CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, December 23, 2008

Day 1 - Perjalanan Ke Hotel Gallery & Happy Birthday



Dari tempat kuih bika, perjalanan diteruskan mendaki bukit. Kepala aku dah miung! Dah mula sakit tengkok & mula pening. Apa taknya, seharian dalam perjalanan dan jalan nak ke puncak bukit ni, tahu2 la ikut kontur bukit! Berbengkang bengkok!

Tak lama lepas tu sampailah ke hotel yang letaknya dalam kawasan bandar Bukittinggi.Hotel ni hanya takat 3 tingkat aje, 2 tingkat atas, 1 tingkat ke bawah tanah! Kenapa tak tinggi? Sebab ni kawasan gunung berapi! Bila2 masa boleh "batuk" istilah orang sini. Takat batuk 2/3 kali tu, no hal punyalah. Itu biasa aje....

Selesai urusan kunci bilik, diberikan minum selamat datang! Aku dapat bilik 103 (bawah tanah~~~nanti aku cerita ).Ada sedikit
miss-communication air panas
(kopi / teh) yang diminta tak ada, yang ada hanyalah air masak/suam putih saja. Nak kata apa, tak kisahlah tu, dah silap nak buat macam mana kan.

Tapi tak disangka2 lagi, disediakan sebiji kek birthday!!!Rupanya kek ini ditempah khas oleh Hj Kader meraikan birthday aku dan ada 3 orang lagi yang menyambut birthday dalam masa percutian ini. Alamak, aku dan yang lain tak tahu menahu hal ini.

Dalam masing2 keletihan, buatlah
birthday party dan diminta berucap lah sepatah dua kata. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih, mendoakan semoga semua rakan rombongan dalam keadaan sihat walfiat semasa berada di sana dan selamat kembali semula ke Malaysia.Semua dah keletihan ~~~masuk bilik~~~tido.




0 comments: