CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, October 12, 2012

Phillip Island - 19

Apa khabar rakan blog? Aduhai lama sungguh tak menulis ni....Tengok2 dah dekat sebulan !
Mak aiiii.....Saya sangat sibuk la ni......Masih segar ;agi  diingatan kisah2 saya dengan kawan ke negara kanggaroo cuti sekolah lepas....semalam jumpa dia pun masih bercerita kisah2 kami di sana - seronok betul dia ...nak pergi lagi tu !!! baiklah saya nak tulis lagi kisah seterusnya ...kisah yang tak tamat2 sehingga nak cuti akhir tahun dah hampir tiba dan saya pun dah merancang ke tempat lain pulak....

Selepas selesai bersantai di Heritage Farm - kami menersukan perjalanan ke The Nobbies Centre - tempat nak tengok penguins parade...Tiba di sini dah hampir petang dalam keadaan hujan renyai2...boleh lah berjalan lagi dalam hujan ni...bila tiba nak tengok hujan dah makin agak lebat - nak tak nak terpaksalah juga beli baju hujan - seingat saya $10 aud. huhuhuhu....mahal gak kalau convert ke RM...pakai kejap je...kalau tak beli - lencun lah jawabnya nak tengok penguins naik ke pantai.



Nobbies Centre

 guna solar power

  di luar bangunan 

 the rocks..tepi pantai - sejuk wehhhh!!!


bersiap  sedia dengan baju hujan ! 


semasa melihat penguins naik ke darat dari laut....semua pengunjung TIDAK DIBENARKAN mengambil gambar penguins yang sedang naik ke darat dan berjalan terkedek2 menuju jalannya ke sarang2 mereka.Alasannya cahaya akan mengganggu penguins ini.... Hampir tepat jam 5.30 petang - kelihatan penguins mula berduyun2 naik ke darat dari laut ! macam di ajar2 - mereka pulang tepat pada waktunya. 


gambar - ihsan google 

Penguins  ini  akan ke laut waktu pagi - go for fishing ! mereka akan berenang di pinggir pantai mencari ikan2 kecil  - macam2 lah ikan  yang dimakan.Dikatakan seeokor penguin memerlukan 240 gm ikan sehari untuk santapan mereka. Bila lewat petang penguin ini akan mula balik ke pantai secara berkumpulan yang dipanggil "rafts" - dalam satu 'rafts' ni ada sampai 100 ekor penguins - & kurang. 
Biasanya penguins ini akan melalui jalan yang sama menuju ke sarang @ burrow mereka di dalam semak2 di pantai itu. Sambil berjalan - penguins ini akan 'berehat' seketika - mengepak2kan kepaknya untuk memanggil rakan2 mereka - dan berbunyi 'huk huk huk huk' - bising ! riuh rendah bunyi penguins ini balik ke burrow mereka. 

Kami sampai semula ke Melbourne dekat jam 11 malam! sangat seronok pengalaman melihat sendiri penguins ini

6 comments:

kak mah said...

Alaaaa...tak dapat nak kenal ahli rombongan.

sonata anak kancil said...

Kak Mah - Salam kenal - tk singgah ke AGK - saya pergi sendiri dengan anak - tak ade ikut rombongan - ciput punya bajet maaaaa....

sonata anak kancil said...
This comment has been removed by the author.
sonata anak kancil said...

Kak Mah - semasa di Melbourne - 2 orang kawan dah balik ke M'sia - so tinggal saya n anak berdua je...main redah & jalan sendiri !tk

Perjalanan Kak Mah lagi mencabar - sudah singgah ke blog Kak Mah...seronok membacanya pengalaman & boleh jadi panduan untuk masa akan datang ....

Sham said...

erm bila pulakla saya ni nak merasa ke sana...

sonata anak kancil said...

Sham : rancang2 dulu...ada rezeki - ada masa & peluang - insyaAllah akan sampai jua...