CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, July 31, 2009

Kurantin !!!


Apa sudah jadi?

Aku kah ini?


Dengan rasminya mulai 30.7.09 - 5.8.09 sekolah aku diarahkan tutup...Semuanya ini adalah gara2 keganasan virus influenza A H1N1 yang menyerang hampir serata tempat di dunia ini.

Pagi2 semalam - seorang guru melaporkan seramai 15 orang muridnya tak datang kerana demam. Ekoran dari itu, serta merta semua guru tingkatan diarahkan menyemak kehadiran murid dan mengenalpasti juga sekiranya ada murid2 yang demam...
Serta merta juga semua guru diberikan mask untuk precaution....

Nurses Team
dari Daerah MT telah datang...Kelas demi kelas di sukat suhu & dicatat...Didapati agak ramai yang melepasi tahap suhu normal : 37.5 * ke atas dikira tahap demam dan perlu rawatan. Dan lebih 300 orang ada simptom2 batuk dan demam....semuanya memerlukan rawatan jika berlarutan. Doktor pun buat pengesahan , premis mesti ditutup selama 7 hari.


Pagi tadi - mesyuarat bersama pengarah dan sekolah2 lain yang terlibat untuk membuat tindakan selanjutnya disebabkan penutupan premis. Mesti di kurantin semua warga sekolah! Kurantin bermakna mesti duduk di rumah...dan mesti mengelakkan diri daripada pergi ke tempat2 awam yang ramai orang kerana chances penularan virus ini sangat tinggi. Jika terpaksa keluar , mesti lah pakai mask....

Memeraplah aku kat rumah....Ambik kesempatan ini nak make-up rumah!!! Kan nak raya! Make-up siap2....

TETAPI , jangan tatau....cuti-cuti la....bukan cuti sebarang cuti - cuti kena ganti !!! Kena cukup jumlah hari persekolahan ( kalau tak silap minima 190 hari ).

Boleh la aku dok memblogging...he3x



Wednesday, July 29, 2009

Peraduan Kisah & Lagu - Mamamanja

Tarikh tamat peraduan oleh Mamamanja semakin hampir...aku ingin mengambil peluang untuk menyahut cabaran dengan peraduan yang dianjurkan oleh Mamamanja....Ok, Mamamanja, sonata sudah letakkan iklan itu kat tepi tu....

Marilah kita nyanyi bersama2 dengan lagu ini.....


MASIHKAH KAU INGAT





Masihkah kau ingat,
pada waktu itu
sekuntum bunga mekar,
kuselit ke rambutmu

masihkah kau ingat,
ia menjadi mimpi
dan menjadi rindu
masihkah kau ingat?

masihkah kau ingat,
kita berlari-lari,
di kaki langit,
mencari pelangi,
lalu hujan turun kita basah bersama
masihkah kau ingat?
masihkah kau ingat?

masihkah kau ingat,
sekuntum bunga itu,
di tapak tangan ini,
ia menjadi layu,
lalu ku genggam ia menjadi debu
masihkah kau ingat?
masihkah kau ingat?

masihkah kau ingat,
kita berlari-lari,
di kaki langit mencari pelangi,
lalu hujan turun kita basah bersama,
masihkah kau ingat?
masihkah kau ingat?

masihkah kau ingat,
sekuntum bunga itu,
di tapak tangan ini,
ia menjadi layu,
lalu ku genggam,
ia menjadi debu,
masihkah kau ingat?


Oleh : Kopratasa


Kisah disebalik lagu ini:

Aku hanyalah insan biasa...Aku suka lirik & lagu ini. Aku bukanlah seorang penyanyi tersohor...tetapi aku pernah buat pertama kalinya & aku boleh katakan sekarang buat yang terakhirnya aku menyanyikan lagu ini bersama rakan sejawat aku pada tahun 1996 - semasa sambutan perayaan hari guru.
Kini.....
rakan ku telah pergi meninggalkan aku buat selama2nya bulan Mei lalu...
meninggalkan dunia fana ini......

.Al-Fatihah untuk allahyarham Cikgu Mohd Noor bin Ali - klik kat sini.....

Saturday, July 25, 2009

Pegi Pasar???

Pagi2 tadi....

Jom pegi pasar !

Pergi pasar ? Fasal apa pegi pasar hari ni?

Ye la, gi breakfast kat pasar....cepat sikit....

Haaaa....ingatkan apa tadi - tak pernah umur abah ajak pergi pasar ---
hari ni ajak pergi pasar...

Dah kenapa?

Selalu kan umi yang ajak abah gi pasar - tiba2 hari ni ajak gi pasar -
ingatkan ajak beli ikan ke daging ke.....

Ahaahhh...tak ade le, kalau kat pasar, pagi2 ni dah ada,
awak kan nak gi sekolah ....cepat sikit , dah ada pagi2 ni .

Ok , ok.....

Haaaa....ni dia roti canai makan kat pasar - Pasar di Taman Muzaffafar Syah.


Roti Canai Banjir

Kadang2 aku dan hubby dating kat pasar ni - makan roti canai dan lain2 kalau berkenan nak makan. Biasanya ni roti canai yang dibuat oleh Pak Abu ( panggil je...ntah nama sebenar kot kot...). Jangan tak tahu, yang aku biasanya makan roti canai banjir!!! He he he....curah kuah + sambal tumis.....

Ok, itu saja,N3 pagi2 ni....sebab nak gi sekolah - Masih ada lagi LDP !....mungkin kebanyakan sekolah seluruh M'sia ada buat juga kot....

Wednesday, July 22, 2009

Parti Promosi Buah2an Tempatan

Tarikh : 21 Julai 2009

Ditaja oleh : FAMA

Sempena : Kempen Makan Buah2an Tempatan Peringkat Sekolah



Pelbagai aneka buah2an tempatan disajikan
untuk seluruh warga guru & murid sekolah


makan cempedak, rambutan, pulasan, manggis , duku langsat....durian je tak de.....
untuk orang2 macam aku ni ....dapatlah tapau balik .....he3x
tak habis lagi cempedak & pulasan...

Monday, July 20, 2009

Sape giler???


Ini cerita sensasi ...saje nak catat serba ringkas kisah peliknya ada orang bernama cikgu.....hari ni punya kes.

Alkisah ( aku bukan nak kata apa2 - hanya aku nak catat saje - jadi kenangan aje - cerita hari ni jadi sejarah masa akan datang )....Aku tak ambik 'port' orang kata - aku tak kisah apa dia nak kata...yang penting aku jalankan tugas....kalau aku cite , orang kata nanti aku mengatakan orang aku sendiri ( line cikgu le ) ....takpe, mana yang elok kita buat teladan...yang tak baik letak sebagai sempadan...

Aku tak pernah selama aku dah berpuluh tahun bekerja sebagai guru ni ( macam lama no aku bekerja - lebih 20 tahun - kira berpuluhan la kan...) , tak kedengaran ditelinga aku ni ( tak tau kalau ada cikgu cakap - masa tu aku pekak ) , cikgu kata anak murid giler !!! Bila Si cikgu ni kata macam ni, aku hanya senyum - lagi menyirap darahnya bila tengok aku buat de....

Kita tegur dia dengan baik , tak ade nya aku nak tegur depan2 orang ramai....tapi ade ke dia kata aku menjatuhkan **malu**nya!!!!Opppsss....maruahnya la! Aku panggil 1 - 2 - 1 talk - dalam bilik aku - tapi pintu terbukak lah...kang lain pulak jadinya kalau aku tutup pintu - kalau buat tak masuk dik akal , haru juga aku kan.... Jadi aku cakap dengan dia - layan dia seperti staf lain juga....( ni staf pompuan ye...)

Aku panggil dia pun sebab bos suruh aku handle hal dia , sebab dia jadi Form Teacher....Kalau bab guru2 ni - pengetua yang kena ambik tau semua...sebab dia Form Teacher , bos suruh aku tegur / pantau dia....Ade ke maklumat murid masih belum lengkap sampai hari ni ! Dan penyelaras pun dah semak register dia....dah berkali2 minta dilunaskan mana yang lompong2....Ehhhh...banyak lemak ko....masih tak siap2....Ini ekoran minggu lepas, bila guru displin nak contact parents , sekali tengok nombor telefon & alamat tak ada ( yang budak nak dicari ... yang tak tak berkenaan ade pulak )....

Aku kata - you kena siapkan secepat mungkin...tak boleh tanggoh2 lagi , walaupun you dah tak pegang kelas ni , you kene siapkan juga - sebab keje2 ni semua awal2 tahun dulu dah boleh siap. Pulak tu, register baru kena baiki, sebab yang sebelumnya dia ada tanda salah, bos suruh buat baru....Yang baru ni lah tak lengkap2 lagi....

Kaitan kenapa dia tak siap2 ??? Dengan tinggi nada suaranya : Dia kata , saya banyak keje - budak2 satu hal - semuenya giler !!!! La sudah - dia kata, budak2 giler! ....Puan bukan tak tau, budak2 semenya giler - dia kata ( dengan tangan2 dia angkat kata budak giler ) ..... Aku jawab - selama ni tak ade pun cikgu kata murid2 giler!!! You ada berapa period mengajar ? 24 ....orang lain lebih pun ada dan macam2 tugas...( you all tau tak, saya mula2 ngajar dulu dapat 30 periods....huh tercungap2, tak boleh nak menguak langsong ! ).

Dia sekadar jadi Form Teacher tak boleh siap....Ade ke dia pulak suruh orang lain buat (cikgu lain baru ambik alih kelas dia , yang cikgu ambik alih ni, register dia bukan main cantik & beres seme maklumat ) - ehhhh....mana boleh, orang lain pun ade keje jugak...lagi pulak pegang macam2 tugas....Boleh ke dia cakap, selama ni sekolah lama saya tak pegang kelas - ok , fine - kalau tak pernah pegang kelas, kat sekolah ni kita beri you pegang kelas....mesti beri you pegang kelas - sekolah ni ada 54 kelas tau - tak cukup cikgu !


Ade ke dia jawab - saya tak pernah & dan tak ade pengalaman ! Ape you ingat I jadi macam sekarang ni duduk kat kerusi ni ade pengalaman??? Ade ke tuan pengarah interview , saya nak lantik awak sebagai .......ada pengalaman??? mana ade! jadi, sesuatu yang baru , kita belajar melalui pengalaman - pengalaman yang mematangkan kita.....

Habis tu, dia salahkan diri sendiri , tak boleh kawal kelas sebab budak2 giler!!! Aku senyum....lagi le dia bengkek'....Dia kata - sekolah lama ajar upper form - form 4. Ok, kalau gitu, you mintak tukar semula balik ajar F4... tak mahu pulak - nak ajar budak menengah rendah...( aku rasa dia ada masalah kat tempat lama gamaknya - mungkin ni lah caranya juga ). Habis dah beri menengah rendah - hah layanlah kerenah budak2 ni....mana ada budak giler!!!!

Dalam hati aku kata - entah2 dia yang giler!!!! Dia kata apa? tak sangka budak2 sekolah ni macam ni - giler ! Ya Allah,Ya Tuhan, aku sedih serta kesian cikgu ni.....Aku tau orang macam ni, dia yang bermasalah...dan masalahnya ada dalam handbag aku.....

( minta maaf la, cikgu ni, cikgu yang less than 10 yrs in teaching line - kalau tahu keje cikgu yang rencam - usah jadi cikgu la....kalau tak tahan layan kerenah murid2 - kalau tak sabo - kalau tak suka layan budak2 yang bermacam2 ragam - lebih baik - angkat kaki - keluar bidang cikgu!!! betul tak cikgu2 di luar sana???) .....

SO.......jadi cikgu kena buat banyak bersaboo....!




Saturday, July 18, 2009

Aku Sayang Pada Mu.................

Sekian lama kau dimiliki oleh ku....Aku suka denganmu ,
kerana dirimu yang begitu mudah diajak bicara.
Apalah aku ini, ntah sekian lama aku tidak mengindahkanmu....
benar la orang berkata - habis manis sepah dibuang....
Aku biarkan dirimu dimamah cahaya mentari....
Aku tau dirimu masih setia lagi dengan ku...tapi ~~~~~
aku zalim terhadap mu....aku sombong dengan mu
bila aku dapat pengganti lebih baik dari mu....

Namun begitu, hari ini aku pujuk kau kembali....
Aku tau kau masih setia dengan ku....

Aku sayang pada mu !
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Meja ini disembur cat kembali, setelah sekian lama terbiar .....
agak berkarat2 sikit , tapi masih kukuh , masih boleh diguna pakai lagi ....

Petang tadi, hubby bersihkan dengan kertas pasir ,
bagi licin tempat2 yang berkarat.
Hubby pun sembur cat spray warna putih &
meja ini akan dihantar ke apartment Mohd di TUC Subang Jaya
hari Isnin minggu depan ~~~~~~kebetulan hubby ada seminar di Sunway

senang lah Mohd nak masak2 versi orang bujang bila ada meja ni ...
nak menyediakan segala jenis ntah apa2 la Mohd!!!
janji sedap ko masak....

Thursday, July 16, 2009

Kucing ku beranak-ranak.......

mula2 inilah "labour room" - celah pokok


transfer ke dalam bekas ini
baru beumur 2 hari -
tinggal 3 saje -

1 mati kelemasan


masukkan ibunya ( KOKO )


Yang dah "gemok2" ni anak Tam - dah 3 minggu - 3 ekor

Wednesday, July 15, 2009

Sebatang Roti Lilit


Kat sekolah tadi, 2 wakil guru Pendidikan Khas,
hantar kat aku benda seperti dalam gambar.


Mereka masuk, tunjuk kat aku...Apa ni?
Oh....roti lilit namanya - masakan rimba.

Nak lebih jelas,
silalah bukak mata luas / guna kanta pembesar / besar kan aje gambar ni....

Rupa2nya - murid Pendidikan Khas, buat 'perkhemahan' depan & belakang kelas mereka, di Blok F di sekolah aku ni....

Alamak - ingat kat aku...ni la yang buat sayang selalu..........


Sunday, July 12, 2009

kawan + kawan = kawin



Little India & Happy Hour.....

Sangat busy hingga 12 tgh malam!

Mulai +- 7.15 pagi , 'dating' makan roti canai....he3x tempat biasa la...Duyong.

Bergegas la pulak k
e sekolah - sebab hari ni ada LDP ke 4 - penceramah jemputan Timb. Pengarah - audit di Jab. CM hingga la ke jam 1.45 tgh - siap makan....

Nasib baik orang kata rezeki ada je - dapatlah bawak balik nasi tomato untuk mereka yang 'ditinggalkan' di rumah - hubby , Farahin & Mohd. Jam 3 , pegi ziarah Fahd - hantar apa yang dipesan....

Lepas tu teruslah ke bandar membeli & bla mac
am2 untuk Farahin yang sibuk untuk menyiapkan English Carnival Peringkat Kebangsaan ( Kolej Mara & Kolej Profesional Mara ) minggu depan. Dan si Mohd pulak sibuk nak menyopping keperluan nak 'memasak' di apartment nya...Apa yang dibeli ?

Lepas siap beli macam2 barang ke mana kita orang pergi??? ha ha ha ....mencuci mata lah di sini.
Kami telah pegi ke Little India - femes ni
kat Jalan Bendahara. Apa taknya sempena English Carnival tu , tema kolej Farahin (KMS) kena pakai pakaian India! Bagi nak rak dok lepas satu ke satu kedai di berderet2 kedai India kat Jalan Bendahara kami masuk untuk beli baju ni.



Baju yang dibeli - 940.8 rupee (INR)Lepas membeli bla....hahhahhaaa...balik order Shakey's Pizza - mintak hantar ke rumah, dah tak larat ....Banyak tak pizza ni? Semuanya berharga RM 26.20 sahaja!
Apa taknya - buy 1 large - free 1 regular + 1 free bonus !
Kupon offer macam ni banyak lagi - hu hu hu boleh order sampai hujung Oktober ni...

Lepas magrib kami keluar lagi - ada lagi yang tak cukup! Mohd nak beli periuk belanga dan macam2 mende nak 'serba lengkap' ( baik pindah umah aje!!!) & Farahin nak beli kain hitam pulak dah...
Kami beli barang2 kat Duyong & lepas tu terus pulak ke Astana Moda .
Dah siap beli kain hitam dia - aku terdengar pulak - orang jerit2 Happy Hour!


