Dah habis masa berjalan2 di bandar Padang - ada supermarket Matahari . Tapi di bahagian bawah supermarket ini ada banyak kedai2 kecil yang menjual beraneka barangan. Macam2 ada! Aku dan member pun jalan2 juga di kedai2 ini. Tengok2 aje, orang usah cerita lah, sangat ramai .
On the way sempat singgah tepi pantai , sedap aiskrim !
Dah dekat jam 7 singgah di Sicincin untuk makan malam. Di sini cara makan ada 2 cara, samada nak duduk di kerusi seperti biasa, atau duduk bersila. Kita orang semua pilih duduk bersila aje...
Selesai makan, perjalanan diteruskan lagi...malang sekali, hujan agak lebat disepanjang jalan, dan petang hujan juga, sehingga ada kawsan berlaku banjir kilat...Agaknya sistem perparitan yang sempit, air turun dari bukit, melimpah ke jalan raya. Aku sempatlah snap air banjir ni...Lambat lah perjalanan tu...Patutnya boleh tiba ke hotel ikut jadual, perjalanan slow...ngek,ngek,ngek....nak kata apa...
Dalam pada tu, dok berbincang macamana nak bawak balik barang2 yang dah dibeli. Kalau tiba cepat, boleh beli bag yang sesuai. Tapi dah agak lewat, Id driver bawa ke kedai saudaranya untuk dapatkan kotak / bag. Tetapi bukan bag /kotak yang dapat....semua orang masih terus lagi shopping....Jam dah dekat pukul 10 lebih!!!Last kopek dia orang kata....
Tiba kat hotel, nasib baik ada orang masih menunggu menjual barang2 (biasanya depan hotel ni, ada penjaja2 yang menjual barang) dan ada jual bag. Dapatlah beli bag untuk kargo - RM15.
Semua ahli rombongan perlu kemas barang2, sebab perlu keluar hotel naik bas ke airport jam 4 pagi. Flight jam 8.30 pagi...Aku mintaklah buat morning call jam 3. Rupanya ada orang tak tidur, bimbang tak terjaga....
Alhamdullilah, semuanya selamat perjalanan pergi dan balik.
Mesyuarat MPSM Kulai bil.3/2024
19 hours ago
2 comments:
aiskrim mamat makan macam ordinary je.
aiskrim yang in makan kat cameron highland laaaaaggi sodap. strawberry lagi!
*sedang menahan jeles melihat gambar2 org gi oversea nih*
tak lama lagi pegi la...Doa banyak2...
Post a Comment