CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, April 29, 2012

Sekitar T Nagar, Chennai (13)

Tak habis2 cerita Chennai , India ni....hu3x....nak siapkan jugak sampai hari terakhir...lepas habis cite Chennai ni - nak sambung cite lain pulak....Tapi tahu2 aje le - penglipur lara ni sentiasa sibuk !!! macamana nak habis cite2 ni??? Sampai nak sambung cite baru pulak musim cuti sekolah yang akan datang ni !Tak pe - tak pe...janji cite habis jugak ! woooowww...mengalahkan cite 1001 malam

Nak cite lebih2 pun....memanglah tak habis...macamana besarnya negara India tu....macam tu lah - nak cite kisah2 shopping ni pun macam sama juga. Kalau tayang gambar2 tu - mana2 hampir sama jugak. orang2nya 100 % sama ! Lainlah kalau macam negara kita kan...macam2 kaler ada...saya tulis lah jugak sekitar bandar T Nagar di Chennai. Chennai keseluruhan ni memanglah sangat luas...ada macam2 nama tempat - T Nagar ni adalah satu kawasan dalam Chennai - kira besarlah T Nagar ni.

Lepas selesai makan di rumah Salam - kita orang pergi jalan2 ke T Nagar...tengok2 kawasan bandar yang sesak dengan rakyat jelatanya.  Dan saya berjalan ni pun bukannya tujuan nak beli macam2 mende - tak adenya ! hanya untuk merehatkan diri dengan "merantau" ke negara orang. 


 kami melewati kawasan pelabuhan - dulu terkenal dengan Madras

tengah2 kawasan bandar ada sekolah !

ntah ceruk mana dibawa oleh Si Salam ni....semata2 nak mencari kain pelikat...lalalalala....

dah sari suntuk kepenatan "menyopping" dengan bajet ciput....
baliklah kami ke hotel...ambik ko...lepak! malam dah kepenatan - 
kami order ke makanan ke bilik je....berlagak kayo kejap le ! dan harganya pun murah.
berehat - berehat - dan mulalah mengemas , sebab esok dah hari ke 4 nak balik ke Malaysia! 
dah kemas2....alamak ada lagi rasa tak cukup nak beli ... sebelum balik...sempat lagi lah kami meronda ke kedai kain sariiiiii.....lagi. Okey - esok last day saya akan tulis lagi...
lepas tu nak cite ke tempat lain pulak.
penglipur lara nak berehat sebentar....bye



sampai ketemu lagi....

Tuesday, April 17, 2012

Nasi Beryani Kambing Special - Chennai (12)

Dah masuk hari ke 3 di Chennai . Hari ni nak pergi shopping sikit. Shopping sikit2 je - sib baik tak bawak duit berkoyan2....mahu nak sapu bersih ! ha3x....gelak sendiri - sendiri belanja - sendiri tanggung le...

Setelah mengenali Mr Salam dah masuk hari ke 3 - kami di ' layan' tanpa ada rasa 'gap' antara tour guide & pelancong - bila berjumpa saudara se Islam ni - punya la seronok - senang nak berurusan - terutama bab nak makan minum. Mr Salam ni - orangnya sangat "caring" - sentiasa tanya apa yang kita mahu - nak ke mana - dia bawak aje - sebut kata nak shopping - dia pun bawaklah kita gi shopping - nak beli apa - semuanya cuba disettlekan olehnya.

Hari ke 3 ni - sejak balik dari Mamallapuram (hari ke 2) - Mr Salam dah menjemput kami makan tengahari di rumahnya. Dia telefon isterinya suruh masak nasi beryani ! Saya dan hubby pun - tidak lah kata tak mahu - tapi kami kata why not - kita tengok cara hidup mereka di sini. So, kami setuju untuk ke rumah nya. Dah tak  seperti tour guide dah ! dah macam sedara pulak - punyalah seronok nak tengok rumah mereka.

Untuk shopping Mr Salam bawak ke kedai dekat rumahnya...Rumahnya jauh dari pusat bandar utama - macam kita kat Bangi gitu...tapi masih sepanjang perjalanan tu menempuh bandar - kan dah kata bandar Chennai ni tersangat la luas. Jadi nak beli kain2 terutama kain sari - beli di luar kawasan utama - kalau beli kat T Nagar ( tengah2 bandar la ) mahal katanya - so, kita beli kat kedai borong dekat rumah nya! mana tak murah giler !!!

Sebelum Mr Salam ambil kami di hotel - saya telah merayap lagi sepanjang jalan raya sehingga ke Chennai Central - stesen keretapi yang besar menghubungi selatan-utara. Punya besar dan sesak dengan rakyat jelatanya - biasa tengok cerita Hindi kan - kat stesen keretapi tu...hahahhahah macam tu la...ok kita layan suasana di stesen keretapi ni.



 Chennai Central railway station is one of the major rail heads of the Southern Railways,
located 4 km from the city centre.

 ini nampak sikit je orang - sebenarnya ramai lagi 


lepas sampai ke Chennai Central - kiranya dari hotel macam kami berjogging la...
strolling around the city - orang usah cakaplah...sesak !

************

 kedai yang saya masuk - tak tahu nak pilih mana satu - banyak sangat!

 saya lihat ramai sungguh orang2nya membeli - macam nak raya -  
pada hal bukan hari raya pun!

Bersama Rabiah - isteri Mr Salam -  kononnya memilih bagai nak rak !
 memilih kain2 yang sesuai dengan harga - sesuai dengan bajet yang ciput ! Mr Salam telah memberitahu isterinya datang tolong tengok2 kan saya nak beli kain sari ni! 
Punyalah baik orangnya!

 tapi terus terang saya cakap - kain2nya sangat cantik - 
berkualiti ( ikut jenis la...macam2 grade- macam2 jenis ) dan murah giler !!!
kain sari biasanya dijual 6 meter - pilihlah yang mana sesuai - kalau kita ni buat baju kurung la...
6 m bukan 4 m - biasa kita beli kan - dan harganya - kalau yang biasa2  je boleh dapat +- RM25 - tapi kat tempat kita - saya rasa lebih mahal lagi. Saya tidaklah membeli banyak - 
cukup pakai udah le - takkan nak "menyari" sepanjang masa ! hahahahahahha.....

  jalan menuju ke rumah Mr Salam - yang menoleh tu dia lah ! saya mengekor je...


 Rabiah sedang menyedok nasi beryani kambing - memang sangat sedap....
siap saya 'menyelongkar' ke dapur nya ! 

nasinya simple aje - dimakan bersama ayam goreng berempah - ada telur rebus yang ditabur dengan lada hitam dan ada dihidangkan juga bawang besar yang dipotong - 
kalau kita bawang jerok gitu...dia menghidang seadanya - saya lagi lah tak kisah ! 

****
jika dilihat keadaan rumahnya - seperti rumah flat - secukupnya untuk keluarga yang kecil - dan agak sempit - anaknya ada 3 orang semuanya perempuan bersekolah rendah jauh dari rumah nya sebab dia hantar ke sekolah agama - dekat rumahnya ada juga sekolah (tak sampai 5 minit boleh sampai ) - tapi dia tak mahu sebab sekolah campur (lelaki & perempuan) dan bukan sekolah agama....pagi2 isterinya pukul 5 sudah bangun untuk masak nasi dan anaknya bawak bekal ke sekolah - sebab anaknya akan bersekolah sampai petang ! Mereka sangat 'welcome' akan kehadiran saya dan hubby - dan mereka nampaknya sangat seronok dan tidak segan menerima kedatangan kami - 

*****
....sekian - nanti sebelah petang kami ke pusat bandar - 

Monday, April 16, 2012

Pemandangan yang dilihat (11)

Salam sejahtera wahai rakan maya...lama sungguh berhenti di Marina Beach Chennai...bermain2 di gigi air..sungguh nyaman tiupan angin dari Teluk Benggala - (ayat memujuk aje....sebab sibuk dengan kerja)


Saya sambung catatan Chennai lagi....lagi tak habis ni lagi tu lah saya tak dapat nak update tempat lain yang pernah saya pergi ! ( baru2 ni kan pergi ke USS, Singapore....cewah....fuyoooo - syiok gilo weh...).


