CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, December 23, 2008

Day 2- Sakit Kepala

Hari Pertama ke Hari Ke 2:

Oleh kerana bimbang tak terbangun subuh, mintak "morning call". Jam berapa ibu?Aku tanya subuh di sini jam berapa? 4 lebih sudah subuh, katanya. Syuruk jam berapa? Dekat 6 pagi.Ok, set kan jam 5.15 pagi. Tapi, tahu2 ajelah pertama kali tempat orang mana boleh lelap tidur! Sebelum jam 5, aku dah mula kedengaran azan subuh, rupanya kat sana azan 2x.Di sana banyak masjid, azan subuh kedengaran berselang-seli, silih berganti.

Pagi hari ke 2, aku pening kepala, nak kata teruk sangat tidaklah, tapi mungkin disebabkan makan yang tak begitu sempurna /jalan yang berbengkang bengkok. Bangun subuh, habis aku muntah yang teruk! Aduhai teruknya...Nak tak nak aku kena gagahkan juga, jangan dikutkan sangat sakit ni.

Kalau ikutkan nak tidur aje, daripada berjalan.Tapi, ini semua peluang, mana nak cari. Banyaklah aku lumur minyak cap kapak (nasib baik bawak - kalau travel aku selalu bawak). Pil sakit kepala tak bawak, (ingatkan macam kat tempat kita) aku relax ajelah...


Rupanya malam tadi, bilik yang aku dapat bawah tanah, tak ada aircon. Tingkap ada, tapi takkan aku nak bukak, sebab tingkapnya main pakai bukak kot bawah. Tingkap sekeping besar, bukan tingkap nako macam kita. Patutlah tak ada udara, aku terperangkap.

Aku taklah komplen, sebab aku rasa semua bilik hotel macam ni! Rupanya, bilik kat hotel ni ada macam2 jenis, yang bawah tanah lain jenis, ada yang ber air-con, ada tidak. Tapi kat sini, air-con tak perlu sangat,sebab dah agak sejuk suhunya, sebab atas bukit!


Beritahu Hj Kader, aku sakit kepala. Dia beri panadol , makan 2 biji. Mana nak lega sangat, tapi makan jugalah selepas sarapan. Sarapan pulak dihidangkan nasi goreng & mee hoon goreng (meehon kasar warna keputihan macam mee maggi). Aku tak boleh makan, cuma rasa sikit saje nasi goreng. Tak boleh nak makan, tapi paksa juga makan sebab nak makan panadol.

Aku beritahu reception nak tukar bilik. Dia kata dah fully booked, no more room. Malam esoknya baru ada. Hai takkan aku boleh tahan macam ni. Aku sedih. Beritahu Hj Kader, Hj Kader kata, ambik bilik dia, tukar. Tapi kesian pulak kat dia, so aku kata takape lah. Tunggu malam esok aje.


Tak lama lepas tu, sebelum bertolak ke museum, Hj Kader beritahu, aku dapat tukar bilik 304, tingkat atas, rupanya ada orang cancel booking. Alhamdullilah, rezeki aku dapatlah bernafas.

8.00 pagi ~~dah nak mula bertolak ke Museum Rumah Kelahiran Prof. Dr. Hamka @ Buya Hamka di Tasik Maninjau.

0 comments: