Pagi jam 8 lebih (Ahad), aku, Kak Bie, Ayeen & kakak ke Pasar Tamu Jalan Gaya. Hah, pelbagai jenis / aneka barang ada dijual di sini. Kalau baca notis - jualan bermula jam 5.30 pagi ! Tapi jangan terperanjat, 5.30 pagi kat sini dah terang benderang...Kalau di Semenanjung masih le gelaaapppp! Kat Semenanjung macam pasar tani, tapi aku dok tengok macam2 ada...Tak adalah aku nak membeli sakan, sebab dah biasa ke sini. Jangan tidak, belilah t-shirt untuk mereka yang "ditinggalkan". Kalau senang nak bawak balik, misalnya sayur2an, habis aku angkut sebab murah.Yang aku perasan, ramai orang Semenanjung berkunjung ke sini - kedengaran dialek Semenanjung la...Orang Sabah lain bunyi cakapnya...Masing2 sibuk tawar menawar~~~~
Mesyuarat MPSM Kulai bil.3/2024
20 hours ago
0 comments:
Post a Comment