Saya paparkan beberapa bangunan dan suasana kawasan bandar menuju ke hotel.


  new secretariat building


 Bangunan merah ni tak ingat ape ke nama - tak silap tempat mereka yang bekerja di jabatan kerajaan sebab berhampiran juga dengan Ripon Building & Railway Station

 Ripon Building - sangat cantik !

 Ripon Building is the seat of the Chennai Corporation (Madras Corporation) in Chennai (Madras), Tamil Nadu. This is a fine example of Indo-Saracenic style of architecture, a combination of three types of architectural styles - Gothic, Ionic and Corinthian. The Ripon Building is white in colour and is located near the Central station in Chennai. Commissioned in 1913, it was built by Loganatha Mudaliar. The Building took four years to build at a cost of 750,000 Rupees. Ripon building was named after Lord Ripon, Governor-General of British India and the Father of local self-government. Earl of Minto, the then Viceroy and Governor General of India laid the foundation on December 12, 1909. The Municipal Corporation of Madras, after functioning from several other places, settled at Ripon building in 1913, with P.L. Moore as the President of the Municipal Corporation at the time of the inauguration.

dah sampai hotel ni - keletihan - minum air di sini

 breakfast kami hari ke 3....

Sepagi hari ke 3 kami merayau2 sepanjang jalan - ikut kaki berjalan melihat budaya orang sana - sementara menunggu Mr Salam datang jam 10 pagi untuk bawak kami pergi shopping - wow sungguh teruja menyopping di sini...sebab dia bawak ke kedai wholesale - rupa2nya Mr Salam ni jugak adalah business man ! Kedai memang sangat banyak - tapi Mr Salam bawak kedai dekat rumahnya ....
lepas tu kami lunch di rumah nya !!! best  - best makan nasi beryani .


pssst...jumpa lagi hari ke 3

Sunday, April 8, 2012

Perjalanan balik ke hotel - Marina Beach (10)

Selepas selesai solat - kami pun berangkat pulang ke hotel...

Dalam perjalanan sempat juga kami singgah ke Muttukadu Boat - boleh lah kalau berminat nak round2 naik bot , tapi sebab cuaca panas terik - tak lah kami naik - lagipun nak tengok apa - hanya persekitaran bandar je...serupa aje naik bot macam kat Malaysia ni...he3x - buat punah ranah duit je ...ha3x ( kedekut la - duit ciput je ! ) - gambar pun tak ambik - hanya catat je nama tempat ni.

Dah nak sampai ( jauhlah lagi - tapi ntah berapa kilometer lagi - tak berapa nak ingat dah..) kita orang singgah  di pantai yang sangatlah landai - yang cantik - iaitu Pantai Marina @ Marina Beach- panjangnya sehingga 12 km - antara yang terpanjang di dunia....berjalan di "landasan" pasir yang jauh hingga ke gigi air....pantai yang mengadap Teluk Benggala ....jommmmm kita tengok sedikti gambar2 yang saya snap...


ada lagi beberapa deretan tugu seperti ini di tepi jalan menuju ke pantai 

 sayup nampak pantai ini dari tepi jalan

berjalan menuju ke laut !

 seronok bermain air ! kagum....sebab lihat lautan lepas - angin yang bertiup 




gerai2 jualan termasuklah makanan dll  - agak 'messy' - tak sanggup wa nak singgah beli !!!

okey....akan bersambung....

Singgah di Kovalam ( 9 )

Masih hari ke 2 dalam perjalanan untuk balik ke hotel...

Keluar dari Crocodile Bank - kita orang meneruskan perjalanan - masih jauh lagi nak sampai ke hotel di bandar. Kami singgah di Kovalam - untuk solat zohor.

Kita tengok persekitaran kawasan ini...mula2 sampai - ingatkan terus ke masjid - rupa2nya sebuah makam - makam orang alim. Saya taklah  masuk sampai ke dalam - hubby je yang pergi .

 jalan masuk menuju ke makam - tanggalkan kasut di pintu gerbang
 - maka berjalan kaki ayam lah ke sana 

makam 

 gerai pelbagai jualan macam2 ada...makanan dan ntah apa2 la...saya tak tengok pun !

 ini barulah masjid 


pssstttt....hanya tunggu hubby solat...he3x - faham2 aje la kan !

.......akan sambung lagi yer.... - bye