Perjalanan diteruskan lagi, semakin agak perlahan, kerana melalui jalan yang menuruni bukit bengkang bengkok, macam ular kena palu. Aku duduk di depan, kepala makin pening. Tapi aku salute lah, driver bas ni memang teror , ala dah biasa tempat dia...
Jalan ni hanya one way, kalau berselisih, bas yang turun bukit mesti berhenti, beri peluang bas / kenderaan dari bawah bukit naik dulu. Itu dah 'peraturan'nya kata Pak Anas, sebab yang naik tu lebih sukar berbanding dengan yang nak turun bukit. So, depa ni hormat macam tu...Perjalanan makan masa lebih kurang 2 jam.
Jalan semakin hampir dengan Tasik Maninjau, agak curam dan berbelok2, lebih teruk dari belok naik / turun Cameron Highland atau dari Seremban ke Kuala Klawang (Bukit Putus), Kuala Pilah, atau dari KK nak ke Kudansang.
Aku rasa 2x ganda lipat 'maut' nya. Sehingga yang teruk sangat tu ada 44 kelok (memang ditulis / ditanda pada papan tanda dari kelok 1 hingga 44), kawasan jalan yang bengkang bengkoknya very sharp corner. Aku duduk di depan, rasa ngeri seandainya, bas ni terjun bukit!!! Pak Anas bercerita lipat / kelok 44 ni ada ceritanya!
Semakin mencuram kepala aku makin pening , mula mual nak muntah. Aku sampai suruh bas berhenti kerana terasa nak muntah. Akhirnya habis 44 kelok, barulah lalu jalan agak lurus sehingga ke rumah kelahiran Prof. Dr. Hamka.
Mesyuarat MPSM Kulai bil.3/2024
20 hours ago
0 comments:
Post a Comment