Selepas selesai makan, perjalanan diteruskan lagi. Hari semakin gelap, dah hampir magrib. Rombongan singgah di Pesantren (macam kita sekolah pondok). Pesantren ini adalah sebuah sekolah berkurikulum agama - diusahakan oleh guru2 yang mengajar secara sukarela ~~~tak dibayar gaji pun!!!Pesantren ini adalah yang pertama di Indonesia yang anak2 didiknya adalah pramuka. Gerakan pramuka sangat terkenal di Indonesia.
Pesantren ini baru dibuka / siap beberapa bulan lepas,yang mana sebuah restoren pada asalnya yang telah diubahsuai . Semuanya dilakukan secara sukarela, dilakukan / diusahakan oleh 'pengerak' pramuka ~~~seorang ustaz yang masih muda, yang terpanggil untuk mendidik anak2 muda memperlengkapkan diri dengan didikan agama Islam.
Pengorbanan guru di sini sangat tinggi, apa saja yang dilakukan adalah kerana Allah swt. Mereka berkeyakinan amat tinggi dengan ketentuan Illahi. Anak2 datang dari jauh untuk menuntu ilmu Islam di sini.
Aku dibawa melawat "asrama" tempat anak2 tinggal selama belajar di sini. Bukan macam asrama anak2 kita di MRSM /SBP, tetapi hanyalah berlantaikan sekeping tilam bujang dan disiang hari akan disusun ke tepi. Cukup mudah / sekadar memenuhi keperluan seadanya saja. Aku membandingkan, kalaulah anak kita di Malaysia macam tu, alamat tak belajar lah...
Selepas selesai di Pesantren ini, perjalanan diteruskan lagi, dan singgah pulak tempat buat kuih bika. Semuanya buat pertama kali merasa kuih ini. Tak tahu nak cakap macam mana rasanya, Mohd kata macam rasa kuih apam. Aku rasa macam kuih bakar ubi.Aku tepek gambar kuih & cara buat kat sini ~~~bakar dengan menggunakan kayu api, guna api atas bawah!
0 comments:
Post a Comment