dibelek si Farhan ni....nak beli ke?


sebenarnya bila nak ke QVM - lalu depan uni ini....cawangannya je kot...sebab kecik je - 
difahamkan bangunan2 uni di sini bersepah2....tak lah macam kat tempat kita...

selepas "letih" membeli...macamlah banyak benor belinya - kami pun balik ke South Yarra - untuk lunch...seperti biasa lunch kami hanyalah roti kebab ....cukup sampai petang - malam !
lepas solat - kami keluar semula ke Melbourne CBD ni....jalan lagi...

ok lah....berhenti buat seketika....lepas ni kita tengok Napoleon pulak !

Monday, October 15, 2012

Delima Guest House - termurah di Melaka! (2R2B)


Salam sejahtera semua rakan taulan di seluruh pelusok dunia ! Didoakan semua rakan sentiasa sihat walafiat - sentiasa riang ria menjalani kehidupan seharian.

Tak lama lagi cuti sekolah - 10 November - 31 Disember 2012. Ke mana gamaknya nak berjalan2 @ melancong kali ni?

Apa kata - sesiapa yang belum pernah sampai ke Melaka - atau dah pernah sampai - silalah datang ke Melaka cuti kali ini. Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia ! macam2 ada...he...he..he...Rakan2 yang pernah sampai ke Melaka - tak jemu nak datang ke Melaka lagi.Terutama datang ke sini untuk melancong @ makan  asam pedas Melaka @ maupun ikan bakar ! Kalau gitu - tak perlu fikir2 lagi - mai ke Melaka cuti sekolah akan datang ini atau bila2 masa pun boleh - kalau yang dekat2 sempadan dengan  Melaka ni - balik hari pun boleh ! Datang hujung minggu untuk bersantai2 pun boleh.....

Dah mai sini mana nak menginap? usah bimbang dan ragu .....

Tempat menginap yang selesa dekat dengan Bandar Melaka dan sewaktu dengannya sedia menanti  kehadiran kalian. Delima Guest House  untuk tuan puan sekeluarga sangat bersesuaian dengan bajet yang minima. Apa tunggu lagi - tuan puan rujuklah di sini untuk maklumat lanjut sekiranya masih mencari2 tempat menginap yang sesuai dengan bajet tuan puan.

Bilik 1 

Bilik 2

Ruang dapur

Ruang tamu 

Kadar:
RM 99 / malam
(pada hari Ahad - Khamis)
RM 120 / malam
(pada hari Jumaat, Sabtu, cuti umum dan cuti persekolahan)


jommmmm....melancong ke Melaka dengan pakej bajet yang minima !

Friday, October 12, 2012

Phillip Island - 19

Apa khabar rakan blog? Aduhai lama sungguh tak menulis ni....Tengok2 dah dekat sebulan !
Mak aiiii.....Saya sangat sibuk la ni......Masih segar ;agi  diingatan kisah2 saya dengan kawan ke negara kanggaroo cuti sekolah lepas....semalam jumpa dia pun masih bercerita kisah2 kami di sana - seronok betul dia ...nak pergi lagi tu !!! baiklah saya nak tulis lagi kisah seterusnya ...kisah yang tak tamat2 sehingga nak cuti akhir tahun dah hampir tiba dan saya pun dah merancang ke tempat lain pulak....

Selepas selesai bersantai di Heritage Farm - kami menersukan perjalanan ke The Nobbies Centre - tempat nak tengok penguins parade...Tiba di sini dah hampir petang dalam keadaan hujan renyai2...boleh lah berjalan lagi dalam hujan ni...bila tiba nak tengok hujan dah makin agak lebat - nak tak nak terpaksalah juga beli baju hujan - seingat saya $10 aud. huhuhuhu....mahal gak kalau convert ke RM...pakai kejap je...kalau tak beli - lencun lah jawabnya nak tengok penguins naik ke pantai.



Nobbies Centre

 guna solar power

  di luar bangunan 

 the rocks..tepi pantai - sejuk wehhhh!!!


bersiap  sedia dengan baju hujan ! 


semasa melihat penguins naik ke darat dari laut....semua pengunjung TIDAK DIBENARKAN mengambil gambar penguins yang sedang naik ke darat dan berjalan terkedek2 menuju jalannya ke sarang2 mereka.Alasannya cahaya akan mengganggu penguins ini.... Hampir tepat jam 5.30 petang - kelihatan penguins mula berduyun2 naik ke darat dari laut ! macam di ajar2 - mereka pulang tepat pada waktunya. 


gambar - ihsan google 

Penguins  ini  akan ke laut waktu pagi - go for fishing ! mereka akan berenang di pinggir pantai mencari ikan2 kecil  - macam2 lah ikan  yang dimakan.Dikatakan seeokor penguin memerlukan 240 gm ikan sehari untuk santapan mereka. Bila lewat petang penguin ini akan mula balik ke pantai secara berkumpulan yang dipanggil "rafts" - dalam satu 'rafts' ni ada sampai 100 ekor penguins - & kurang. 
Biasanya penguins ini akan melalui jalan yang sama menuju ke sarang @ burrow mereka di dalam semak2 di pantai itu. Sambil berjalan - penguins ini akan 'berehat' seketika - mengepak2kan kepaknya untuk memanggil rakan2 mereka - dan berbunyi 'huk huk huk huk' - bising ! riuh rendah bunyi penguins ini balik ke burrow mereka. 

Kami sampai semula ke Melbourne dekat jam 11 malam! sangat seronok pengalaman melihat sendiri penguins ini