CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, December 31, 2008

Jangan Berlakon!

Intipati mesyuarat/taklimat guru pertama untuk sesi 2009...

Tentunya semua rakan guru maya ni mulai hari ini juga bermesyuarat/menerima taklimat/penyerahan tugas daripada pengetua/guru besar masing2...

Apa kata kita kongsi bersama di sini / ingatan untuk semua?...
Mana yang boleh digunapakai guna lah...

Hari ni bos baru berucap...Perkara biasalah, seseorang yang baru,
akan memperkenalkan dirinya, supaya jelas/telus kepada semua orang
agar tak adalah nak sok sek, sok sek lagi...

Setelah 3 wanita menerajui sekolah, kini tiba giliran bos lelaki menerajui semula sekolah ini. Bos ini adalah yang ke 5. Bermakna aku telah berkhidmat dengan 5 bos! Setakat le ni yang lepas2 semuanya aku dapat menjalankan tugas selari dengan arus pentadbiran bos...

Sifirnya senang aje: Jangan menentang arus...mana2 lah tempat bertugas,
aku berpegang pada prinsip ini. So, kerja kerja kita pun mudah...

Bos berpesan: Jangan berlakon / jangan jadi pelakon...sebagai cikgu, kita kena ingat,kita ni cikgu...Kita dalam perhatian ramai, perlu buat contoh dalam masyarakat.Ikhlas menjalankan tugas, perlu terus berusaha, bertanggungjawab...Kita cikgu perlu bersyukur dengan yang kita dapat 'imbuhan' tetap saban bulan --- bagaimana mereka yang diberikan cuti tanpa gaji/diberhentikan???Cikgu tak ada- "cuti" pun gaji jalan!!!

( tu yang kadang2 aku tak iklan pun aku ni cikgu...orang boleh tanya,
u cikgu ke??? ada aura cikgu gamaknya...)

Pesan lagi : macam pesan pada anak2...kita bekerja ni,
sentiasa ikut pekeliling...baca pekeliling...

(aku pun dapat lah tugas baru ----suruh aku beli buku pekeliling & letak di PSS untuk rujukan semua cikgu )

Tambahnya lagi : kita kena sentiasa peka dengan jawatan kita yang membantu pengurusan sekolah/kita perlu amanah
apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.

Pesannya lagi: Kita jaga perkhidmatan diri sendiri...semak gaji kita, ada kenaikan ke tidak, confirm ke tidak... jaga sendiri!!!Jangan harap orang jaga (kekadang tu nak suruh kerani ---kerani mana boleh jaga, dia macam2 nak kena buat...bila ada kemusykilan, hah tanya lah kerani...mungkin adalah silap di mana2...yang penting, kita jaga perkhidmatan kita ).Penting juga...Isytihar harta...kalau tak, kalau ada kenaikan pangkat, payah la nanti...so, kena alert orang kata. Ada cikgu , entah mana silap/kelirunya...dengar cerita problem dari DG41---terus ke DG48...
(dapat rm50k tunggakan...)

Yang penting, dalam satu organisasi, kita bersama2 membina organisasi
dari semua aspek, bekerja dalam satu pasukan...

Antara kata2 pengarah: guru pembina budaya ilmu...

Inilah secara umum ingin dikongsi bersama...Yang lain adalah berkaitan P& P
dan pengurusan & pentadbiran sekolah yang aku cintai ini!


SELAMAT BERTUGAS UNTUK SESI BARU 2009.



Tuesday, December 30, 2008

Alatan yang dibeli


2 pilihan yang dikatakan "gomba" -
yang putih tu katanya untuk menyedut minyak & plastik untuk air





Inilah yang dibeli ~~~plastic stool & "gomba" plastik untuk digunakan mengomba / mengepam Vermi Liquid untuk keperluan pokok & kolam ikan

Info : Vermi Liquid adalah diformulakan oleh hubby

Monday, December 29, 2008

Pagi yang ceria - Maal HIjrah 1430H

Aku mulakan aktviti hari :

1. 5.45 pagi dah bangun dah....biasa macam ni la...atau awal lagi...

2. 6.30 pagi - aku ke Stadium Tun Fatimah , gi brisk walking - lama dah tak ke sana, sejak2 raya haji hari tu, ada kesempatan ni pegi la jap.. ingatkan nak buat 2 round hujan dah mula membasahi bumi ini...

3. 7.30 pagi - biasa lah, gi dating dengan hubby...kalau pegi dating, biasa dia tanya nak ke mana? ikut suka abang la...biasanya, tempat biasa pegi aje, tempat2 luarbiasanya, jarang pegi, lain cerita pulak kang...makan pun biasa jugak...kuturunan roti canai...dari kecik2 sampai le ni,roti canai, lain tak leh gi sangat...nak tak nak,aku kena ikut dia, bukan dia ikut aku...aku melayu tulen kena ikut ceylonese+arab...he he he...dah biasa dah, so no hal punya.Tapau - 3 roti telur+3 roti kosong ~~~biasa le, bukan ramai benor yang makan, tapi dah habis satu , pas tu gi ngulang lak...hah tu citenya...

4. Pegi dating tadi kat Pasar Muzaffar Syah - terus lah aku membelek2 ayam sekor, ikan selar kuning (peberet hubby n all of us ), cendawan ( will fry wit sos tiram ), and others...Oops...jumpa Cikgu Borhan (SMKK.Besar - orang kuat KPPK) & staf aku Mr.Wong...

5. Dah balik ni - huh, ketuk2 sikit laptop ni ~~~tengok2 kekawan yang dah mula ziarah..ada rupenya...selamat pagi semua...& tepon Hakim , mintak datang check laptop hubby yang dah tergelincir dari landasan nya...anak2 la tu, apa dia orang buat tak tahu la.. aku jugalah tukang urus semua ni...

6. Ingatkan nak ke Jusco jam 10.30, tapi hubby kata ada member nak datang pulak deh...kenalah tunggu...

7. Baru sat, hubby pesan, kalau keluar karang, hala balik beli satu plastik stool & "gomba". Apa??? gomba?Apa tu, rupenya benda macam pump minyak (plastik punya), aku tak tahu lah, kekawan panggil apa...Aku tahu, dulu2 orang kedai sedut minyak tanah / minyak masak dari tin besar gitu...Hah tu lah benda nya.

8. Ok lah...saje aku ketuk2 sikit, nak gi masak dah...Chicken curry....hubby sambil tunggu kawan tu , dok 'kemas2' pokok bunga dia~~~rajin hubby aku ni (bukan bodek, dah memang dia suka buat...)

Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah 1430H = 29 Disember 2008


Buat anak-anakku dan kaum keluargaku,

Semua muslimin dan muslimat (all over the world ),
diucapkan Salam Maal Hijrah 1430H.
Untuk itu dengan rasa rendah hati,
marilah kita bersama2 untuk membaca doa berikut:


Doa Akhir Tahun:

Dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, maka diampuni sekelian dosanya yang setahun ini.



Doa Awal Tahun:

Dibaca 3x selepas Maghrib pada malam satu haribulan Muharram.

Dan barangsiapa membaca sesiapa yang membaca doa ini, maka bahawasanya Syaitan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliaharanya daripada fitnah Syaitan.




Drp. Kitab.

Day 4 - Balik semula ke Bukittinggi & ke Malaysia

Dah habis masa berjalan2 di bandar Padang - ada supermarket Matahari . Tapi di bahagian bawah supermarket ini ada banyak kedai2 kecil yang menjual beraneka barangan. Macam2 ada! Aku dan member pun jalan2 juga di kedai2 ini. Tengok2 aje, orang usah cerita lah, sangat ramai .


On the way sempat singgah tepi pantai
, sedap aiskrim !

Dah dekat jam 7 singgah di Sicincin untuk makan malam. Di sini cara makan ada 2 cara, samada nak duduk di kerusi seperti biasa, atau duduk bersila. Kita orang semua pilih duduk bersila aje...


Selesai makan, perjalanan diteruskan lagi...malang sekali, hujan agak lebat disepanjang jalan, dan petang hujan juga, sehingga ada kawsan berlaku banjir kilat...Agaknya sistem perparitan yang sempit, air turun dari bukit, melimpah ke jalan raya. Aku sempatlah snap air banjir ni...Lambat lah perjalanan tu...Patutnya boleh tiba ke hotel ikut jadual, perjalanan slow...ngek,ngek,ngek....nak kata apa...


