CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, August 5, 2008

Tiara Beach Resort Port Dickson

1 Ogos lepas aku dan staf berehat kat Tiara Beach Port Dickson, NS. Pergi dengan koperator sekolah seramai 20 orang termasuklah anak bujang aku si Fahd - salah sorang koperator. Ramai juga staf yang pergi bawa keluarga masing2. 1 Ogos tu cuti, sebab 31.7 kat sekolah buat Hari Koku. Jadi dapatlah cuti peristiwa. Planing ni dah lama dirancang. Bimbang susah nak cari makanan, aku bawalah bekal nasi + lauk pucuk ubi masak tempoyak (sedap!!! Fahd suka sangat & suruh masak) + ikan masin terubuk goreng dari Sarawak + sosej + ayam macam KFC goreng sendiri + roti + butter + tuna, punyalah takut lapar! Tiba dah jam 4 lebih, terus makan apa yang dibawak. Dekat2 magrib, datang sorang staf hantar nasi impit + rendang ayam. Ok lah. Lepas tu, sorang staf lagi hantar nasi impit + rendang kerang pulak. Alamak, dah kekenyangan aku nak makan dengan Fahd. Masuk peti sejuk.

Ingatkan nak relaxlah aje dalam bilik. Jam 9 mlm sorang staf aku ajak keluar pulak, tengok2/ jalan sekitar PD, dia bawak kereta. So aku pun keluarlah, Fahd ikut sekali. Jalan2 - lepas tu, dibelajanya minum dan makan satay. Makanlah lagi. Ok. Dah dekat jam 10 mlm, ada staf aku yang lain pulak telefon tanya aku kat mana... Sebab nak hantar nasi makan malam. Dia pengurus budak2 koperator, jadi memang dia ada peruntukan beli makanan untuk mereka. Dah dapat 2 kotak nasi lagi. Sape nak makan???Fahd makan lagi.Aku dah kenyang sangat, tak larat nak makan2 lagi.Murah sungguh rezeki.

Esoknya, aku & Fahd minum milo 3 in 1, dan makan roti + butter + tuna. Cukup. Tiba2 staf aku datang hantar nasi lemak 3 bungkus yang dibelinya di luar!Baru habis makan roti. Ok lah tu. Tak lama lepas tu, datang lagi budak koperator hantar nasi lemak siap dengan air teh bungkus lagi. Aku kata cukuplah beri satu saje. Tak apalah lepas main air nanti lapar boleh sambung makan.

Jam 7 lebih, ramai orang dah turun main air. Aku and geng lain, mula turun hampir jam 8, wow berendamlah kita oranag dalam kolam tu!Hampir sejam lebih juga berendam, sampai kesejukan. Cukuplah, lepas tu aku jadi camera woman. Oh ya, aku baru beli handycam - wow best juga aku rakam staf aku yang berendam dalam air. Aku rakamlah anak aku si Fahd ni. Ok gak...

Lepas check-out jam 12 pada 2.8. kita orang pergi lawat muzium tentera kat PD. Balik ke Melaka jam 2 petang, somewhere kat Masjid Tanah, berlaku sikit accident - ada kereta keluar simpang tak nampak sebesar2 bas lalu, dilanggarnya belakang bas. Aku terlelap, tak lah sedar. Terjaga, sebab bas berhenti dan driver cakap tentang accident ni. Agaknya brek dia tak makan sampai terlanggar. Dah berhenti dekat 1/2 jam. Tergendala. Tiba kat sekolah dah dekat jam 5 petang! Ohhh keletihan. Semua budak lepak - letih main air.

0 comments: