Hari ni baru masuk ke sekolah - khasnya ke pejabat yang dirindui setelah 5 hari bekerja di luar negeri Melaka + Sabtu & Ahad - nasib baik tak ke luar negara! Ditambah dengan last Saturday 27 Jun patutnya sekolah tapi aku cuti kerana urusan anak ke TUC , maka terasa lama tak ke sekolah....
Lepas asembly mingguan - aku diberitahu petang 2.30 ada taklimat untuk aku wajib hadir - khasnya untuk sejawatan dengan aku bagi seluruh Negeri Melaka di SMKPT.
Taklimat ini khas untuk Pandemik H1N1...Dari latar belakang kisahnya - hinggalah ke apa yang patut dibuat sekiranya pandemik ini berlaku di sekolah. Sekiranya kedapatan berlaku - SILA LAPOR SEGERA! Taklimat disampaikan oleh Dr. Hashimah Hassan , Pegawai Epdemologi (penyakit berjangkit ), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Sekiranya ada tanda2 seperti demam sehingga 38' C, letih lesu berlarutan, batuk
( lain ye drp batuk makan rambutan dll ), hidung berair, bersin, sakit tekak, sakit kepala - maka berhati2 lah, jika perlu dapat rawatan, janganlah tangguh2 lagi...
Penyakit ini boleh merebak melalui titisan respiration ( droplets - lebih kecil dari
drops ) manusia ke manusia - bila batuk, bersin, sentuhan kepada sesuatu yang tercemar dengan titisan bersin ....
Oleh itu , kita2 ni , kalau boleh la - kita cuba guna langkah2 ini : Social Distancing - maksudnya elakkan diri dari berkumpul2 dalam crowd / majlis2 keramaian dan sebagainya yang berkaitan dengan public...kita tak tau , dalam ramai2 - kita terjerumus dalam tempiasan mereka yang batut / bersin ....jadi elakkan diri daripada tempat2 ini.
Harap2 tidak berlaku perebakan pandemik ini dengan meluasnya! Jika berlaku - maka akan berlakulah - penutupan sekolah/pejabat/kilang/tempat kerja/perniagaan/pasar , pembatalan majlis keramaian, pengangkutan awam dihentikan & juga pergerakan manusia dihadkan!.....
Untuk berita terkini dan maklumat lebih terperinci silalah ke
Kementerian Kesihatan Malaysia & MyHEALTH portal.
Hoya Pro1 UV Filter
1 hour ago
6 comments:
Bagus info tentang H1N1 . saya pun dah banyak kali layari utk dptkan info terkini . Cuak gak sbb semakin hari semakin bertambah bilangan pesakitnya .
Baru-baru ini, di sekolah anak saya cekgu dah beri pelepasan pd murid2 yg mengalami demam . Puncanya ada sorang budak baru balik dari overseas tapi sesuka hati dia leh masuk kelas .
Saya geram sbb masih ada lagi makbapak yg cuai dan tak ambik kesah bab2 macam nie .
H1N1 hmmm....boleh menyebabkan kesan ekonomi gak...... harap sangat ianyer cepat berlalu ...... sekarang ni...kenalah sombong sikit.... salam-salam ni kena kurangkan.......
Tu yg risau...time cenggini lak byk tugasan yg melibatkan diri dengan org ramai...lak tu ke tmpt yg mmg menjadi perhatian dan percutian org ramai...
tq sonata.info yg amat berguna..
Semoga kita sentiasa prihatin dengan pandemik ini...
terima kasih kongsi info
memang merisaukan ngan wabak nih
cepat2 la berakhir
Post a Comment