Jam 5 petang , rombongan di undang untuk makan malam bersama Bapak Bupati Tanah Datar di bandar Batu Sangkar (seperti DO di tempat kita). Perjalanan dari Bukittinggi lebih kurang 2 jam. Di majlis ini untuk Pengakap Melaka mengundang Pramuka Indonesia, terutamanya dari kawasan Tanah Datar/kawasan sewaktu dengannya ke Jambori yang akan diadakan di Melaka tahun depan.
Bapak Bupati Tanah Datar
Kami sempat singgah di Payakumbuh - iaitu tempat Hjh Rosma - seorang guru sulaman yang sangat terkenal. Beliau mengajar sulaman secara sukarela. Wanita ini kelihatan masih sihat, berumur 83 tahun. Beliau sangat gigih menyampaikan ilmu sulaman, dan kalau belajar di sini insyaAllah boleh dijamin pandai menyulam dalam masa 6 bulan. Hasil sulaman yang sangat cantik -hanya guna mesin manual aje!Semasa kami melawat, ada anak2 dari Kelantan sedang belajar yang ditaja oleh kerajaan negeri.
Ini adalah cadar yang berharga
RM1000=3 juta rupiah
- disiapkan dalam masa 5 bulan
Sulaman yang dibuat oleh pelajar
4 comments:
waa..cantik giler sulaman tu...Rm1000...(gaji aku pon x lepas he3)
ujie: memang tersangatlah cantik! Itu kira murah pe...Ikut 'nafsu' nak 'tangkap muat' je...Salute betul dengan cara depa menyulam....teruja nak belajar gak...he he he(minat ada - masa tak cukup).
cikgu kelas tu orang malaysia boleh masuk k?ingat nak daftar untuk anak dara atau anak saudara cuti sekolah lepas spm ke..
Sdri: Boleh, kenalah bayar berapa ribu (rupiah) tak pasti pulak...Macam budak2 Kelantan tu, kerajaan negerinya tanggung...
Post a Comment