Aku mulakan aktviti hari :
1. 5.45 pagi dah bangun dah....biasa macam ni la...atau awal lagi...
2. 6.30 pagi - aku ke Stadium Tun Fatimah , gi brisk walking - lama dah tak ke sana, sejak2 raya haji hari tu, ada kesempatan ni pegi la jap.. ingatkan nak buat 2 round hujan dah mula membasahi bumi ini...
3. 7.30 pagi - biasa lah, gi dating dengan hubby...kalau pegi dating, biasa dia tanya nak ke mana? ikut suka abang la...biasanya, tempat biasa pegi aje, tempat2 luarbiasanya, jarang pegi, lain cerita pulak kang...makan pun biasa jugak...kuturunan roti canai...dari kecik2 sampai le ni,roti canai, lain tak leh gi sangat...nak tak nak,aku kena ikut dia, bukan dia ikut aku...aku melayu tulen kena ikut ceylonese+arab...he he he...dah biasa dah, so no hal punya.Tapau - 3 roti telur+3 roti kosong ~~~biasa le, bukan ramai benor yang makan, tapi dah habis satu , pas tu gi ngulang lak...hah tu citenya...
4. Pegi dating tadi kat Pasar Muzaffar Syah - terus lah aku membelek2 ayam sekor, ikan selar kuning (peberet hubby n all of us ), cendawan ( will fry wit sos tiram ), and others...Oops...jumpa Cikgu Borhan (SMKK.Besar - orang kuat KPPK) & staf aku Mr.Wong...
5. Dah balik ni - huh, ketuk2 sikit laptop ni ~~~tengok2 kekawan yang dah mula ziarah..ada rupenya...selamat pagi semua...& tepon Hakim , mintak datang check laptop hubby yang dah tergelincir dari landasan nya...anak2 la tu, apa dia orang buat tak tahu la.. aku jugalah tukang urus semua ni...
6. Ingatkan nak ke Jusco jam 10.30, tapi hubby kata ada member nak datang pulak deh...kenalah tunggu...
7. Baru sat, hubby pesan, kalau keluar karang, hala balik beli satu plastik stool & "gomba". Apa??? gomba?Apa tu, rupenya benda macam pump minyak (plastik punya), aku tak tahu lah, kekawan panggil apa...Aku tahu, dulu2 orang kedai sedut minyak tanah / minyak masak dari tin besar gitu...Hah tu lah benda nya.
8. Ok lah...saje aku ketuk2 sikit, nak gi masak dah...Chicken curry....hubby sambil tunggu kawan tu , dok 'kemas2' pokok bunga dia~~~rajin hubby aku ni (bukan bodek, dah memang dia suka buat...)
Mesyuarat MPSM Kulai bil.3/2024
20 hours ago
5 comments:
hehehe - contoh istri yang taat. suami makan ape, ikot je makan. hentam saja labu~~
roti pon roti la kan? XD
"gomba"? ape kah?
tak penah dengar pon. macam2 perkataan ada dalam rumah ni ek.
nak tau gak ape gomba tu....itik gembo2 biasa la dengo. Sini pun kalau boleh hari-hari nak roti canai.
tak sempat nak beli gomba, sepetang dok urus laptop...Laptop boleh guna!!!selamat duit...
semoga setiap hari yg ditempuhi dlm dilalui dgn aman.. hihi
Begitulah yang kalau boleh kita mahu.insyaAllah...
Post a Comment