Lama gak rasa cuti ni sekolah...Yo lah cuti panjang katakan... Tapi anak murid memang bercuti sakan. Cikgu-cikgi aku rasa ramai yang menjalankan tuntutan tugas KPM. Takat ni, kerja2 aku dah kira selesai, tapi walau macamana pun, kalau gi ofis tu, memang banyak keje nak kena buat. Paling tak, aku kemas bilik aku. Macamana ramai jumlah anak murid aku, macam tu lah sepahnya bilik aku!!!
Bilik aku bertugas, macam orang tunggu berurusan kat bank. Saban hari lepas2 begitulah.Agaknya tahun mendatang ni, macam tu lah gamaknya...Minggu depan semua pentadbir / kebanyakan cikgu-cikgi gi sekolah akan bertugas! Pulak tu result PMR 08, dah nak keluar...
Huh, sejak semalam ( sambil2 tu dok layan blogging lah... & tengok cite shrek tv3
dll ) aku dok gosok baju. Banyak jugak baju yang nak digosok, senang nak gi sekolah nanti, pakai capai aje...Bila dah banyak gosok, boleh pilih mana suka. Tapi satu aje aku tak gosok, hah baju sutera hubby & baju sutera aku! Itu senang aje, aku hantar kedai je gosok, leceh lah nak gosok kain sutera ni...Biasa gitu lah, kalau aku sibuk sangat, semua baju/seluar hubby aku gi hantar kedai je. So, tak buang masa, boleh buat keje lain. Bagi lah orang dobi share elaun kita ni. Kalau tak, depa tak keje pulak. Apa nak soru...
Hari ni, aku baru nak keluar buat urusan macam2 jugaklah...Yang paling penting, hubby suruh gi MOZAC, mintak clerk telefon semua AJK PIBGnya , meeting pada 27hb ditangguhkan. Lepas tu, aku nak cari duit kat bank, lepas tu urus semua bil2...Ni dah memang kerja aku sebagai secretary hubby. Dia bos tahu apa, dia bagi duit kat aku, pandai aku lah nak urus macam mana!Dia tahu semua beres!
Hari ni jugak nak kena kemas2 baju Fahd nak ke SMKTM, next week dah nak hantar ke hostel...Biaq dia pi dok hostel.Cikgu M ( yang hanya kenal suara aje - dah 2/3 kali telefon aku...he he he, c u then cikgu M). Last year dapat dok hostel, aku tangguh dulu, maklumlah hostel kat sini, sape nak duduk. Nampak gaya, tak leh jadi, hostel kat sini, agak 'culas2', biar dia berdikari.
Opps...Dapat cal dari clerk sekolah, mintak datang jam 10 ada tandatangan perjanjian kantin, dan dimaklumkan bos baru dah masuk pada 19.12. masa aku kat Bukittinggi...Dah kenal sape dia...
Mulai hari ni, semua kena bereskan.........hu hu hu.....
Mesyuarat MPSM Kulai bil.3/2024
20 hours ago
4 comments:
selamat bertugas ...
TQ..begitu lah dah dimaktubkan bertugas begini. Yang penting, enjoy what we chose.
time kerja ..nak cuti....bagi cuti...tak sabar nak kerja.... dok ofis gak yg rugi... uhuuu ..uhuuu.. nak balik sekolah semulaaaaaaaaaaaaa
oneZ: seme tempat banyak kejo la...sekolah/ofis/rumah pun sama....
Post a Comment