CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, August 25, 2008

Seminar Penyediaan Makanan



Persembahan oleh kumpulan Pi Pi Tang Tu

16.8.08 - program ni mula2 cuti sekolah lepas aku diminta menghadiri satu majlis di Melaka Mall. Pergilah juga iaitu seminar 1/2 hari tentang kebersihan makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin sekolah dan asrama. Program macam ni dah beberapa kali juga aku hadiri.Kalau dah jumpa members apa lagilah macam2 cerita yang diborakkan.

Sunday, August 24, 2008

Cuti dah habis

Sunday - 24.8.08-cuti sekolah dah tamat. Mereka yang bercuti - tak kiralah students ke, satu family ke, sebab cuti sekolah 1 minggu ni, kebanyakan orang ambik kesempatan, nak balik kampung lah, nak melancong lah, sedara2 buat kenduri kahwin, dan macam2 lah lagi. Cuti sekolah ni, ramai orang biasanya juga turut bercuti. Aku cuti sekolah ni, nama je cuti sekolah - murid sekolah yang bercuti, cikgu ada yang menjalankan tugas2 rasmi juga. Termasuklah aku. Memang kerja2 ni memang banyak la tak pernah nak habis. Satu dah selesai, 2/3 yang baru akan tiba.Nama kerja, kalau tak tak payah le kerja...

Hari ni, tugas aku ialah ambik si Fahd dari tempat camping. Pukul 11 lebih dia telefon suruh ambik kat tapak perkhemahan, tak lah jauh benar, dekat2 rumah aku juga. 10 minit tiba lah ke tempat tu.Mohd pun ikut juga sebab nak jumpa kawan dia yang bercamping juga. Hubby
hantar In balik KMS.

Bila masuk kereta , dia merungut tak best. Apa fasal tak best? Rupanya hp hilang agaknya masa charging malam semalam, cermin mata baru buat dah jatuh dan hilang sebelah cermin. Dah 2 hari katanya hilang masa buat jungle tracking. Nak mandi pun susah, makan on time, tapi lambat juga, ramai orang, dan tahu2 lah dia mana nak cukup makan, dah banyak buat aktiviti mana tak lapar aje...Pulak tu ada aktiviti kena pergi kebun getah, bau getah busuk katanya. Hah, apa lagi aku pun kata, bagus semua tu sebagai pengalaman. Lain kali kalau ada lagi, pergi lagi. Mati2 dia tak mahu.

Baru tahu, orang gi camping macam tu lah...Oleh sebab agaknya mandi tak puas/tak selesa, bau bukan main sedap lagi. Si Mohd pun kata - umi bukak tingkap kereta! Sebelum tiba rumah, singgah kedai beli sabun detol. Balik rumah kau mandi bersih2, guna sabun detol, bersihkan badan betul2. Manalah tahu kena gigit nyamuk dan sebagainya, bersihkan betul2 buang kuman2 yang lekat.

Lepas mandi, bersiap2 nak gi betul cermin mata pulak. Sementara dia mandi, hantar Mohd balik ke MOZAC. Lepas tu, ambik Si Fahd ni buat cermin mata serta-merta, tapi siap hari Selasa paling cepat. Tak apa lah...Kenalah rm75 untuk sebelah aje.

Kasut/beg/baju bukan main kotor lagi. Terpaksalah aku basuh serta merta. Cuma belum basuh khemah dan sleeping bagi. Esok aje lah. Dah tak larat, sampai petang baru selesai. Patutnya dia basuh la, tapi dah kepenatan sangat . Baguslah Fahd, pengalaman yang tak ada dalam buku. Lain kali pergi lagi, kau tak ada kat rumah seminggu, aman rasa rumah.Kalau dia sorang pun macam ada 10 orang!!

Saturday, August 23, 2008

Outing

Hari ni rasanya nak outing dengan Farahin macam2lah nak buat, terutama nak betul cermin mata dia. Ikutkan hari ni ada lunch/hi-tea dengan rakan yoga kat King's Hotel. Tak tahulah nak gi atau tidak. Kenalah bayar sendiri! Ini tak fasal (teringat rakan sejawat aku cakap - selalu sebut tak fasal - tak fasal ), tapi bila dah gi tu, nak tak nak kena makan. Ni yang aku kureng gemar, sebab dah banyak makan! macamana lah nak slim badan ni, makan-makan-makan.Naik risau sebab banyak makan. Orang susah nak makan, tapi aku ni selalu bebenor makan! Kus semangat....Sebab tu lah orang M'sia ni sakit sebab banyak makan (mungkin juga tak...aku buat andaian je).

Friday, August 22, 2008

Kenduri

Baru balikdari rumah adik kat BB. Sebenarnya kenduri arwah dan menyambut puasa dibuat lepas solat Jumaat. Rupanya dia cal tak berjawab, tak dengarlah tu...Jadi dia jemput makan malam aje. Tak payah susah2 aku nak reka makan apa sebelah malam ni kalau macam hari2 biasa tu. Bila ada kenduri, pergi ajelah ke rumah kenduri ni. Tulah rezeki namanya. Nasi putih+sambal udang+kari kambing+sayur campur. Ok lah tu. Alhamdullilah.

Melawat Orang Meninggal Dunia

Hari ni, ikutkan schedule bos nak ajak beli pokok2 bunga. Ok, aku pun standby aje kat rumah lepas siap2 masak nasi + ayam masak kicap ( masak awal2 senang sikit - hari ni ada rajin sikit nak masak).Masak pun aku tak makan tapi untuk si anak2 aku yang sedang bercuti ni - In & Mohd. Makanan aku senang aje ( sejak2 akhir ni - baru sedar "overweight").

Dah selesai semua, relax2 kat lap-top ni, bos pun telefon memberitahu bapa kepada 2nd bos in JPM telah kembali kerahmahmatullah.Innalillah - alfatihah. So, bos ajak aku pergi melawat somewhere kat BB near BB airport.Pergilah kami melawat beliau, rupanya bapanya meninggal diKL, dan sedang menunggu jenazah. So, tak lama lepas tu, sebab orang dah makin ramai datang, kami pun berangkat pulang.

Tapi bukanlah terus pulang, kami gi breakfast dekat situ juga dengan seorang lagi bos sekolah lain- dia ni sebenarnya mantan bos aku juga...He he he dia belanja makan. Lepas tu, barulah kami berdua balik - singgahlah kat sekolah - sebab kereta aku kat sekolah. Sebelum tu, sempat jugalah bos aku ni ajak aku gi beli pokok bunga - tempat biasa beli. (jadi macam mana aku nak makan kalau aku masak kat rumah???) aku ni selalu orang belanja, dalam pada tu, aku belanja juga orang - kan orang kata rezeki kita di mana2, hari ni kita belanja orang esok lusa entah sape belanja kita pulak). Oh ya baru teringat semalam aku ngan hubby breakfast kat mahkamah belanja 2 orang - PPD & MBMB.Jadi hari ni, ada orang belanja aku pulak....

Thursday, August 21, 2008

Sentiasa sibuk

Cuti sekolah - sekolah lah cuti, murid tak datang. Tapi cikgu tak cuti! Cuti yang pendek ni pun macam2 tugas cikgu kena buat. Yang aku tahu, waktu2 ni juga macam2 program diadakan. Ada staf aku gi Sarawak bawa murid, ada gi Kelantan baru2 ni ( anak aku Si Mohd - gi juga ) kerana program pendidikan pencegahan dadah peringkat kebangsaan, ada gi program akademik camp, yang paling lama ialah camping pengakap peringkat antarabangsa buat kat camp pengakap kat Melaka ni. Habis cuti sekolah 1 minggu.Mohd wakil Negeri Melaka dalam bahagian slide show.

Fahd cikgu dia hantar gi camping. Nanti dapatlah sijil antarabangsa. Entah apa cerita Si Fahd ni tak tahulah, agaknya seronok jumpa pelbagai bangsa dari negara luar. Hari semalam minta hantar air mineral dah habis.Hantarlah juga keropok lekor goreng yang Mohd beli di Kelantan & kek abah. So dia tunjuk dapat name cards pengakap dari negara Arab/Egypt, dia kata cakaplah orang putih juga. Bagus lah tu. Baru tahu betapa pentingnya bahasa inggeris kalau jumpa outsiders.

Excercise mat & kasut baru


kasut dan exercise mat

Semalam aku gi Jusco beli kasut baru - murah je selepas 70% diskaun drp RM139. Masa ni Jusco ada merdeka sales. Kalau sape yang baca blog ni nak kira, kiralah sendiri.Kasut ni aku beli sebab dah mula masuk kelas exercise. Hari ni masuk hari ke2. 1 minggu 2 x iaitu Isnin & Khamis. Exercise mat pun aku beli juga. Kira ok gak harganya RM35.90. Kalau beli kat health centre lagi le mahal! Tak perlu, yang aku beli kira reasonable lah. Aku masuk kelas exercise ni, hajat tu dah lama.

Aku kenal Nancy pun dah lama masa2 gi kursus le. Dulu2 dia ada juga cakap, tapi masa tu, aku punya komitmen agak very tight, so tak berapa nak kisah.Last week gi Jusco, jumpalah dia. Tengok dia sihat je.Bila jumpa member lama, soalan yang sibuk nak tanya ialah sambung atau tidak 2 tahun lagi...Dia sihat dan badan mantap!Apa lagi, aku pun nak ikut dia giexercise. Terus aku join, dia tunggu aku last monday somewhere kat BearHill.

Kasut perlu untuk work-out /warm-up dulu. Kalau hujan pun boleh buat exercise sebab berexercise dalam dewan. Jadi kasut ni khas untuk dalam dewan je, tak boleh bawa keluar. Cikgu yang mengajar exercise ni umur dah 60 thn - badan bukan main lembut lagi, dengan mudah badan dia boleh dilentur! Aku mula2 buat ni, ada sengal2 lah. Tapi dia kata, tak perlu nak paksa2 kalau tak boleh buat, lama2 nanti tentu boleh. Lagi pun aku kat rumah pun cuba2 juga lentur badan ni - simple exercise aje. Jangan tak buat langsung, kalau tak keraslah badan!!!

Wednesday, August 20, 2008

Kad Jemputan

Pagi tadi pergi sekolah, cek senarai semak jemputan untuk bos. Syarikat buat paper bags pun ada juga datang jumpa aku. Ok la dia buat,orang nak bagi tak kiralah apa rupa. Tapi yang designkan ialah staf aku. Petang tadi juga aku poskan semua kad jemputan, sebelum pos aku semak dulu. Bukan tak boleh suruh dia orang pos, tapi biar aku aje lah buat. Nasib baik aku semak, ada 2 kad alamat tak lengkap. Esok kena buat yang lain. Lepas aku pos, bos pun telefon bertanyakan kad dah dipos ke belum, aku jawab le aku baru lepas pos!Semua persiapan sedang rancak dibuat, cuma tak tahu bila belakang stage kat kantin tu nak dibuat. Harap2 boleh siap secepat mungkin.

Buku Program

Petang semalam 19.8.08, ajak In gi ke BP untuk hantar contoh buku program bos nak pencen yang dah siap untuk dicetak. Sebelum ni pun aku dah pernah buat kad ucapan untuk bos lama yang kena tukar. Bos baru pulak masuk tengok kad yang aku buat cantik & reasonable boleh guna, dia minta tolong aku uruskan. Aku uruskanlah, orang minta tolong kan, akan2 datang ada orang tolong aku pulak. So far so good, kenalah buat baik selalu dengan orang, nanti adalah kat mana2 sekalipun orang berbuat baik dengan kita pulak. Jadi selagi ada nyawa di badan ini, hidup ni kena berhati2, jangan berbuat yang orang tak suka, sentiasa berbaik dengan semua orang. Contoh, aku beritahu hubby, janganlah cakap tu suka main cakap lepas. Eh dia jawab pulak, benda yang tak betul aku marahlah...Yelah aku kata, cakaplah baik2...awak tu selalu nak naik angin...Aku ni selalu jadikan dia orang penyabar...Awak ni, satu Melaka orang kenal, kalau buat tak betul, aku juga terbabit, sebab aku pun ramai juga orang kenal!(perasan).

Music Club Dinner

18.8.08 - aku dan In memenuhi jemputan Music Club Dinner di Equatorial Hotel (EQ). Juniors raikan F5 yang akan meninggalkan sekolah ini. Tak tahulah kalau ramai pulak yang pas SPM masuk jadi F6 pulak next year. Wow jumpa lagi budak2 ni. Semuanya diuruskan oleh budak2, pandai depa buat urusan semua.Aku tak boleh makan banyak, kalau dah lewat2 malam ni. Makanlah sikit2 aje takat yang dihidangkan, namun nak gi ambik lebih2 lagi tak adelah. Seperti dimaklumkan, orang Malaysia ni sakit kerana terlebih makan. Umur2 dah nak separuh abad ni, kalau nak masuk abad seterusnya makan minum mesti kena jaga. Kebahgiaan yang paling best ialah kesihatan diri diutamakan. Kalau dah sakit, hah susahlah...

