Sunday, November 29, 2009
Thursday, November 26, 2009
Salam Aidil Adha
Salam Aidil Adha untuk semua yang sudi datang ke teratak AGK ini
Kali ni nak beraya kat kampung, dah beberapa tahun raya kat bandar aje....
Assalamualaikum.....Bye-bye.....
Posted by sonata anak kancil at 7:24 PM 11 comments
Wednesday, November 25, 2009
Santai di Pantai Air Papan
Budak2 kecik tu tengoklah - jakun dah lama tak pegi ke pantai.....
KEPADA SEMUA RAKAN MAYA
Posted by sonata anak kancil at 6:40 PM 17 comments
Tuesday, November 24, 2009
Program pertama cuti sekolah.....
Sebut je cuti sekolah apa ke mende yang korang fikir2 dan ingat2????
Ha ha haaaaa.....betol ! Apa korang fikir tu?
Apa dia?
Yang memang paling2 biasa - terima jemputan kawen!!!
lagi satu - berjalan2 / melancong ---- ni seme sangat2 biasa masa cuti
Aku ntah berapa keping kad jemputan dapat setiap hujung minggu - melainkan hujung minggu ni raya haji....next week - next2 week...seme ada! Dah tiba jodohnya - dah ketemu buku & ruasnya - maka berkumpullah sanak saudara masa cuti sekolah ni...Kalau tak cuti sekolah, nanti kosong pulak khemah khas untuk sanak saudara...tak ade sedara ke??? sedara tak ramai ke???
Ahad baru lepas ni ( 22 hb ) , aku balik ke Kluang - ziarah mak pak mertua - lepas tu terus ke majlis perkahwinan anak adik no 2 aku!!! He he he anak adik aku dah berumahtangga rupanya - dah jodohnya cepat nak wat camana kan! Anak2 aku belum lagi -masih beringus lagi - masih terkial2 belajar lagi.....masih tercari2 siapa kah bakal2 nya....Tak pe nak - korang belajar sehingga ke tahap maksima....Anak adik aku ( pompuan ) baya anak aku Si Fatehah tu.....Bukan dia tak boleh belajar lagi, dapat masuk F6 , dapat masuk kolej tapi dah tak nak belajar lepas SPM , nak wat camana kan! Dah tiba resa nak berumahtangga - jangan ditunggu2 lagi!
Lepas tu, kita orang terus ke Mersing - sebab ada urusan rasmi di Pejabat Tanah Mersing. Menumpanglah aku kat Seri Malaysia satu malam......( terima kasih kepada sahabat Mr W. yang telah tolong membooking - kalau tak, waktu cuti2 sekolah ni - seme fully booked !) . He he he dah tiba Mersing, apa lagi...tersangatlah teruja dengan makanan2 nya yang hampir2 sama seperti di Trengganu - seperti sebelum2 ni aku ada cite - makan sata , keropok lekor , nasi dagang - dan dah terjumpa pulak satu gerai laksa kuah putih ( Trengganu style ) ---- huh memang sedap betol!!!
Petang Ahad tu, kami terus pergi ke gerai jual sata - bila tiba aje....budak tu dah kenal ----ha ha haa orang ni! Kita orang pun beli untuk makan petang tu saje, tapi order untuk dibawak balik sebanyak 70 biji! Bukan aku makan sorang - biasa la - beri kakak angkat sikit , singgah kat rumah makpak mertua masa balik beri sikit, Si Farhan nak terus balik ke KL bawak balik sikit.....akhirnya tinggallah beberapa ketul untuk aku bawak balik - simpan dalam freezer - esok Fahd balik dapatlah rasa...
Yang balik hanya lah Farhan, Fatehah & Farahin - Faisal ( Mohd ) tak balik lagi sebab prepare nak exam, & Fahd pulak masih terus sambung program persiapan untuk F3 next year...Huh advance betol!

Sebelah malam - kita makan di satu kedai yang sejak zaman hubby kecik2 lagi masih beroperasi sampai sekarang...Dia punya masakan sangat sedap ( tekak keluarga aku la ) - mee goreng / meehoon sop dan lain2 lagi semuanya sedap! Farhan kesedapan lepas makan mee goreng , order meehoon sop pulak---dah tersandar kekenyangan - apa punya budak daaaa.....Gasak ko la ....
alasannya bukan selalu!
Esoknya pulak ( isnin ) , dapat breakfast kat Seri Malaysia untuk 3 orang - tapi seme tak nak pergi -
sebab nak sarapan nasi dagang....nasi dagang ni, mak sedara hubby yang buat - dia memang terror - dah lama buat, belajar dari arwah maknya! Huh memang kesedapan sangat...kuih2 yang dia buat pun sedap...tapi sedap2 pun , manalah larat makan ikut nafsu oiiii.....nak terbelahak??? makan berpada2 la.....aku makan sebungkus aje...ala macam makan sebungkus nasi lemak aje! mak sedara hubby ni pun buat nasi lemak - sedap jugak!Sebelum pergi makan nasi dagang - kita orang berjalan di Mersing Waterfront -
Hotel Seri Malaysia ni dekat pantai...
tengok je la gambar ni...sangat cantik!
farhan & farahin



Posted by sonata anak kancil at 8:22 PM 20 comments
Saturday, November 21, 2009
Jawapan Contest : Sebelum & Selepas....
Sekarang aku nak beritahu jawapan contest aku last week. Ingat kan petang tadi nak beritahu tapi masa begitu mencemburi untuk aku berbuat demikian.
Pada 14.11.09 lepas (Sabtu) aku bersama Fatehah & Ayeen telah keluar -+ 9 pagi ke bandar untuk menguruskan pelbagai urusan - mula2 aku pegi tempah plak untuk sorang cikgu nak bersara. Lepas tu, aku pegi ke klinik gigi kerana masalah
sikit ( tampalan lama pecah - jadi sakit la ) & sementara tu Fatehah temankan Si Ayeen pegi beli baju untuk dinner - katanya baju style 1920an - ntah apa rupa aku pun tatau la....Adusss...nak ikut tema pulak dah....Selesai urusan gigi aku dan baju dah dapat - teruslah kita orang ke Melaka Sentral hantar Ayeen nak balik ke UIA.
Sebelum Ayeen naik bas sempat lah kita orang berjalan2 sekitar terminal bas di MS ni.....lantas:-
Budak 2 orang ni mengada2 pulak nak beli spek hitam - sun glass konon! maka dia orang ni sibuk lah menge test2 cermin mata hitam kat kiosk ni....Apa lagi aku pun, mehh ambik gambar korang - bergaya sakan la tu!!! harga nya nak tahu berapa? RM 10 aje...sesuei la untuk korang , bukan selalu guna pun!!! saje gatei nak beli! saje nak tergedik2.....
Lepas tu kita orang lunch di McDonald.
Selesai makan si Ayeen pun naik bas ke KL - sebab malam tu dia ada dinner untuk course nya.
Aku dengan Fatehah sambung semula projek aku....he he he,
nak tahu ke mana aku pergi?
Kita orang pergi ke KK Deko di Lebuh Ayer Keroh - kedai cenderamata ala2 english....1st time aku masuk sebab nak beli hadiah untuk cikgu aku yang bersara. Dapatlah 6 biji set cawan & piring ala2 english...boleh tahan jugak harganya - dapat less sikit aje....Kadang2 pergi kedai macam ni - ayat sama aku dengar : kak-kak hari ni last ofer! Ye ke? Aku dah tahu tektik orang berniaga ni - ofer memanjang!
Selesai beli hadiah aku drive kancil balik - Si Fatehah ni apa lagi - melaram la dengan spek baru nya!

Dia pun berpura2 berlakon seperti kaum hawa yang baru keluar mahkamah - lepas habis bicara bab bercerai-berai .....konon2 menangis la tu!!!dengan gaya spek hitam menutup muka yang menangis!
Hari tu kami sampai rumah dekat -+ 3.30 petang.
Apa taknya hari tu hubby outstation ke KL....
aku pun dah mintak izin nak uruskan pelbagai urusan -
&
yang penting dialah yang suruh pergi ke klinik gigi....lagi tak pegi,
lagi tu dia suruh pegi .....bimbang sakit berlarutan -
nanti dia jugak yang susah!
*******************************
Posted by sonata anak kancil at 11:24 PM 22 comments
Hari terakhir sekolah tamat 11.15 malam!
Selamat pagi kepada semua yang sedang membaca catatan ini...
Hari ini bermula cuti kepada anak didik yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam. Kepada yang sedang sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan - selamat mengulangkaji & semoga dapat menjawab soalan dengan baik.
Hari akhir sekolah semalam adalah hari yang paling sibuk. Tatau la sekolah lain. Sekolah aku semalam tersangat lah maksima kesibukannya.
Semalam hanya 2 calon aje yang ambil EST. Itu pun dioarang belajar sendiri - budak pandai. Sebelum ni ade ofer dalam pakej - tapi sekarang dah mansuhkan - sebab boleh pilih elektif apa yang diambik.
Mulai jam 9 pagi dah berduyun2 cikgu menyerahkan helaian semakan bahan2 yang perlu diserahkan kepada pihak sekolah - serah kepada mereka yang berkenaan.
Tugas aku menerima & menyemak Jadual Kedatangan....Kalau tak clear / ade tak lengkap seme kena siapkan serta merta...kalau tak, masa cuti kena selesaikan...Jadi masing2 tak nak sibuk2 masa cuti , semuanya sangat bimbang bila nak ngadap aku! Mana yang ok....ahhhh lega ! Masih ada yang belum serahkan sebab jaga periksa....Next week la jawabnya.
Gitu gini tiba masanya majlis persaraan seorang GKMP Bahasa yang diadakan jam 11 - 12 ....Majlis berjalan dengan lancar walaupun dah tak ramai murid yang datang - tapi meriah! Hu hu hu sedih2 kerana berpisah....dah tamat keje2 rasmi....Lambatnya aku nak pencen....Sabo-sabo...Terus berkeje, khidmatmu masih diperlukan!
Jam 3 petang pulak mesyurat AJK PIBG - dah tak ada masa lain - cari punya cari hari ni je sesuai. Bermesyuarat la sampai -+ jam 5 lebih! Alahai dah petang....Lepas magrib pulak bersiap2 nak tengok konsert - Fusion Of Music! Sepatutnya konsert ini diadakan pada 1 Ogos - tapi masa tu sibuk H1N1 - ditangguhkan ke malam semalam.
Konsert ini yang dikendalikan oleh Kelab Muzik & Murid2 Kelas Muzik diadakan di Dewan MBMB jam 8.30 malam....Kat sekolah ini ada subjek muzik di antara salah satu sekolah perintis sejak 12 tahun lampau. Pelbagai jenis persembahan muzik telah dipersembahkan . Tengok aje lah gambar2 yang sempat aku snap....Ketua2 jabatan dijemput hadir.....Selesai semua hampir 11.15 malam! Tiba rumah dah dekat 11.45 malam....Aduhai hari akhir yang berakhir hingga larut malammmmmmmmmmmmm.....
lepas tu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............
petang nanti nak umumkan ade ke pemenang meneka2 tu????


Mr. Ronald - guru cemerlang muzik yang sangat gigih mengendalikan konsert ini





Posted by sonata anak kancil at 6:29 AM 13 comments
Thursday, November 19, 2009
cakap-cakap-cakap....dengar-dengar-dengar...
tak habis2....lepas tu dengar-dengar-dengar...hahahaha apa ke mende ni?
naik penat lagi letih keje bercakap2 dan mendengar2 ni...
tapi Allah swt dah anugerahkan mulut kan - gunakanlah untuk yang baik2..
bukan salah guna tau! INGAT!!! mulut ada insuran ke?
tatau la....aku tak ade...that's why jaga mulut dari bercakap yang bukan2....
dan telinga untuk mendengar yang baik2 juga okeyyyyy.....
Ni dah tahap merapu ...korang nak baca -baca lah....no hal punya...
....nak jalan2 ke tempat orang tak larat lo.....
minta maaaffff berbanyak....
hanya aku tulis keje aku yang tersangatlah tahap maksima.
1. Pagi2 dah round kat pentas - saje je eksyen -
tengok budak2 nak SPM & STPM....ade ke sorang budak STPM
bawak bapaknya mengadu tak dapat slip peperiksaan!
Heiiii apa ni? GPK T6 dah bagi semua awal2 masa dah beres
masa pendaftaran dulu. Dikatakan semua rakan dia pun tak dapat!!!
Hari ni nak exam baru ingat slip exam? Upper 6 tu!!! dah tahap ke univ....!
Kononnya nak salahkan cikgu la tu....woow havoc sekejap...
cikgu2 bertugas / GPK T6 sibuk menyemak ...
Dah diberikan! Dia yang buat hilang -
dituduhnya semua tak dapat...Rakan2 sejawatnya semua pegang slip kat tangan! hahahha amik ko, pecah tembelang...Jadi aku yang ini tak cakap banyak...
nanti kang lagi tension budak ni nak exam...
Cuma aku bercakap mula2 aje - mintak cikgu2 berkenaan semak!
(masuk ofis - sibuk pulak menyain slip periksa T1 & T2 -
lengok gak 2/3 hari ni - kalau purata 40 students x 14 kelas =? itu yang hantar kat aku! )
2. Babak ke 2 ni memang aku bercakap banyak....penat gak lah,
tapi aku kena cakap - aku hentam - aku basuh budak ni dengan klorok!
Amik ko, ko nak masuk sini kan?Ko dengar cakap aku! Kalau tak ,
ko jangan sekolah kat sekolah aku....Ade ke dah nazak nak cuti sekolah,
hari ni sorang budak Tingkatan 2 dari sekolah jiran -
dibuang sekolah dan dicampakkan ke sekolah aku!
Nak kata apa....JPM dah campak , aku sambut aje la.....
( kalau dah kena buang - salahlaku berat /salahlaku berulang2 kali lah tu
yang tak terbendung lagi di sekolah asal - lepas tu merayu kat JPM
nak sekolah semula - jawabnya hantar ke sekolah baru !!!)
Maka aku pon pot-pet-pot-pet-bla-bla-bla....
bercakap macam2 depan bapaknya!
Aku kira apa - ko anak siapa - wahima anak orang besar sekalipun -
peraturan sekolah tetap kena ikut!
Aku perati budak ni dari atas sampai bawah!
Ade 9 kesalahan yang telah dilakukan!!! Mak datok banyaknya....!
Pendekata macam2 la aku cakap + nasihat = sibapaknya dah serah habis2an kat aku ni - ikut cikgu la nak ajar macam mana - saya nak dia jadi "orang" -
jangan patah riuk sudah lah...cikgu rotan la ..
(senangnya cakap! tapi dia pun dah janji kat rumah dia akan pantau anaknya...)
eeehhhhh ingat senang ke nak rotan budak2 ni?
kalau tak ade surat kuasa merotan, tak boleh oiiii......
Saya memang tak merotan, walaupun saya dapat kuasa...
tapi bisa cakap saya, lebih sakit dari rotan! Kalau ko nak dengar,
ko nak belajar, ko ikut seme peraturan sekolah okeyyyyy!!!!
Hari ni, aku beri peluang dia balik saje ke rumah untuk
menyiapkan seme dokumen dari sekolah lama dia....
3. Bila nak close kes - bos panggil aku.....alamak apahal pulak ni... Jam dah dekat pukul 9 ....Maka mengadaplah aku dengan rakan sejawat aku - mengadap bos....Mendengar ........pelbagai kerenah dan ragam tentang urusan kerja....Bla...bla....bla.....tengok2 jam dah dekat 10.30 pagi! sambil aku menyampok2.....tuan, belum minum lagi la....ok - ok...jom2 kita minum!
4. Maka pergi la ke kantin untuk bersarapan
( nak sarapan ape dah jam 10.30 pagi !) -
tapi hari ni dapat jemputan Tingkatan 4A buat jamuan kat kantin....
Makan free lagi hari ini! nasi lemak - roti gulung goreng + inti sardin + kuih cara + ntah apa2 la kuih lagi + ayam KFC seketul & aku makan tahap meroyan kelaparan! apa taknya tenaga dah habis sebab bercakap & mendengar!
Bos pun sama - makan sama! Makan 1/2 jam sambil bersembang2
dengan bos lagik! & 2/3 orang cikgu lagik....
5. Selesai makan - bos panggil taklimat khas pulak dohhhh.....
Dari -+ 11.30 hingga jam 2 petang!
dengar-dengar-dengar lagi!!! Tapi taklimat bos ni ,
is not very serious but penuh dengan humor....
sampai tahap kedahagaan! tak order air ke? bos tanya...
tak....ingatkan sekejap aje tadi....
bila kita nak meeting lagi?
aku kata, bila lagi tuan, dah cuti!!!
alamak dah cuti pulak....
ok - ok...cukup untuk kali ini.....
Keputusan kita jumpa di Hi -tea pada 18.12.09 di CitybayView Hotel !!!
Tujuannya adalah untuk meraikan sorang GKMP bersara....
tarikh sebelum tu seme tak boleh sebab SPM/STPM belum selesai lagi &
tetamu yang nak diraikan pergi ke KK Sabah & lepas tu dia pergi ke Surabaya...
Bos pulak jadi penyelia kawasan & ade yang jadi ketua exam.
Dannnnnn.....kebetulan itulah tarikh yang amat2 sesuai -
jangan tatau itu tarikh hari lahir aku!!! he he he....
sape belanja sape ni.....& lepas tu pulak bos pergi Umrah sekeluarga.....
Akhir kalam : inilah keje aku hari ni...yang penuh dengan cakap3 & dengar3!
Posted by sonata anak kancil at 9:59 PM 18 comments



