CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, August 8, 2008

Jemputan kahwin

Beberapa hari lepas dapat satu sms jemputan kahwin. Oleh kerana nombor member lama ni tak dalam directory hp, aku pun suspen, siapa yang menjemput ni. Dia tulis dijemput kemajlis perkahwinan puteri kami di Pengkalan Batu. Aku pun tanya siapalah gerangan hamba ni...Sebab P.Batu pun ada kat Melaka, tak jauh pun dari tempat kami tinggal,jadi apa pasal, pakai sms aje, hantarlah kad, bukannya jauh benar! Rupanya, member aku di P.Batu kat Mersing. Teruslah aku cal dia, sorrylah, sebab ingatkan sape yang menjemput. Sekarang ni, sehingga nak tiba bulan puasa, everyweek dapat jemputan kahwin, minggu depan cuti sekolah, biasalah musim perkahwinan juga.

Hujung minggu ni, sibuk mengemas rumah, maklumlah tunggu hari minggu aje boleh operasi. Itupun tak adalah juga 100%, tak terlarat nak buat semua. yang penting sapu dan siap mop dah cukup baik tu. Lepas tu makan, dan rehatlah. Sebab last week 6 hari sekolah, Sabtu ganti untuk cuti raya nanti. Sambil2 tu, tengoklah Olympic Games...

0 comments: