CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, December 23, 2008

Day 1 - Airport - Bukittinggi

Selepas selesai check pastport, bas sudah sedia menanti membawa rombongan ke Bukittinggi. Tour guide ialah Pak Anas ~~~bagus!Perjalanan dari airport ke sana lebih kurang 2 jam, mula2 jalan rata, lama2 makinlah mendaki bukit.

Hari semakin petang, melepasi waktu asar, bas berhenti di restoren Lamun Ombak. Jalan melalui rumah2 penduduk yang rata2nya, adalah kawasan kampung.


Pertama kali makan nasi berlaukkan style masakan orang minang. Kalau sudah biasa tak jadi masalah, tapi bagi aku, aku pakat tengok ajelah lauk2 yang dihidangkan. Sebelum mula nak makan, check dulu lauk2 yang macam2 ada, apa lauk aku boleh makan? Nak tak nak aku kena redah juga, kalau tak 'kebulur'lah aku!Rasalah serba sikit mana yang boleh aku "makan".

Di sini, sayuran + beras adalah hasil tempatan, nasinya berbeza dengan tempat aku, tak tahulah kalau ada orang Kedah/lain2 yang memang makan beras proses sendiri, mungkin sama agaknya. Ikan yang ada dihidangkan ialah ikan kalui bakar (rupa macam ikan sepat).

Kalau kat Malaysia, katanya ikan ni dalam akuarium!Aku nak tak nak, makanlah/ rasa sikit ikan air tawar ni (aku sebenarnya tak makan ikan sungai!!!), ayam pulak, mulanya disangkakan burung goreng, rupanya di sana adalah ayam kampung! Tak ada ayam "asrama" macam kat tempat kita ni...














Pelbagai jenis lauk dihidangkan

0 comments: