CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, December 7, 2008

10 tahun lepas

Setiap tahun bila menjelang Hari Raya Aidiladha di sini (M'sia), aku sentiasa sebak bila takbir bergema.Kenangan 10 tahun lepas ( awal Januari 99 ) masih segar diingatan ini, aku menyambutnya di Bumi Anbia'.Aku berwukuf bersama lautan manusia di Bumi Arafah bersama hubby. Lautan manusia semua bersalut kain putih. Aku terbayang seperti di Padang Mahsyar. Ini semua urusan Illahi. Aku cuma berakalkan akal manusia berfikir macam tu.

Aku terasa, betapa banyaknya dosa2 aku sebagai manusia menumpang di bumi Allah swt ini. Aku amat sedar siapa aku ini. Aku tidak layak di SyurgaMu, tetapi dalam masa yang sama aku mintak aku tidak terhumban di dalam lautan api nerakaMu.Ya Allah ampunilah dosa2 ku ini, dosa kedua ibu-bapa ku, dosa seluruh ahli keluarga ku, serta dosa seluruh muslimin dan muslimat. Aku amat bersyukur dapat diterima sebagai tetamuNya pada tahun itu.


Pemergian aku bersama hubby, aku "meninggalkan" 5 putera/puteri yang masih kecil.Yang tidak tahu dengan jelas ke mana ibu-bapa mereka akan pergi untuk selama 42 hari. Farhan baru 13 tahun dan aku bertawakkal kepada Allah swt, menyerahkan kepihak sekolah (SMAP Kajang) untuk menjaganya. Fahd baru berumur 3 tahun.

Semasa aku bersama hubby, melangkah keluar rumah, azan dilaungkan, kami terus berjalan menuju ke masjid, tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku "pergi" seperti aku tak kembali lagi. Yang ditinggalkan semuanya sudah diwasiatkan/diberitahu sekiranya apa2 hal yang tidak diingini terjadi.Aku ke masjid berhampiran, kerana aku akan bergerak dari masjid ke masjid, itu pesan ustaz aku.Semua anak2 yang ditinggalkan adalah dalam jagaan kedua ibu-bapa mertua. Dan kami berserah kepada Allah swt.


Selepas selesai menunaikan solat Isya' dan musafir, ustaz (terima kasih ustaz Yaakub) yang aku belajar dengannya menyampaikan ucapan ringkas bagi pihak kami suami isteri, membacakan doa dan azankan (gambaran seperti mengiringi jenazah!).

Aku berangkat ke Kelana Jaya, meninggalkan semua urusan duniawi ini. Aku dinasihatkan bergerak dari Melaka waktu malam, kerana esok pagi perlu check-in, jadi tidak boleh tergendala kalau pagi2 dari sini. Masa tu, selepas selesai urusan semakan semua, aku dibawa dengan bas ke Subang Airport 'terbang' dengan Air Asia. Penerbangan aku adalah penerbangan ke 2. Turut sama bersama aku ialah mak dan atuk saudara hubby - kami semua jumpa di Kelana Jaya.


Aku berasa amat takjub dengan perjalanan ini. Kalau ikutkan, perjalanan ini memang memenatkan. Dari Melaka (malam) - penerbangan -+ 9 jam - Jeddah - Madinah dengan bas (perjalanan yang jauh juga), tanpa henti , tiba tempat penginapan dah dengar azan pertama (subuh), aku berehat sekejap terus ke masjid! Tak terasa penat pun! MasyaAllah, semua ni kuasa Allah swt. Ini betul2 aku pelik.

Kenangan seperti ini, insyaAllah akan berulang lagi, tapi entahkan bila. Seingat aku, aku & hubby ada berkata, nak pergi lagi selepas pencen. Seperti benar kata2 ini, kerana hingga kini, aku tak mendaftar lagi & tak menambah lagi dalam TH!

Selepas aku selesai menunaikan Rukun Islam ke 5 ini, tahun berikutnya aku berpeluang mengerjakan umrah di bulan puasa. MasyaAllah, betapa "seronoknya" berpuasa di Mekah Mukarramah! Dapat aku berpuasa selama 1 minggu di sana. InsyaAllah, aku akan ke sana lagi.



0 comments: