CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, July 31, 2010

Semalam Jumaat & hari ini Sabtu

Hari Jumaat 30.7.2010

dari pagi ke sekolah - 12.30 tgh - terus  ke KLIA untuk mengambil barang yang dikirim dari Tawau, Sabah ( terpaksa pergi jugak hari ini  )& bertemu dengan ahli keluarga dari Tawau - ke Taman TAR Ampang - untuk majlis resepsi pengantin lelaki esok hari (31.7.2010) - terus sambung dinner - sampai Melaka semula jam 12 malam ! what's such a jam packed day !


Hari Sabtu 31.7.2010

7.30 pagi dah keluar rumah untuk menghadiri kursus  di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh - 5.15 petang - selesai minum petang .... mahu relax pulak ...letih looooo.......

Friday, July 30, 2010

Tak ade mee goreng mamak???

petang tadi aku , Farahin dan hubby balik ke Kluang, Johor sekejap untuk membawa ibubapa mertua ke sini...cadang nya untuk bersama2 berpuasa di sini...jadi kami selamat sampai semula ke Melaka lebih kurang jam 9.45 malam tadi...

tiba di bandar Kluang, biasanya kami akan singgah ke restoren mamak ni - jalan apa tak tau la namanya...tapi kalau kita jalan terus ikut jalan ni kita boleh sampai ke railway station...deretan kedai ni kami gelar sebagai kawasan little Indian sebab di sini banyak kedai India...dan restoren yang kami singgah ni kat korner...aku nampak macam nama Lorong Station....sape2 orang Kluang mungkin tau kawasan ni.... Cikgu Idris dari Simpang Renggam tau kot restoren ni....& kedai kat sini

tujuan nya nak makan mee goreng mamak....bila nak order mee goreng mamak............dia kata tak ade mee goreng mamak ! sebelum ni singgah jugak tapi tak ade lah nak order mee goreng mamak.....jadi kami rasa pelik ...kerana restoren mamak tak ade mee goreng mamak !!! 

aku pun order aje le masala tosei & Farahin makan roti canai & hubby akan kuih vadai ............1st time kami dapati restoren mamak tak ade mee goreng mamak.......pelik jugak ye...!

ini dia deretan kedai little indian


masala tosei

Tuesday, July 27, 2010

Sehari di Tianjin - yang dilihat

Sambung lagi kongsi cerita di Tianjin - sepanjang perjalanan dari Beijing ke Tianjin - 
bandar Tianjin jauh sangat moden & luas - jalanraya dalam bandarnya luas - kenderaan banyak tapi tidak menunjukkan kesesakan seperti dibandaraya di negara kita...jika berhenti di trafic light pun tak lah lama sangat nak menunggu...kenderaan nampak seperti bersimpang siur - bercampur aduk dengan rakyatnya yang berbasikal tapi tidak ada kemalangan berlaku !

Bandar Tianjin yang di snap dalam perjalanan menuju ke pusat bandar

Pemandangan bandar Tianjin yang disnap dari hotel di tingkat 10 

Persekitaran Tianjin


landscape ni depan restoren tempat kami dinner



basikal ini menggunakan bateri dan juga boleh dikayuh

ni nak panggil apa?
ini adalah sebuah motorsikal biasa tapi telah diubahsuai seperti ini
untuk mengangkut penumpang

Sunday, July 25, 2010

Sepagi di Bandar Tawau


Hari Ahad 18 hb Julai 2010 - kami ambil kesempatan merayau2 di Bandar Tawau sebelum dijemput oleh tuan rumah sebelum check-out dan untuk makan tengahari...Keluar saje dari Hotel Marco Polo kita terus boleh berjalan ke tempat pasar gantung gelaran untuk kedai yang menjual beraneka jenis pakaian...tapi kebanyakan pakaian adalah dari tanah seberang! kebanyakannya made in Indonesia. Tak ade la kami membeli nya macam pergi Indonesia pulak..


sebab banyak pakaian yang bergantungan di gelarnya pasar gantung - memang famous !


kami terus berjalan hendak menuju ke Pasar Tanjung Tawau

Yang istemewa di bandar ini ( tatau la di tempat lain ) 
aku tengok roundabout nya sangat sangat comel !
ini memang pelik...sebenarnya ada lagi tempat lain yang kecik2 aje roundaboutnya...


tempat yang nak dituju.....kalau dah pernah pergi  di Trengganu @ di Kelantan  - 
sama lah juga pasar ini lebih kurang macam tu jugak ! aku nak beli keropok empelang




keropok empelang - makanan special datang dari Tawau - memang terkenal -
keropok ikan - bentuk bulat2....sedapppppp....krukkk-krukkk-krukkk...
kalau tak beli keropok ni tak lah datang ke Tawau namanya...kalau beli banyak sekali pun jangan susah hati...tokey kedai di sini memang sangat expert untuk meletakkan dalam kotak untuk orang semenanjung bawak balik naik kapalterbang....
belilah sebanyak mana nak beli - kotak besar  bukannya berat pun ! 

( lepas beli keropok empelang - aku tinggalkan dulu...
ambik semasa tuan rumah jemput kami )




ini pun sangat famaous di Tawau - nak kata murah sangat tu tatau lah...
tapi memang agak murah lah berbanding dengan di semenanjung...
dan yang penting sangat fresh ! kalau dah datang ke sini...lebih baik beli la....
cantik2 ikan bilis dan udang kering nya...ikan masin macam2 jenis pun ade....
sebab tak makan sangat ikan masin tak ade le aku membelinya....



la ....nak beli mana satu ni ??? dik ni berapa? apasal yang ini murah yang ni pulak mahal ?
yang murah dari Indon , yang mahal ni dari sini - (Tawau )....la..kenapa begitu ???
tak boleh kurang ke??? kurang sikit boleh la......datang jauh ni dik....!
aku belilah 2 peket kecik aje....jangan tak beli...
( lagipun dah order dengan tuan rumah - 
beliau tolong beli lagi lah dapat murah sebab ade orang kirim  )


***************
lepas selesai beli keropok empelang...kami pun balik ke hotel untuk check-out

Empangan Durian Tunggal


Ini adalah salah satu daripada empangan kawasan tadahan air di Negeri Melaka. Namanya Empangan Tasik Durian Tunggal yang membekalkan air untuk kegunaan rakyat negeri Melaka...sangat cantik pemandangan di waktu petang semalam semasa saya pergi memantau @ melawat anak murid yang sedang mengikuti program bina insan di salah satu kem bina insan di kawasan ini...ada 2 pusat kem motivasi yang diuruskan oleh pihak individu @ konsultan tertentu...kalau tidak kerana murid2  mengikuti kem di sini, tak sampailah saya ke sini.

Tengahari ini jam 12 adalah majlis penutup, oleh kerana bos tak ade maka saya diminta menggantikan beliau untuk menutup rasmi program ini....maka akan berangkat lah saya ke sana pulak....hu hu hu....bertugas dihujung minggu...saya hanya pergi untuk majlis pentup aje...tapi petang semalam selepas balik seminar pun dah pergi jengok budak2 ni.....cikgu2 lain dah berkampung 2 hari....!  terima kasih cikgu....pretasi tahun up punya !!! ngeh3x


Ini lah nama kem tempat nak murid saya ber camping...bukan camping apa pun...tidur dalam chalet yang disediakan...zaman sekolah dulu rasanya  lagi seronok merasa tidur atas tanah dalam khemah - macam main pondok2...he3x.....masak sendiri - masak ke tidak ke....makan aje le.....budak2 sekarang ade suka macam ni ??? masak pun ramai tak pandai !!! ( rasanya ini untuk budak2 bandar kot...budak2 di luar bandar dah biasa dengan alam sekitarnya )
banyak benor kerenah nya...itu tak boleh ini tak boleh....

okey la kawan2 semua...mahu bersiap2 nak ke sini...jauh jugak dari rumah saya ni...lebih kurang 40 - 45 minit....trafic light bila merah  kena berhenti...kalau tanpa trafic light ....15-20 minit boleh tiba dah....bye

Saturday, July 24, 2010

Seminar di Everly Hotel

Saya sedang @ sambil berseminar  di Everly Hotel, Tanjung Kling, Melaka. Sabtu 24 hb julai 2010, telah di pilih oleh JPM mengikuti seminar peringkat kebangsaan: "peranan kerajaan,pertubuhan sukarela dan sektor korporat dalam menangani isu sosial semasa". Dah terpilih ni kenalah pergi juga. Bila tiba utk pendaftaran nama tak tercatat, maka saya kata nak balik la, saya dan sorang kawan kata tak kisah , tak ada nama balik lah , boleh mancing, boleh masak, tapi dah datang tak boleh balik (saje je,surat arahan ada bawak) nama mungkin tak di fax oleh JPM agaknya ke pihak yg anjur seminar.Maka berseminar lah kami sepagi ni...bye

Friday, July 23, 2010

sesi buka & bungkus

pelamin di dalam rumah untuk sesi berinai - putih hitam yang menawan

sesi buka hadiah - pengantin dan ahli keluarga sibuk membuka hadiah...
terima kasih kepada mereka yang telah sudi memberi hadiah...
hadiah yang sangat bermakna dalam kehidupan baru pengantin...
( pssttt....Sonata masih simpan hadiah jam dinding hadiah dari sahabat 25 tahun lepas )

sesi bungkus ikan bilis !!! 
ini pulak emak2 pengantin sedang bertungkus lumus membungkus ikan bilis...
ikan bilis Tawau yang sangat baik ! emak pengantin Tawau nak bagi kepada emak angkat pengantin di Melaka....bergotong royong lah sesi bungkus ini....


ini saja untuk kali ini....sesi buka & bungkus...ngeh3x

Wednesday, July 21, 2010

Selamat Pengantin Baru : Ayeen & Amir

raja sehari Ayeen & Amir
( persalinan ala barat - sebelum majlis pemotongan kek kerkahwinan )

acara potong kek disaksikan oleh ibubapa kedua belah pihak

pasangan berpakaian adat keturunan Orang Sungai sebelah bapa perempuan

khemah jamuan tetamu.- tema purple....all in purple - so sweet


selepas jamuan - para tetamu akan naik ke pentas dan bersalaman dengan pengantin

dan selepas itu akan meletakkan sumbangan dalam pasu yang disediakan 
ini adalah adat Bugis .... senang macamni kan !

ini adalah majlis sebelah malam ....
biasanya majlis sebelah malam lebih meriah berbanding siang
majlis diserikan lagi dengan  kumpulan gamelan 

****
majlis perkahwinan ini berlangsong selama 3 hari @ 3 malam
malam pertama adalah majlis kenduri arwah

Jumaat - jam 9 pagi majlis pernikahan di masjid

malam kedua adalah majlis berinai ikut adat Brunei ( keluarga ini ada keturunan Brunei ) - katanya tak tidur sampai ke pagi sebab berinai - & memakai bedak dibadan selapis demi lapis....

Sabtu - mulai jam 1 - 5 petang jamuan tetamu & persandingan 
sebelah malam - majlis yang di hadiri oleh kami....

*****
suprise untuk kami adalah ......hubby diminta berucap mewakili keluarga &
kami disandingkan sempena ulangtahun perkahwinan kami !

*****
didoakan semoga sentiasa berbahagia hingga keakhir hayat

****
oooppppssss....maaf gambar tak jelas ....tak pro gitu la...

Saturday, July 17, 2010

Majlis di Tawau - Sabah

Flight MH 2660 jam 8.25 pagi tadi selamat mendarat di Lapangan  Terbang Tawau tepat 11.15 pagi. Aboy anak bongsu tuan rumah dah sedia menunggu....terus dijemput untuk makan tengahari sebelum check-in Belmont Marco Polo Hotel....Hotel ni adalah hotel yang terkenal di sini... lama dah beroperasi - 15 tahun lepas hubby ke sini pun dah ade...masuk kali ni dah 4 kali aku ke Tawau ni...suka datang sini sebab nature nya yang tidak sibuk seperti di bandar besar & sebab lain ialah sea-food nya yang tersangat la sedap !!!

Aku + hubby + Fatehah + Farahin dijemput khas untuk meraikan perkahwinan anak perempuannya yang berkawan rapat dengan Fatehah sejak dari tingkatan 3 di SMK Sharifah Rodziah, Melaka hinggalah terus bersama sehingga sekarang di UIA tahun 3...jodoh dah sampai - kedua2 belah pihak setuju - urusan yang baik baiklah di teruskan saja. Jika masa cuti pendek sejak sekolah lagi Si Ayeen ini ke rumah aku lah dia datang menghabiskan cuti bersama kami....Ibubapa nya yang juga guru  telah beberapa kali datang ke rumah aku...jadi kami memang dah kenal rapat...Selain Tawau, rumah mereka di KK juga tempat aku menumpang....!

Selepas makan jamuan nasi putih....bukan nasi minyak seperti kebiasaan di semenanjung dengan lauk istemewa ayam + daging + nenas ( masak seperti acar agaknya - tapi aku tak makan ) + sambal bilis & tempe + sayur2an seperti sayur campuran - ( adat @ cara di sini ....cara masakan pun tak samalah seperti kebiasaan di semenanjung ) - mungkin tempat lain ade buat nasi minyak tak tahu la pulak kan....Aboy hantar kami ke hotel...Aboy satu2nya anak tunggal lelaki & bongsu anak ke 6...baru masuk matrik di Univ. Sabah...kalu tengok si Aboy - kalau kata adik beradik kembar dengan Fahd anak bongsu aku ke 5 pun boleh ! lebih kurang sama raut mukanya + kurus tinggi fizikal nya...dulu masa kecik pun lebih kurang sama "tembam"nya...sekarang sudah kurus & hensem!

Petang tadi sempat lah kami berjalan2 di bandar Tawau ni...nak bershopping dekat aje dengan hotel Marco Polo ni...tapi tak lah membeli sangat sebab dah biasa ke sini....dapat lah beli FM !!! lepas magrib ni akan ke majlis sebelah malam pulak...Oh ya difahamkan majlis kenduri kawen di sini lebih meriah di sebelah malam....dan katanya ade suprise untuk kami...he he he...apalah suprisenya itu  !!! wowww ....tentunya sangat istemewa.....nanti kita tengok apa akan berlaku.....gambar2 tak dapat nak upload lagi....esok baru la boleh edit @ upload gambar dari sini...

bye -

terbang jap

salam & selamat pagi dari KLIA ...sedang tunggu check-in -
nak ke Tawau Sabah kejap....flight 8.25 pagi - gi kenduri kawen anak yang lain ibu lain bapa....ngeh3x


Day 7 : Ancient Culture Street - Tianjin


sambung lagi cite semasa meronda di Tianjin , China .....




di sini berderet2 kedai menjual pelbagai sovenirs...
macam2....segala mak nenek ade !


 bangunan culture di sini



antara yang menarik minat aku & geng
sebab tak pernah jumpa kat M'sia


ini yang best....ade tak orang negara ini yang buat kerje begini???
gambar ini menunjukkan sovenir yang dibuat daripada beras
nama akan ditulis pada sebiji beras ! beras yang kita makan tu...besar mana la kan...
tapi si amoy ni punya lah tekun menulis nama pada beras & memasukkan dalam sebiji kristal yang berair & beras itu akan berenang2 lah dalam kristal tu...


proses memasukkan beras dalam biji kristal tu


ni dia mende alah tu .....sebiji beras yang telah ditulis nama