Hanya dalam masa 15 minit saje...Rupa2nya.....ahah aku
'terperangkap' dengan very2 good offer kain yang harga asal RM148 sepasang - within 15 minutes if you can grab - you'll get RM120 for 2 pasang!!! Apa lagi - aku pun capai & buat pilihan, budak2 yang dok jerit2 tu - dok beritahu aku - 'kak pegang dulu - tak pe, kak pilih la...nanti 'melepas' - tengok2 memanglah kain baik punya!!!
Nak tengok? hahh hah tengoklah....Hu hu hu 'raya
' sakan aku....
(sebenarnya tak yah tunggu raya pong - kalau aku dah berkenan....beli aje le)


lawa tak???

Dah dekat 10 malam - nak ke kedai Seng Heng (kedai letrik ) sebelah Astana Moda - kedai nya pun dah tutup. Kita orang pun belok le hala ke Tesco pulak....Macam2 dibeli - lagi tak penuh troley tak balik!!! 11.30 malam kami pun keluar Tesco - sampai kat umah dah hampir 12 malam!!!Selamat malam......

Ni nak belajar ke, nak kenduri makan???

Nak pindah ke???

Thursday, July 9, 2009

D'Sonata Gallery 3 - Pertandingan Koir Kebangsaan 2009

Pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan 2009
Tanjong Puteri Resort, Pasir Gudang , Johor
1 - 3 Julai 2009
















Persembahan : Sekolah Seni Johor Bahru


Sayonara Tanjong Puteri Resort!

Monday, July 6, 2009

Pandemik H1N1

Hari ni baru masuk ke sekolah - khasnya ke pejabat yang dirindui setelah 5 hari bekerja di luar negeri Melaka + Sabtu & Ahad - nasib baik tak ke luar negara! Ditambah dengan last Saturday 27 Jun patutnya sekolah tapi aku cuti kerana urusan anak ke TUC , maka terasa lama tak ke sekolah....

Lepas asembly mingguan - aku diberitahu petang 2.30 ada taklimat untuk aku wajib hadir - khasnya untuk sejawatan dengan aku bagi seluruh Negeri Melaka di SMKPT.

Taklimat ini khas untuk Pandemik H1N1...Dari latar belakang kisahnya - hinggalah ke apa yang patut dibuat sekiranya pandemik ini berlaku di sekolah. Sekiranya kedapatan berlaku - SILA LAPOR SEGERA! Taklimat disampaikan oleh Dr. Hashimah Hassan , Pegawai Epdemologi (penyakit berjangkit ), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Sekiranya ada tanda2 seperti demam sehingga 38' C, letih lesu berlarutan, batuk
( lain ye drp batuk makan rambutan dll ), hidung berair, bersin, sakit tekak, sakit kepala - maka berhati2 lah, jika perlu dapat rawatan, janganlah tangguh2 lagi...


Penyakit ini boleh merebak melalui titisan respiration ( droplets - lebih kecil dari
drops ) manusia ke manusia - bila batuk, bersin, sentuhan kepada sesuatu yang tercemar dengan titisan bersin ....


Oleh itu , kita2 ni , kalau boleh la - kita cuba guna langkah2 ini : Social Distancing - maksudnya elakkan diri dari berkumpul2 dalam crowd / majlis2 keramaian dan sebagainya yang berkaitan dengan public...kita tak tau , dalam ramai2 - kita terjerumus dalam tempiasan mereka yang batut / bersin ....jadi elakkan diri daripada tempat2 ini.

Harap2 tidak berlaku perebakan pandemik ini dengan meluasnya! Jika berlaku - maka akan berlakulah - penutupan sekolah/pejabat/kilang/tempat kerja/perniagaan/pasar , pembatalan majlis keramaian, pengangkutan awam dihentikan & juga pergerakan manusia dihadkan!.....

Untuk berita terkini dan maklumat lebih terperinci silalah ke
Kementerian Kesihatan Malaysia
& MyHEALTH portal.

Sunday, July 5, 2009

Soalan Tag - Ummi Humaira

Menjawab tag daripada Ummi Humaira - terima kasih kerana sudi 'mengetag'.
Bila dah kena tag ,kena la jawab ye?...He he he.....

Jawapannya ialah.....


1.NAMA TIMANGAN ANDA....

Maksudnya nama gelaran yang dipanggil ke?

Ape ye?

Dulu2, masa sekolah2 ade le kekawan panggil Che Aaa....

Kalau kat sekolah le ni anak murid - panggil cikgu la...

Anak2 pulak panggil umi...

Hubby pulak - kalau angin romatik bertiup - panggil sayang ....kalau tak, hentam umi aje!!!


2. ANDA SEORANG YANG....

Cool...

Bila ngajar budak sekolah bawak banyak bersabar.

Dengan anak2 ? Kalah topan tsunami !

Mudah sebak bila dengar berita2 yang menyayat hati , berita sedih , lagu2 patriotik misalnya Lagu Inilah Barisan Kita, dan sebagainya...


3.INSAN YANG TERISTIMEWA....

Sape lagi suami tersayang la - mak pak dah lama tak ada - menumpang kasih suami aje le...

Juga mak-pak mertua serta anak2.

Saudara mara , jiran sekeliling , kakak & abang angkat di sini serta keluarga di Tawau / KK Sabah ....

Anak2 didik di sekolah, rakan sejawat, rakan zaman sekolah dulu, kenalan2 di jabatan luar, dan.....

Rakan2 maya!!!


4.LAGU KESUKAAN...

Apa2 lagu yang 'terdengar' pada masa 'terbukaknya' radio semua suka la tu...
( takkan nak suruh DJ tu tukar lagu pulak kan ?)

Apa2 pun :-

Lagu "rock kapak" tahun 80-an...suka le

Nasyid suka gak...

Sesekali lagu keroncong suka gak...

Pendek kata kalau lirik & lagu sesuai suka aje le mendengar...nasib baik tak dianugerahkan pandai menyanyi...kalau tak, semua lagu suka!

5.MAKANAN KESUKAAN ANDA....

Tak ada yang spesifik - sejak mula kenal apa itu nasi, mak pak pun ajar makan nasi dengan lauk2 yang simple lagi berkhasiat hah suka la tu....Cuma le ni, makan nasi tu mula kurang - suka masakan / makanan - mana2 yang boleh diterima tekak ni - huh suka aje!

6.SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS.....

Apa yang disuruh / diarah lambat bertindak...tapi tak la sampai stress sangat - kalau ikut kan hati memang stress , tapi buat ape susah2...buat cool udah le...kang tak fasai2 lain jadinya...

7.WARNA KEGEMARAN ANDA.....

Kebanyakannya merah. Hijau & kuning pun gemar gak...

8.BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG...

Beg apa ni?

Handbag ke?

Kalau handbag - tak payah beritahu la...Kang semua orang tahu, ada kang asyik aim handbag Sonata...Tapi biasanya - lagi besar handbag tu - lagi banyaklah 'sampah' di dalamnya!

Kalau bag sekolah ( yang kadang2 bawak ) - buku2 berkaitan / fail2 tertentu ( sekali sekala ) kalau perlu semak kat rumah.


9. KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS....

Tak ingat la - tapi ada masa nasihat Fahd di asrama tentang kepentingan ilmu - suruh dia belajar rajin2. Kalau umi dah tak ada , harta benda tak ada nak beri kat Fahd.

10.TAG UTK 6 RAKAN ANDA.....
TAG INI DI TUJUKAN KEPADA.....

Tak nak la terhad kepada 6 orang saje - sebab pada Sonata semuanya layak jawab tag ini.

Sonata nak tag kepada semua rakan maya yang datang ke blog ini - yang belum kena tag lagi ...Harap sudi ambik tag dan jawabla, sebagai perkongsian bersama, itu aje.

Sudah jawab!!!

Saturday, July 4, 2009

Nasi + Ayam Penyet

Selepas selesai pertandingan pada 2 hb - bermula jam 9 pagi hingga la ke tengahari...sebelah petang - free time...Hanya menunggu untuk keputusan pada sebelah malam - dinner kat pool side.

Aku ambik kesempatan keluar dengan kawan - Jamilah yang menetap di Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Tujuan sebenarnya kerana tepon aku bermasalah - jadi aku mintak tolong ajak dia pegi cek tepon aku yang dah hampir antik ni...Rupanya charger aku dah tak berfungsi lagi...terpaksalah aku beli baru.

Tiba kat bandar - bandar la kot ....kalau bandar besar sangat, aku kata pekan aje la...tapi cukup la untuk menyediakan kemudahan pada penduduk tempatan di situ. Pekan apa, aku dah lupa namanya (
Jamilah , kalau ko terbaca N3 aku ni - hah ko komen, apa ke nama pekan tu!!!).

Dalam pada tu Jamilah & anaknya Aida ajak aku makan nasi + ayam penyet....Ni yang YB dok cakap tu! Aku ingat macam mana si ayam penyet ni...Hahhh ni rupo dio...Tapi aku hanya merasa aje, sebab aku dah lunch kat resort sebelum pegi ke pekan ni.

Yang aku nampak ialah ayam goreng dan diletak atas sambal belacan & diletakkan dengan sayuran ...Sepatutnya ulam2 kot...tapi diletaknya seperti dalam gambar ni...& diberikan juga kuah sop ayam + order tahu goreng ...Tu aje ! Ni adalah masakan Indon....ha ha ha...kat kawasan ni mengikut kata Jamilah ramai orang Indon, sebab di Pasir Gudang ni kan kawasan kilang....Jadi kebanyakkannya adalah pekerja kilang.





*************************************************************************************
Psssstttt....Tak lama lagi D'Sonata Gallery 3 akan menyusul keluar...Haaaahhaa seperti biasa pelawat bertuah terpilih akan menerima sebener dari pihak penganjur (aku la ni ) bila setiap kali tajuk D' Sonata Gallery muncul ...Ini adalah sebagai penghargaan kepada semua pelawat2 setia / yang baru - semuanya diterima jua...Tengoklah tahap kebizian aku macamana...Jadi, perhati2 la selalu agar kemungkinan ko orang terpilih! Jika ko orang nak memudahkan aku , letakkan sekali email....Tapi ni bukanlah syarat utama....

Dari Tropical Inn, JB ke Tanjong Puteri Resort , Pasir Gudang

Semalam petang baru tiba ke rumah ....

Sebenarnya sejak Ahad lepas aku berkursus "Literasi Undanag-Undang Bagi Guru Sekolah Menengah & Rendah Negeri Melaka 2009" selama 4 hari 3 malam di Tropical Inn, JB. Sepatutnya pada 1 hb dah balik la ke Melaka.

Tanpa diduga, bos telah telefon aku pagi2 30 Jun beritahu bahawa Pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan diadakan di Pasir Gudang, Johor. Dia pun suruh aku jadi Ketua Kotinjen ( biasanya ketua atas nama Pengetua ) mewakili beliau sebab dia akan ke Sarawak pada 2 hb. Tapi saban tahun pun aku jugak yang jadi ketua kotinjen ni!

Maka tak jadilah aku balik ke Melaka. Teruslah ke Pasir Gudang, dari 1 - 3 hb Julai. Murid2 dan 3 guru orang pengiring bertolak dari Melaka jam 10 pagi. Bersambunglah aku meneruskan tugas ke Pasir Gudang pulak.

Macamana nak ke sana? Aku memang tak pernah ke sana. Panjang akal aku - hah minta tolong kenalan sekolah yang bekerja di JPNJ hantar ke sana. Telefon dia & dia pun datang ambik aku bersama dengan seorang lagi kenalan sekolah yang memnag menetap di Pasir Gudang! ( tak tahu pun dia duduk di Pasir Gudang ). Nasib menyebelahi aku...Kalau tak, macamana la aku nak ke sana. Kalau depa tak ada , boleh jugak ke sana - pandai lah aku nak meneruskan misi ni!!!( Teringat la kat YB yang kebetulan bertugas kat JB - mintak aje la dia hantar!!!) -
YB : harap ko baca la N3 aku ni....ngeh3x


Tibalah aku ke sini.


Banglo resort tempat menginap