Dalam pada tu, dok berbincang macamana nak bawak balik barang2 yang dah dibeli. Kalau tiba cepat, boleh beli bag yang sesuai. Tapi dah agak lewat, Id driver bawa ke kedai saudaranya untuk dapatkan kotak / bag. Tetapi bukan bag /kotak yang dapat....semua orang masih terus lagi shopping....Jam dah dekat pukul 10 lebih!!!Last kopek dia orang kata....

Tiba kat hotel, nasib baik ada orang masih menunggu menjual barang2 (biasanya depan hotel ni, ada penjaja2 yang menjual barang) dan ada jual bag. Dapatlah beli bag untuk kargo - RM15.



Semua ahli rombongan perlu kemas barang2, sebab perlu keluar hotel naik bas ke airport jam 4 pagi. Flight jam 8.30 pagi...Aku mintaklah buat morning call jam 3. Rupanya ada orang tak tidur, bimbang tak terjaga....

Alhamdullilah, semuanya selamat perjalanan pergi dan balik.

Mohd telefon abah

banyak bag...2 back-pack, 2 hand luggage, 1 bag kargo ~~~~

Day 4 - Bandar Padang

Tiba bandar Padang dah masuk waktu zohor. Singgah makan tengahari dulu kat sini. (Rumah makan Mama Restu)



Hari ini hari Ahad - hari minggu, ramai orang datang ke bandar ini, sangatlah sesak.


Teksi - sangat banyak!


Day 4 - Kasut Kulit Halal & Bandar Padang

Hari ke 4, jam 8 pagi dah mula bertolak ke bandar Padang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam. Aku pun dah ok sihat...Oleh kerana beberapa orang tak nak pergi ke Padang, aku & geng Melaka, 6 orang naik van aje. Yang lain naik bas, so aku miss la cerita2 oleh Pak Anas. Tak pe lah, sambil2 tu Id (driver) beritahu juga lah mana2 tempat yang dilalui.


On the way berhenti kat kedai makan - iaitu terkenal dengan SMS satay (Satay Mak Syukur)































Sedap sungguh Mohd & Hj Ismail makan satay!
Perjalanan diteruskan lagi melewati kawasan kampung dan singgah di kilang kasut kulit halal kulit sapi, kalau tak singgah kat sini rugi la...Kalau tak beli, lagi rugi! Harga kilang...Aku cari2 saiz dapat le satu but & satu sepatu. Nak tempah pun boleh, katanya 3 hari boleh siap,tapi tak ada le nak tempah. Kalau first day datang sini boleh lah...Kalau harga but kat gedung membeli belah ratusan, kat sini ratus ribu (convert to ringgit - tersangatlah murah!!)

Kelihatan Pak Anas mintak tolong tengokkan kasut












Inilah antara kasut2 yang dipamerkan








Tapi yang merah dan hitam inilah jadi pilihanku....Yang pasti inilah satu2nya pemilik kasut tersebut, kerana kasut yang dibuat hanya satu sahaja (made to order).

Day 3 - Payakumbuh - Batu Sangkar , Tanah Datar

Jam 5 petang , rombongan di undang untuk makan malam bersama Bapak Bupati Tanah Datar di bandar Batu Sangkar (seperti DO di tempat kita). Perjalanan dari Bukittinggi lebih kurang 2 jam. Di majlis ini untuk Pengakap Melaka mengundang Pramuka Indonesia, terutamanya dari kawasan Tanah Datar/kawasan sewaktu dengannya ke Jambori yang akan diadakan di Melaka tahun depan.



Bapak Bupati Tanah Datar



Kami sempat singgah di Payakumbuh - iaitu tempat Hjh Rosma - seorang guru sulaman yang sangat terkenal. Beliau mengajar sulaman secara sukarela. Wanita ini kelihatan masih sihat, berumur 83 tahun. Beliau sangat gigih menyampaikan ilmu sulaman, dan kalau belajar di sini insyaAllah boleh dijamin pandai menyulam dalam masa 6 bulan. Hasil sulaman yang sangat cantik -hanya guna mesin manual aje!Semasa kami melawat, ada anak2 dari Kelantan sedang belajar yang ditaja oleh kerajaan negeri.
Hjh Rosma




Ini adalah cadar yang berharga
RM1000=
3 juta rupiah

- disiapkan dalam masa 5 bulan














Sulaman yang dibuat oleh pelajar



























Saturday, December 27, 2008

Day 3 - Sekitar Bukittinggi lagi

Pagi2 lepas subuh hari ke 3, aku and geng jam 6 pagi keluar ke kawasan Jam Gadang. Mesti nampak jam ni...Tak sah lah kalau tak rakam Jam Gadang ni dan kawasan sekitarnya.



