CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, August 5, 2008

Cerita Kuching lagi...

Sebenarnya hari tu nak sambung cerita kat Kuching lagi. Tapi tahu2lah kekadang internet ni problem. Bila dah problem tergendalalah segala kerja. Pulak tu bukanlah aku kerja nak mengadap komputer aje, banyak kerja lain nak buat. Terutama kerja2 ofis, macam2 nak buat. Kerja kat ofis ni bnayak kerja pengurusan, dan ramai pelanggan yang nak jumpa aku.Sampai nak break pun tak sempat lah on time. Tengok2 jam dah kat jam 12 tgh, turun lah juga cari makan.

Lepas tu sambung balik, tak sedar dah jam 3 petang! Begitulah biasanya rutin kerja ni. Tengok surat/baca surat/buat tindakan/makluman/meeting/buat program/sain surat2 amaran/kemaskini surat masuk fail, inilah antara kerja2 yang aku buat. Nampak macam relax aje, kekadang baiklah gi mengajar aje tak pening kepala nak fikir2 tentang pengurusan ni. Walau bagaimana pun aku bersyukur apa yang aku buat dan takat ni, tak ada problem dalam hal kerja2 ni. Yang penting semua kerja ikut prosedur/ikut jadual kerja/schedul/ikut arahan semua beres. Balik rumah aku rehat, buat kerja2 rumah pulak, tu pun kalaulah sempat. Kalau tak aku relax aje, baca suratkhabar,tengok tv (ni pun aku tak tengok sangat, yang penting berita perdana aje).

Berbalik cerita Kuching. Aku nak lah ucap berbanyak terima kasih kepada abang (Mr X) staf aku yang entertain kita orang semasa berada di sana. Dia solo dan loaded bolehlah! Terbang dari Bintulu?Miri? aku tak ingat sangat, sewa hotel/kereta kat Kuching selama kita orang 4 hari kat sana. First night dinner, wow dia sponsored the whole group somewhere we stayed. He paid for rm1000!(aku tanya lah dengan staf ku ni!). Lepas tu tak habis makan, semua dah bayar, tapau semua yang tak habis. Bawak balik ke hotel, masing2 dah tak larat nak makan! Aku paling suka makan sayur midin goreng belacan (pucuk paku orang sini panggil), kat sana memang famous sayur ni. Ahad lepas keluar dalam paper tentang pucuk paku midin ni di Sarawak. Lagi satu sotong goreng dengan tepung pun sedap juga, ada lagi lah ayam/ikan/sayur dan lain. Tak termakan. Esok pagi masuk tong sampahlah jawabnya...Bangun keesokan pagi, aku dihadiahkan sehelai t-shirt RWMF oleh Mr X. Actually dia beri kepada semua 4 orang ni!

Masa dalam festival tu, budak2 ni memanglah ikut citarasa masing2 nak pergi bahagian mana. Aku ikutlah staf dan Mr X. Dia sponsor lunch dan dinner untuk aku juga! Ikutkan macam2 dia nak belanja, aku dah tak larat nak makan macam2. Dahlah tu, dia hadiahkan juga rantai tali hitam manik form Sarawak, dia kata " ok , u choose anyone u like", aku nak tak nak, terima lah juga. Simpan buat kenangan, tapi anak aku In yang pakai. (Pakai tak In???). Mr X ni, dia memang suka dengan muzik ni, every year dia pergi.Aku rasa banyak juga dia habis untuk 4 hari ni, bukan aku dengan staf aje, termasuk 2 orang anak saudaranya dari KL datang juga!Masa nak balik dia pun balik juga, kita orang ke KL , dia ke destinasinya...Thank you very much for your hospitality Mr X...

0 comments: