CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, July 17, 2010

Majlis di Tawau - Sabah

Flight MH 2660 jam 8.25 pagi tadi selamat mendarat di Lapangan  Terbang Tawau tepat 11.15 pagi. Aboy anak bongsu tuan rumah dah sedia menunggu....terus dijemput untuk makan tengahari sebelum check-in Belmont Marco Polo Hotel....Hotel ni adalah hotel yang terkenal di sini... lama dah beroperasi - 15 tahun lepas hubby ke sini pun dah ade...masuk kali ni dah 4 kali aku ke Tawau ni...suka datang sini sebab nature nya yang tidak sibuk seperti di bandar besar & sebab lain ialah sea-food nya yang tersangat la sedap !!!

Aku + hubby + Fatehah + Farahin dijemput khas untuk meraikan perkahwinan anak perempuannya yang berkawan rapat dengan Fatehah sejak dari tingkatan 3 di SMK Sharifah Rodziah, Melaka hinggalah terus bersama sehingga sekarang di UIA tahun 3...jodoh dah sampai - kedua2 belah pihak setuju - urusan yang baik baiklah di teruskan saja. Jika masa cuti pendek sejak sekolah lagi Si Ayeen ini ke rumah aku lah dia datang menghabiskan cuti bersama kami....Ibubapa nya yang juga guru  telah beberapa kali datang ke rumah aku...jadi kami memang dah kenal rapat...Selain Tawau, rumah mereka di KK juga tempat aku menumpang....!

Selepas makan jamuan nasi putih....bukan nasi minyak seperti kebiasaan di semenanjung dengan lauk istemewa ayam + daging + nenas ( masak seperti acar agaknya - tapi aku tak makan ) + sambal bilis & tempe + sayur2an seperti sayur campuran - ( adat @ cara di sini ....cara masakan pun tak samalah seperti kebiasaan di semenanjung ) - mungkin tempat lain ade buat nasi minyak tak tahu la pulak kan....Aboy hantar kami ke hotel...Aboy satu2nya anak tunggal lelaki & bongsu anak ke 6...baru masuk matrik di Univ. Sabah...kalu tengok si Aboy - kalau kata adik beradik kembar dengan Fahd anak bongsu aku ke 5 pun boleh ! lebih kurang sama raut mukanya + kurus tinggi fizikal nya...dulu masa kecik pun lebih kurang sama "tembam"nya...sekarang sudah kurus & hensem!

Petang tadi sempat lah kami berjalan2 di bandar Tawau ni...nak bershopping dekat aje dengan hotel Marco Polo ni...tapi tak lah membeli sangat sebab dah biasa ke sini....dapat lah beli FM !!! lepas magrib ni akan ke majlis sebelah malam pulak...Oh ya difahamkan majlis kenduri kawen di sini lebih meriah di sebelah malam....dan katanya ade suprise untuk kami...he he he...apalah suprisenya itu  !!! wowww ....tentunya sangat istemewa.....nanti kita tengok apa akan berlaku.....gambar2 tak dapat nak upload lagi....esok baru la boleh edit @ upload gambar dari sini...

bye -

9 comments:

Yunus Badawi said...

Aku pun duduk kat Marco Polo tu masa pergi ke Tawau dulu. Senang nak shopping. Masjid pun dekat.

Bestlah ko makan seafood malam ni. Makan tu ingat2 sikit. Ingat aku ..... hahaha

Gen2Merah said...

Selamat berkunjung ke Tawau.. Hehehe

Rozali said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

Alhamdulillah selamat mendarat

makan seafoot
kalau ada gaut, kena berhati2
he he

Wassalam

a kl citizen said...

tak pernah sampai ke sana lagi...

teringin juga nak tahu ttg surprise tu

terbaru dari saya : persoalan berat yang perlu ditangani

Ayah Zain said...

salam sonata

mrszain dulupun pernah mengajar di Tawau. Katanya di SMK Kuhara. Tp cuma 6 bulan, pah tu dia berhenti ......... rupa-rupanya .....

Cik Rama2 Beku said...

Salam..ala..sy g juga majlis kawen Ain.tapi tak tejumpa pula kita ek.hihihi.ramai sgt org masa tu.=)

sahromnasrudin said...

cikgu, mane pic jalan2 kat tawau..nk gak tgk??

love is forever said...

tak pernah sampai lagi lah kak huhu...:(

Zaitun said...

Kawan2 anak membuatkan kita ibu bapa menjadi sahabat,semoga kekalkan hendaknya.
Apa agaknya surprise yang dia orang nak buat.