Jam Gadang

















Istana Bung Hatta - tokoh / negarawan





kawasan data
ran Jam Gadang












Kereta Kuda pun ada- tak sempat nak naik


Gunung Singgalang dari temapt Jam Gadang - gunung berapi
















Selepas jalan2 kat kawasan Jam Gadang ni, aku dan geng ronda2 tempat orang berniaga - (macam kat kawsan Chowkit la / Kg. Jawa kat Melaka / pasar gantung ) - jam 7 dalam kawsan gerai2, kita orang singgah lah ke dalam satu gerai makan. Aku tak lah minum & makan - bimbang dalam keadaan tak berapa ok,makan sembrangan, lain pulak jadi...Baik le aku sarapan kat hotel aje...Yang aku rakam kat sini, di bawah ni ialah keropok sapi. Nak tahu apa rasa, aku ambik makan satu...(aku buleh gi sikit je...yo la tak biasa kan)

Aku pelik, apa ke benda keropok sapi ni? Rupanya, keropok yang dibuat daripada lapisan dibawah kulit sapi (lembu). Adalah dibuat / diproses macamana tak tahulah, tapi member kata, lapisan bawah kulit sapi/lembu tu direbus & dicampur dengan tepung ~~~ diproses jadikan keropok. Dengan lain kata, orang2 Indonesia ni tak membazir langsung! Lapisan bawah kulit lembu pun boleh diproses jadi makanan...Kebanyakan tempat ada keropok ni...Lagi satu aku nampak, keropok ni / keropok jenis lain (ada rasa macam keropok udang ) biasanya memang ada di atas meja & dimakan dengan apa jua..Aku tak pasti berapa harga sebiji keropok sapi ni, sebab geng aku yang bayar - tak mahal pun 1000/2000 rupiah ( beberapa sen ) aje.











Day 3 - Bandar Bukittinggi


Aku perlu sambung balik rakaman perjalanan aku ke Sumatera Barat, kalau tak , nanti akan 'berkubur' pengalaman ini. Sebab? Bila kita catat, kita ingat, kita akan boleh luahkan balik. Kerana? Aku bimbang memory komputer aku akan lama2 tak boleh nak back-up dengan pengalaman2 yang akan datang. Lama2 kang boleh 'pack' dengan macam2 'overlap' cerita yang akan mencurah2 masuk...Sebab tu aku kena catat cepat2, selagi memory aku kuat berfungsi.



Pintu masuk

Selepas sarapan pagi-pagi jam 8 lebih, hari ke 3, rombongan dibawa melawat ke Benteng Fort De Kock dibina masa penjajah Belanda, dan terus berjalan menuju ke taman haiwan (zoo) yang dihubungi dengan jambatan Limpapeh dan seterusnya mengunjungi ke Rumah Adat.Kawasan ini semua tidak jauh daripada pusat bandar Bukittinggi.

Jambatan Limpapeh


Rumah Adat




Jalan menuju ke

Rumah Adat










Japanese Tunnel : terowong yang dibina oleh pihak Jepun - menggunakan tenaga rakyat Indonesia
















Grand Canyon - Ngarai Sianok - pemandangan yang sangat cantik - bekas gunung berapi


















Sekitar Bukittinggi dari atas jambatan















Selepas selesai melawat kawsan ini, untuk santapan tengahari
rombongan dibawa ke sini













Dah selesai makan tengahari - balik ke hotel, lepas tu gi shopping sakan & tepat jam 5 petang, bersiap sedia nak gi Bandar Batu Sangkar di Tanah Datar, lebih kurang 2 jam dari Bukittinggi...Aku sambung sat lagi ke sana.