Selepas habis kelas jam 9 pg, aku terus ke pejabat. Tiba kat pejabat, dah ada parent tunggu nak jumpa aku. So, dia berjumpalah aku, dan aku seperti biasa menjadi pendengar setia masalah yang dihadapi olehnya. Bukannya apa, dia bela anak saudaranya yang kematian ibu. So atas rasa simpati terhadap budak ni diapun sekolahkanlah seperti membela anaknya sendiri. Anak sendiri sorang aje. Dia bela dengan 2 lagi kakak budak tadi. Yang kakak dan anaknya orang kata semua berjaya, tapi yang ini taklah seberapa, makin merosot ada. Dia jadi bingung, kerana dia adalah juga bekas guru dan terlibat dengan badan ngo yang melakukan program2 tentang motivasi dan pembelajaran budak2 sekolah. Di sini dia konflik sebab, ajar anak orang supaya belajar dan menjadi 'orang'. Tetapi sorang anaknya dia gagal mendidik seperti dia didik anak orang lain. Betul2 frust dia. So dia sungguh panggil anaknya, datanglah si anak itu. Sampai menangis dia bercakap tentang anaknya...Aku pujuk anaknya supaya be good girl, well behave dan macam2 lah lagi. Sianak juga menangis, aku suruh shake hands/hug sianak nak hulur tangan, tapi siibu tak mahu, dia kata sianak itu berpura2 aje, balik rumah dia tak dengar kata lagi...Panjang lebar jugalah tadi, aku juga telah panggil kaunselor untuk buat rujukan budak ni, entah apa yang dia nak tak tahulah...
12 tghari, aku dengan bos pergi ke Melaka Mall untuk menyaksikan pertandingan caklempong & gamelan sekolah menengah peringkat negeri. Gitu gini, sampai jam 2 petang dan johan berpihak ke sekolah akulah! Pasukan sekolah aku ni memang hebat . Tengoklah depa berlatih, rajin & masa cuti pun berlatih juga. Lepas tu ada jamuan, dan sampai ke sekolah semula dah jam 3. Nak beli barang bos dah petang tak sempat, esok ajelah.Sebab bos nak bersara, dia minta tolong nak buat gifts untuk stafnya. Dalam pada tu, jumpa 2 staf untuk bincang jamuan hujung minggu ni di City Bayview.Bukannya apa, ada staf komen tentang kad jemputan yang tak sepatutnya dibuat oleh staf, so aku tegur supaya buat semula - sebenarnya dah diperbaiki, tetapi dihantar printing yang salah!Hai macam2 hal depa ni, so kenalah tegur untuk jaga imej.Nampak kecik, tetapi inilah yang beri impak besar, sebab dah ada yang komen tentang kad jemputan ni. Balik rumah dan jam 4, rehat aje lah.
Hoya Pro1 UV Filter
6 hours ago
1 comments:
budak tu, a girl?
aih~...hahaha
Post a Comment