Tuesday, August 19, 2008

Happy Birthday




19.8.08, hubby's birthday. Yang ke berapa? hah dah hampir 1/2 abad.Seperti tahun2 sebelum, birthday ni ingat punya. Kad warna gambar kartun2, kasi joke sikit. Ok gak. Balik kerja, aku hadiahkan kek yang ditempah khas - 1st time aku jadi pelanggan pertama, adik aku buat. Ini gambarnya, oklah pada beli kat kedai2 kek di luar, baiklah homemade lagi best.Minum petang+makan malam sekali - roti canai+tosei+mee goreng. Oklah tu...Makan banyak2 lain jadinya. Ini semua gara2 umur makin meningkat, kesihatan mesti dijaga. Alhamdullilah takat hari ni tak de lagi tanda2 sakit seperti kebanyakan orang umur2 macam ni. Itulah hadiah yang paling berharga untuk hari ni.

Sunday, August 17, 2008

Hi-tea Persaraan

15 Ogos aku ke majlis Hi-tea persaraan bos kat Citybayview pulak. Ini hi-tea dengan staffs. 97% staf datang, yang tak datang ada urusan lain. Ini biasalah, meraikan bos yang akan bersara akhir bulan September. Kenalah buat pada hari ini, sebab nanti tak boleh buat jamuan sebab dalam bulan puasa. Lagipun bos dah terus bercuti sebelum bersara dan tidak ada kat sekolah. Pilih punya pilih tarikh, pada hari terakhir nak cuti sekolah. Bos beri cenderamata name-tag, key-chain gula2+coklat. Nampaknya banyak juga bos beri pada stafnya. Terima kasih bos! Aku jugalah yang sebenarnya membantu beliau menguruskan all the gifts...

Hi-tea Pengawas

14 Ogos, aku dijemput oleh pengawas sekolah ke hi-tea untuk jamuan akhir tahun di Holiday Inn. Wow best juga, banyak makanannya! macam2 lah aku makan serba sikit, sikit2 pun banyak juga.Adalah acara cabutan bertuah dibuat untuk pengawas & guru. Aku diminta buat cabutan, mula2 nama naik ialah nama sendiri! Alamak, manalah aku tahu, nampaknya diri ni selalu juga bertuah. Tapi aku tak mahulah nak ambil, bukannnya sombong tak nak, aku nak hadiahkan balik kepada mereka yang lain, biarlah guru2 lain yang bertungkus lumus menjaga disiplin murid, biarlah mereka dapat, lagipun hadiah hamper ni tahu2lah, kalau anak2 kecik ada kat rumah tu, dapat bawa balik hamper, kan baik anak2 tu berasa seronok dapat makanan yang banyak. Aku dah tak ada anak kecik, tak perlu lah rasanya. Cabut nama lain, dapatlah kat orang lain. Lagipun budak2 pengawas ni ada mintak sponsor hamper juga dengan aku! (macam buruk siku aje kalau dapat, he he he....)


Tuesday, August 12, 2008

Nak salah siapa

Selepas habis kelas jam 9 pg, aku terus ke pejabat. Tiba kat pejabat, dah ada parent tunggu nak jumpa aku. So, dia berjumpalah aku, dan aku seperti biasa menjadi pendengar setia masalah yang dihadapi olehnya. Bukannya apa, dia bela anak saudaranya yang kematian ibu. So atas rasa simpati terhadap budak ni diapun sekolahkanlah seperti membela anaknya sendiri. Anak sendiri sorang aje. Dia bela dengan 2 lagi kakak budak tadi. Yang kakak dan anaknya orang kata semua berjaya, tapi yang ini taklah seberapa, makin merosot ada. Dia jadi bingung, kerana dia adalah juga bekas guru dan terlibat dengan badan ngo yang melakukan program2 tentang motivasi dan pembelajaran budak2 sekolah. Di sini dia konflik sebab, ajar anak orang supaya belajar dan menjadi 'orang'. Tetapi sorang anaknya dia gagal mendidik seperti dia didik anak orang lain. Betul2 frust dia. So dia sungguh panggil anaknya, datanglah si anak itu. Sampai menangis dia bercakap tentang anaknya...Aku pujuk anaknya supaya be good girl, well behave dan macam2 lah lagi. Sianak juga menangis, aku suruh shake hands/hug sianak nak hulur tangan, tapi siibu tak mahu, dia kata sianak itu berpura2 aje, balik rumah dia tak dengar kata lagi...Panjang lebar jugalah tadi, aku juga telah panggil kaunselor untuk buat rujukan budak ni, entah apa yang dia nak tak tahulah...

12 tghari, aku dengan bos pergi ke Melaka Mall untuk menyaksikan pertandingan caklempong & gamelan sekolah menengah peringkat negeri. Gitu gini, sampai jam 2 petang dan johan berpihak ke sekolah akulah! Pasukan sekolah aku ni memang hebat . Tengoklah depa berlatih, rajin & masa cuti pun berlatih juga. Lepas tu ada jamuan, dan sampai ke sekolah semula dah jam 3. Nak beli barang bos dah petang tak sempat, esok ajelah.Sebab bos nak bersara, dia minta tolong nak buat gifts untuk stafnya. Dalam pada tu, jumpa 2 staf untuk bincang jamuan hujung minggu ni di City Bayview.Bukannya apa, ada staf komen tentang kad jemputan yang tak sepatutnya dibuat oleh staf, so aku tegur supaya buat semula - sebenarnya dah diperbaiki, tetapi dihantar printing yang salah!Hai macam2 hal depa ni, so kenalah tegur untuk jaga imej.Nampak kecik, tetapi inilah yang beri impak besar, sebab dah ada yang komen tentang kad jemputan ni. Balik rumah dan jam 4, rehat aje lah.

Friday, August 8, 2008

Jemputan kahwin

Beberapa hari lepas dapat satu sms jemputan kahwin. Oleh kerana nombor member lama ni tak dalam directory hp, aku pun suspen, siapa yang menjemput ni. Dia tulis dijemput kemajlis perkahwinan puteri kami di Pengkalan Batu. Aku pun tanya siapalah gerangan hamba ni...Sebab P.Batu pun ada kat Melaka, tak jauh pun dari tempat kami tinggal,jadi apa pasal, pakai sms aje, hantarlah kad, bukannya jauh benar! Rupanya, member aku di P.Batu kat Mersing. Teruslah aku cal dia, sorrylah, sebab ingatkan sape yang menjemput. Sekarang ni, sehingga nak tiba bulan puasa, everyweek dapat jemputan kahwin, minggu depan cuti sekolah, biasalah musim perkahwinan juga.

Hujung minggu ni, sibuk mengemas rumah, maklumlah tunggu hari minggu aje boleh operasi. Itupun tak adalah juga 100%, tak terlarat nak buat semua. yang penting sapu dan siap mop dah cukup baik tu. Lepas tu makan, dan rehatlah. Sebab last week 6 hari sekolah, Sabtu ganti untuk cuti raya nanti. Sambil2 tu, tengoklah Olympic Games...

Thursday, August 7, 2008

Default Programme

Hari ni 7.8.08. Program/aktiviti yang dirancang hari ni dari jam 7 pagi - 2 petang habis. Ini gara2 sorang budak F5 yang hendak sekolah semula setelah sekian lama tak datang dan nak ambik exam. Sepatutnya dah kena berhenti , dah siap pun surat berhenti, entah macam mana, dek kerana bapanya paksa pergi sekolah,dia ikut cakap bapanya. Pada hal dia sendiri sebenarnya dah tak minat nak ke sekolah, ini diberitahu kepada aku setelah bapanya balik. Pulak tu datang ke sekolah, ikut suka dia, macam sekolah ni dia punya peraturan. Tak nak ikut peraturan KPM. Hah susahlah macam ni. Sampai jam 2, barulah selesai buat laporan tentang murid ni.Jadi aku punya rancangan nak buat hari ni, semuanya tergendala.Tak tahulah esok lusa datang sekolah ke tidak. Bapa dia cakap, dah puas dia pujuk suruh pergi sekolah, tapi dia tak minat juga.Akhirnya agaknya terbuka pintu hatinya dek kena paksa juga, nak sekolah semula, masuklah ke kelas hari ni. Ikutlah dia nak sekolah, biarlah. Dah besar panjang pun, boleh berfikir mana ok atau ko.

Lepas tu, meeting jam 2.45 petang, pengurusan murid.Akulah yang chair meeting. Ikutkan ni dah lama tertangguh kerana beri laluan yang lebih utama lagi. Sampai jam 4 petang. Balik rumah, dapatlah rehat kejap. Lepas tu bersiap-siap pulak nak ke masjid berhampiran sekolah untuk program solat hajat bagi F3,5 dan 6A. Dalam pada bersiap-siap nak ke masjid, dapat call dari salah sorang pentadbir, beritahu ada budak terperangkap dalam blok pentadbiran tak dapat turun kerana pintu semuanya dah berkunci. Yang beritahu makcik kantin kerana dia tender jamuan malam ni. Yang ada kunci hanya bos saja. Bos pulak baru balik dari meeting dari pagi hingga petang. Tak lama tu, dapat call dari bos, maklumkan kepada aku perkara tersebut. Jadi dia pergi sekolah bukakan pintu grill. 2 budak lelaki ni, leka dengan laptop browse internet, sampai tak sedar dah petang. Budak2 sekolah ni dah dinasihati lepas habis waktu sekolah tidak dibenarkan berada dalam bangunan. Macamana dia bawa datang sebelah petang laptop ni tak pasti, hah esok siap kau orang aku panggil, soal siasat. Yang pelik bin hairan ni, ibubapa ni tak sedaar ke anak dia tak balik2 lagi dah lewat petang???Tunggu esok.

Tuesday, August 5, 2008

Tiara Beach Resort Port Dickson

1 Ogos lepas aku dan staf berehat kat Tiara Beach Port Dickson, NS. Pergi dengan koperator sekolah seramai 20 orang termasuklah anak bujang aku si Fahd - salah sorang koperator. Ramai juga staf yang pergi bawa keluarga masing2. 1 Ogos tu cuti, sebab 31.7 kat sekolah buat Hari Koku. Jadi dapatlah cuti peristiwa. Planing ni dah lama dirancang. Bimbang susah nak cari makanan, aku bawalah bekal nasi + lauk pucuk ubi masak tempoyak (sedap!!! Fahd suka sangat & suruh masak) + ikan masin terubuk goreng dari Sarawak + sosej + ayam macam KFC goreng sendiri + roti + butter + tuna, punyalah takut lapar! Tiba dah jam 4 lebih, terus makan apa yang dibawak. Dekat2 magrib, datang sorang staf hantar nasi impit + rendang ayam. Ok lah. Lepas tu, sorang staf lagi hantar nasi impit + rendang kerang pulak. Alamak, dah kekenyangan aku nak makan dengan Fahd. Masuk peti sejuk.

Ingatkan nak relaxlah aje dalam bilik. Jam 9 mlm sorang staf aku ajak keluar pulak, tengok2/ jalan sekitar PD, dia bawak kereta. So aku pun keluarlah, Fahd ikut sekali. Jalan2 - lepas tu, dibelajanya minum dan makan satay. Makanlah lagi. Ok. Dah dekat jam 10 mlm, ada staf aku yang lain pulak telefon tanya aku kat mana... Sebab nak hantar nasi makan malam. Dia pengurus budak2 koperator, jadi memang dia ada peruntukan beli makanan untuk mereka. Dah dapat 2 kotak nasi lagi. Sape nak makan???Fahd makan lagi.Aku dah kenyang sangat, tak larat nak makan2 lagi.Murah sungguh rezeki.

Esoknya, aku & Fahd minum milo 3 in 1, dan makan roti + butter + tuna. Cukup. Tiba2 staf aku datang hantar nasi lemak 3 bungkus yang dibelinya di luar!Baru habis makan roti. Ok lah tu. Tak lama lepas tu, datang lagi budak koperator hantar nasi lemak siap dengan air teh bungkus lagi. Aku kata cukuplah beri satu saje. Tak apalah lepas main air nanti lapar boleh sambung makan.

Jam 7 lebih, ramai orang dah turun main air. Aku and geng lain, mula turun hampir jam 8, wow berendamlah kita oranag dalam kolam tu!Hampir sejam lebih juga berendam, sampai kesejukan. Cukuplah, lepas tu aku jadi camera woman. Oh ya, aku baru beli handycam - wow best juga aku rakam staf aku yang berendam dalam air. Aku rakamlah anak aku si Fahd ni. Ok gak...

Lepas check-out jam 12 pada 2.8. kita orang pergi lawat muzium tentera kat PD. Balik ke Melaka jam 2 petang, somewhere kat Masjid Tanah, berlaku sikit accident - ada kereta keluar simpang tak nampak sebesar2 bas lalu, dilanggarnya belakang bas. Aku terlelap, tak lah sedar. Terjaga, sebab bas berhenti dan driver cakap tentang accident ni. Agaknya brek dia tak makan sampai terlanggar. Dah berhenti dekat 1/2 jam. Tergendala. Tiba kat sekolah dah dekat jam 5 petang! Ohhh keletihan. Semua budak lepak - letih main air.

Cerita Kuching lagi...

Sebenarnya hari tu nak sambung cerita kat Kuching lagi. Tapi tahu2lah kekadang internet ni problem. Bila dah problem tergendalalah segala kerja. Pulak tu bukanlah aku kerja nak mengadap komputer aje, banyak kerja lain nak buat. Terutama kerja2 ofis, macam2 nak buat. Kerja kat ofis ni bnayak kerja pengurusan, dan ramai pelanggan yang nak jumpa aku.Sampai nak break pun tak sempat lah on time. Tengok2 jam dah kat jam 12 tgh, turun lah juga cari makan.

Lepas tu sambung balik, tak sedar dah jam 3 petang! Begitulah biasanya rutin kerja ni. Tengok surat/baca surat/buat tindakan/makluman/meeting/buat program/sain surat2 amaran/kemaskini surat masuk fail, inilah antara kerja2 yang aku buat. Nampak macam relax aje, kekadang baiklah gi mengajar aje tak pening kepala nak fikir2 tentang pengurusan ni. Walau bagaimana pun aku bersyukur apa yang aku buat dan takat ni, tak ada problem dalam hal kerja2 ni. Yang penting semua kerja ikut prosedur/ikut jadual kerja/schedul/ikut arahan semua beres. Balik rumah aku rehat, buat kerja2 rumah pulak, tu pun kalaulah sempat. Kalau tak aku relax aje, baca suratkhabar,tengok tv (ni pun aku tak tengok sangat, yang penting berita perdana aje).

Berbalik cerita Kuching. Aku nak lah ucap berbanyak terima kasih kepada abang (Mr X) staf aku yang entertain kita orang semasa berada di sana. Dia solo dan loaded bolehlah! Terbang dari Bintulu?Miri? aku tak ingat sangat, sewa hotel/kereta kat Kuching selama kita orang 4 hari kat sana. First night dinner, wow dia sponsored the whole group somewhere we stayed. He paid for rm1000!(aku tanya lah dengan staf ku ni!). Lepas tu tak habis makan, semua dah bayar, tapau semua yang tak habis. Bawak balik ke hotel, masing2 dah tak larat nak makan! Aku paling suka makan sayur midin goreng belacan (pucuk paku orang sini panggil), kat sana memang famous sayur ni. Ahad lepas keluar dalam paper tentang pucuk paku midin ni di Sarawak. Lagi satu sotong goreng dengan tepung pun sedap juga, ada lagi lah ayam/ikan/sayur dan lain. Tak termakan. Esok pagi masuk tong sampahlah jawabnya...Bangun keesokan pagi, aku dihadiahkan sehelai t-shirt RWMF oleh Mr X. Actually dia beri kepada semua 4 orang ni!

Masa dalam festival tu, budak2 ni memanglah ikut citarasa masing2 nak pergi bahagian mana. Aku ikutlah staf dan Mr X. Dia sponsor lunch dan dinner untuk aku juga! Ikutkan macam2 dia nak belanja, aku dah tak larat nak makan macam2. Dahlah tu, dia hadiahkan juga rantai tali hitam manik form Sarawak, dia kata " ok , u choose anyone u like", aku nak tak nak, terima lah juga. Simpan buat kenangan, tapi anak aku In yang pakai. (Pakai tak In???). Mr X ni, dia memang suka dengan muzik ni, every year dia pergi.Aku rasa banyak juga dia habis untuk 4 hari ni, bukan aku dengan staf aje, termasuk 2 orang anak saudaranya dari KL datang juga!Masa nak balik dia pun balik juga, kita orang ke KL , dia ke destinasinya...Thank you very much for your hospitality Mr X...