CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, December 13, 2008

Terperangkap Kesesakan

Petang tadi, aku dilantik sebagai tour guide tak bertauliah kepada mak sedara & cousin hubby datang dari Kluang, Johor. So, ber'konvoi' lah kami ke Bandar Hilir, Melaka. Aku bawa ikut jalan orang sini aje yang tahu, selok belok ke sana. Kalau ikut jalan biasa orang luar lalu, memanglah 'jem' kalau hujung minggu ni.

TETAPI malang sungguh nasib kami, bila tiba aje nak masuk ke jalan menuju ke Stadhuy punyalah teruk jammed! Alamak, nak tak kena redah lah juga, nak patah balik ikut mana2 jalan sekalipun dah tak boleh, 'terperangkap'lah kami dalam kesesakan yang tersangatlah teruk!

Dan jalan ni pun one-way...Inilah keadaan kat bandar Melaka sekarang ni, kebanyakan jalan dah jadi one-way street...Kalau dah salah masuk jalan, alamatlah kena 'pusing' satu bulatan (round-about) yang teramatlah besar~~~~Masuk semula kat mana yang salah tadi. Itulah ceritanya.


Sebab tu, kalau aku nak ke bandar, kena plan awal2 jalan mana nak ikut. Aku memang dah tahu kalau hujung minggu ni, tak payahlah nak "rajin2"kan diri nak ke Bandar Hilir tu. Memang menempah maut!!!Orang terlalu ramai, apa lagi kalau musim cuti sekolah ni...Memerap aje le kat rumah...mahu dekat 2km jammed petang tadi.

Akhirnya aku masuklah ke parking tempat hantar Fahd pegi berenang. Satu hal pulak, si Pak Penjaga parking, pakai main suruh je masuk (janji dapat rm2) , macamlah banyak lagi parking. Tapi dapatlah juga parking dengan keadaan yang terhegeh2 nak mencari parking yang sesuai, bersesak2...

Aduhai~~~~nasib - nasib. Orang usah ceritalah - kalau rumput hijau tu ada, dah tak nampak hijau lagi!!!

Dah tiba ke Bandar Hilir ni, hah jalanlah selagi termampu kaki melangkah, naik bukit St. Paul turun semula ke, nak turun kot sebelah belakang ke, ikutlah mana nak jalan. Nak masuk semua jenis muzium yang ada ke, kalau sepetang memang tak habis nak jalan semua. Nak ke Mahkota Parade ke, Dataran Pahlawan ke, nak naik Menara Taming Sari ke, huh tak terlarat kalau semua nak gi.

Aku duduk relax je, tengok 'lautan' manusia...Sebab semua tu aku dah keluar masuk. Cuma yang tambahan2 baru belum lagi...

0 comments: