CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, December 27, 2008

Walimatul-urus

Hari ni 3 jemputan kahwin perlu dihadiri. Ketiga2nya kenalan/sahabat agak rapat/(kalau tak gi - malu sendiri).

1. Mula2 kena gi yang jauh dulu - nun di Lubok China. Kira jauh lah dari rumah aku kat tengah2 "bandaraya" ni...Jap lagi jam 10.30 gitu kena jalan dah - ni kat Daerah Alor Gajah. Kena gi jugak, bukan guna kad, main telefon aje...Ko jangan tak datang, datang tahu....Bila tiba kat sana, sedang elok lah, jamuan bermula....(makan sikit aje ~~~ kalau boleh, simpan spare lagi 2...kalau tak "teruk" aku).

Biasanya (insyaAllah), kalau aku gi jemputan kahwin ni, di semua tempat aku akan makan / jamah hidangan. Kalau tak, berasa hati nanti tuan rumah lak. Ni hari dia~~~INGAT...kita pun nanti nak balas balik jemputan dia orang ni. Macamana kalau dia orang tak rasa jamuan kita??? (ni pendapat aku lah...tak tahu lah orang lain)...

2. Lepas tu, aku terus merentas ke Daerah Jasin pulak, kat Tehel. Dia ni, bekas polis bersara ~~~dulu masa dok kat KL aku sewa rumah dia. Kebetulan jumpa hubby, dia pun hantar kad jemputan.

3. Yang akhir, baru terus ke Daerah Melaka Tengah. Hah ni pun satu, tuan rumah yang aku sewa kat Melaka lak, sebelum aku menetap kat sini. Agak2 aku dah dekat jam 3 kot, baru selesai semua.

Tengok tu, hari ni, habis 3 daerah dalam Negeri Melaka, aku gi jemputan.....Tak ke terror tu....
Jadi, dari jam 11 gitu hingga petang, perut ku ni, ber"golak" dengan pelbagai rasa nasi kenduri kahwin.


Ok semua...nak bersiap2 deh. Kang hubby dok bukak radio kuat2, sakit telinga aku...Biasalah kan,orang pompuan, nak bersiap ni, macam2 nak pilih, matching tak matching...(Aku kalau gi majlis macam ni...kena matching ngan hubby...kang rasa kekok lak....perasan jadi 'public figure' -hubby le...dia tu ramai orang kenal....)

5 comments:

Anonymous said...

best yer g mkn free ...jimat la ek huhu

♥ AwenShahOmar ♥ said...

ehehe...

sonata anak kancil said...

ujie: tak gak "free"...Yang free makan angin nak sampai ke semua tempat tu...(faham2 le kalau gi jemputan)

awin: balik Melaka tak nak, kalau tak boleh ikut...

AJ Style's said...

wow, bestnya gi majlis kawin kan sis..

sis,
saya mengajar di kapit..baru lagi..

melaka katne sis..?

sonata anak kancil said...

AJ: baru posting ke...Tahniah le...Ke dah link ngan orang sana...saje je nak tanya.Anyway tahniah la, kita same gu...