CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, August 7, 2008

Default Programme

Hari ni 7.8.08. Program/aktiviti yang dirancang hari ni dari jam 7 pagi - 2 petang habis. Ini gara2 sorang budak F5 yang hendak sekolah semula setelah sekian lama tak datang dan nak ambik exam. Sepatutnya dah kena berhenti , dah siap pun surat berhenti, entah macam mana, dek kerana bapanya paksa pergi sekolah,dia ikut cakap bapanya. Pada hal dia sendiri sebenarnya dah tak minat nak ke sekolah, ini diberitahu kepada aku setelah bapanya balik. Pulak tu datang ke sekolah, ikut suka dia, macam sekolah ni dia punya peraturan. Tak nak ikut peraturan KPM. Hah susahlah macam ni. Sampai jam 2, barulah selesai buat laporan tentang murid ni.Jadi aku punya rancangan nak buat hari ni, semuanya tergendala.Tak tahulah esok lusa datang sekolah ke tidak. Bapa dia cakap, dah puas dia pujuk suruh pergi sekolah, tapi dia tak minat juga.Akhirnya agaknya terbuka pintu hatinya dek kena paksa juga, nak sekolah semula, masuklah ke kelas hari ni. Ikutlah dia nak sekolah, biarlah. Dah besar panjang pun, boleh berfikir mana ok atau ko.

Lepas tu, meeting jam 2.45 petang, pengurusan murid.Akulah yang chair meeting. Ikutkan ni dah lama tertangguh kerana beri laluan yang lebih utama lagi. Sampai jam 4 petang. Balik rumah, dapatlah rehat kejap. Lepas tu bersiap-siap pulak nak ke masjid berhampiran sekolah untuk program solat hajat bagi F3,5 dan 6A. Dalam pada bersiap-siap nak ke masjid, dapat call dari salah sorang pentadbir, beritahu ada budak terperangkap dalam blok pentadbiran tak dapat turun kerana pintu semuanya dah berkunci. Yang beritahu makcik kantin kerana dia tender jamuan malam ni. Yang ada kunci hanya bos saja. Bos pulak baru balik dari meeting dari pagi hingga petang. Tak lama tu, dapat call dari bos, maklumkan kepada aku perkara tersebut. Jadi dia pergi sekolah bukakan pintu grill. 2 budak lelaki ni, leka dengan laptop browse internet, sampai tak sedar dah petang. Budak2 sekolah ni dah dinasihati lepas habis waktu sekolah tidak dibenarkan berada dalam bangunan. Macamana dia bawa datang sebelah petang laptop ni tak pasti, hah esok siap kau orang aku panggil, soal siasat. Yang pelik bin hairan ni, ibubapa ni tak sedaar ke anak dia tak balik2 lagi dah lewat petang???Tunggu esok.

1 comments:

bawangmerah said...

parents budak tu khusyuk sangat dengan kerjaya masing2..tu pasal tak sedar anak tak balik2 rumah lagi walaupon dah lewat petang.

...kalau budak2 tu ade handphone, kan senang?
(ehehe...saje je nak cadangkan cadangan yang tak mungkin dilaksanakan)