CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, December 31, 2008

Jangan Berlakon!

Intipati mesyuarat/taklimat guru pertama untuk sesi 2009...

Tentunya semua rakan guru maya ni mulai hari ini juga bermesyuarat/menerima taklimat/penyerahan tugas daripada pengetua/guru besar masing2...

Apa kata kita kongsi bersama di sini / ingatan untuk semua?...
Mana yang boleh digunapakai guna lah...

Hari ni bos baru berucap...Perkara biasalah, seseorang yang baru,
akan memperkenalkan dirinya, supaya jelas/telus kepada semua orang
agar tak adalah nak sok sek, sok sek lagi...

Setelah 3 wanita menerajui sekolah, kini tiba giliran bos lelaki menerajui semula sekolah ini. Bos ini adalah yang ke 5. Bermakna aku telah berkhidmat dengan 5 bos! Setakat le ni yang lepas2 semuanya aku dapat menjalankan tugas selari dengan arus pentadbiran bos...

Sifirnya senang aje: Jangan menentang arus...mana2 lah tempat bertugas,
aku berpegang pada prinsip ini. So, kerja kerja kita pun mudah...

Bos berpesan: Jangan berlakon / jangan jadi pelakon...sebagai cikgu, kita kena ingat,kita ni cikgu...Kita dalam perhatian ramai, perlu buat contoh dalam masyarakat.Ikhlas menjalankan tugas, perlu terus berusaha, bertanggungjawab...Kita cikgu perlu bersyukur dengan yang kita dapat 'imbuhan' tetap saban bulan --- bagaimana mereka yang diberikan cuti tanpa gaji/diberhentikan???Cikgu tak ada- "cuti" pun gaji jalan!!!

( tu yang kadang2 aku tak iklan pun aku ni cikgu...orang boleh tanya,
u cikgu ke??? ada aura cikgu gamaknya...)

Pesan lagi : macam pesan pada anak2...kita bekerja ni,
sentiasa ikut pekeliling...baca pekeliling...

(aku pun dapat lah tugas baru ----suruh aku beli buku pekeliling & letak di PSS untuk rujukan semua cikgu )

Tambahnya lagi : kita kena sentiasa peka dengan jawatan kita yang membantu pengurusan sekolah/kita perlu amanah
apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.

Pesannya lagi: Kita jaga perkhidmatan diri sendiri...semak gaji kita, ada kenaikan ke tidak, confirm ke tidak... jaga sendiri!!!Jangan harap orang jaga (kekadang tu nak suruh kerani ---kerani mana boleh jaga, dia macam2 nak kena buat...bila ada kemusykilan, hah tanya lah kerani...mungkin adalah silap di mana2...yang penting, kita jaga perkhidmatan kita ).Penting juga...Isytihar harta...kalau tak, kalau ada kenaikan pangkat, payah la nanti...so, kena alert orang kata. Ada cikgu , entah mana silap/kelirunya...dengar cerita problem dari DG41---terus ke DG48...
(dapat rm50k tunggakan...)

Yang penting, dalam satu organisasi, kita bersama2 membina organisasi
dari semua aspek, bekerja dalam satu pasukan...

Antara kata2 pengarah: guru pembina budaya ilmu...

Inilah secara umum ingin dikongsi bersama...Yang lain adalah berkaitan P& P
dan pengurusan & pentadbiran sekolah yang aku cintai ini!


SELAMAT BERTUGAS UNTUK SESI BARU 2009.



8 comments:

bawangmerah said...

yaaa...selamat bertugas umi ku!
moga tahun 2009 membawa pulang ceritera yang menarik.

Unknown said...

Suka baca pandangan cgu terhadap kerjaya cgu : itulah yang sepatutnya.kita ada media perubahan.tentunya sebelum mengubah orang lain kita kena ubah diri sendiri...betul tak cgu.sebab keperibadian kita akan dipertontonkan...terutama MAK AYAH yang kadang2 nak cari SALAH cgu aja..betul tak...

selamat tahun baru.dan pastinya duduk rumah.jangan jalan2 lagi...he....basuh kasut !!!!

sonata anak kancil said...

Jinggo: Perkara seperti itu selalu diingatkan kepada para guru...Kekadang tak tahulah nak cakap, ada ambik mudah aje! Akhirnya diri sendiri yang rugi...

Kasut akan dikiwikan (tak basuh)!TQ, 'mengingatkan' supaya basuh kasut!!!

sonata anak kancil said...

Cik adik bawangmerah ajaib...selamat masuk smester baru...lagi lama belajar, lagi banyak kena tahu....

SAHAR MISRON said...

Kalaulah semua cikgu macam cikgu "Sonata" berfikiran positif, kerja ikut prosedur, pekeliling, masa marah marah, masa geram geram, dan hati sentiasa ikhlas say percaya semua sekolah di dunia ini cemerlang,,,,Tahniah cikgu! Kalau saya ada kuasa autonomi nak jemput cikgu tukar ke Labuan, he he he. Sekolah saya sedang menapak untuk anak-anak murid yang dahagakan kejayaan, kejayaannya belum seberapa... masih banyak perlu dibuat...Sedang "memujuk" cikgu-cikgu" kami untuk membangunkan sekolah...
Cikgu juga punya bakat besar dalam dunia penulisan.... saya pula menulis as hobby, esok dan lusa kami ada bengkel penulisan drama radio di Labuan FM, nak ajak join jauh pulak...Kami dalam Persatuan Penulis WP Labuan (PERWILA), yang mana saya sebagai Ketua 2, nak galakkan guru dan murid menulis catatan pengalaman alam pendidikan yang masih banyak rahsianya... Apa kata sekolah kami dengan sekolah cikgu terbitkan Buku Pengalaman Guru....Saya sudah minta seorang guru membuat compilation pengalaman semua guru sekolah...

sonata anak kancil said...

terima kasih atas jemputan cikgu tu...kalau dekat, tak lepas peluang punya.

idea cikgu sangat bagus...(kumpul pengalaman guru). kalau dapat sambutan memanglah baik , tapi bukan semua macam kita ni, suka "rakam" pengalaman.

tujuan saya menulis, untuk "rakaman" kehidupan seharian, sebab peristiwa ni tak boleh di'snap'kan gambarnya!!!

Leenoh said...

Salam Cikgu.

Cikgu kekadang kena berlakon, kalau marah pelajar ianya tidak marah betul-betul, cuma berlakon aja, takut kalau selalu marah nanti sakit jantung, lagi pun kalau marah betul-betul tidak dapat ganjaran pahala.

Kekadang tak perlu berlakon, sikap kita dengan bos kena bijaksana dan bijaksini atau kena jadi kapal, jangan jadi rumah api.

Komentar ini ada sedikit gurauan. jangan ambil sebagai serius. he3

sonata anak kancil said...

Leenoh : Terima kasih singgah ke AGK. Betul komentar
( mantan cikgu ? )itu...Marahkan budak, memunjukkan kita prihatin kepadanya - kita nak didik/bimbing mereka ,nak disiplinkan mereka - untuk masa depan mereka.

Sama dengan staf lain - tegur secara profesional...