CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, July 12, 2009

Little India & Happy Hour.....

Sangat busy hingga 12 tgh malam!

Mulai +- 7.15 pagi , 'dating' makan roti canai....he3x tempat biasa la...Duyong.

Bergegas la pulak k
e sekolah - sebab hari ni ada LDP ke 4 - penceramah jemputan Timb. Pengarah - audit di Jab. CM hingga la ke jam 1.45 tgh - siap makan....

Nasib baik orang kata rezeki ada je - dapatlah bawak balik nasi tomato untuk mereka yang 'ditinggalkan' di rumah - hubby , Farahin & Mohd. Jam 3 , pegi ziarah Fahd - hantar apa yang dipesan....

Lepas tu teruslah ke bandar membeli & bla mac
am2 untuk Farahin yang sibuk untuk menyiapkan English Carnival Peringkat Kebangsaan ( Kolej Mara & Kolej Profesional Mara ) minggu depan. Dan si Mohd pulak sibuk nak menyopping keperluan nak 'memasak' di apartment nya...Apa yang dibeli ?

Lepas siap beli macam2 barang ke mana kita orang pergi??? ha ha ha ....mencuci mata lah di sini.
Kami telah pegi ke Little India - femes ni
kat Jalan Bendahara. Apa taknya sempena English Carnival tu , tema kolej Farahin (KMS) kena pakai pakaian India! Bagi nak rak dok lepas satu ke satu kedai di berderet2 kedai India kat Jalan Bendahara kami masuk untuk beli baju ni.



Baju yang dibeli - 940.8 rupee (INR)Lepas membeli bla....hahhahhaaa...balik order Shakey's Pizza - mintak hantar ke rumah, dah tak larat ....Banyak tak pizza ni? Semuanya berharga RM 26.20 sahaja!
Apa taknya - buy 1 large - free 1 regular + 1 free bonus !
Kupon offer macam ni banyak lagi - hu hu hu boleh order sampai hujung Oktober ni...

Lepas magrib kami keluar lagi - ada lagi yang tak cukup! Mohd nak beli periuk belanga dan macam2 mende nak 'serba lengkap' ( baik pindah umah aje!!!) & Farahin nak beli kain hitam pulak dah...
Kami beli barang2 kat Duyong & lepas tu terus pulak ke Astana Moda .
Dah siap beli kain hitam dia - aku terdengar pulak - orang jerit2 Happy Hour!


Hanya dalam masa 15 minit saje...Rupa2nya.....ahah aku
'terperangkap' dengan very2 good offer kain yang harga asal RM148 sepasang - within 15 minutes if you can grab - you'll get RM120 for 2 pasang!!! Apa lagi - aku pun capai & buat pilihan, budak2 yang dok jerit2 tu - dok beritahu aku - 'kak pegang dulu - tak pe, kak pilih la...nanti 'melepas' - tengok2 memanglah kain baik punya!!!
Nak tengok? hahh hah tengoklah....Hu hu hu 'raya
' sakan aku....
(sebenarnya tak yah tunggu raya pong - kalau aku dah berkenan....beli aje le)


lawa tak???

Dah dekat 10 malam - nak ke kedai Seng Heng (kedai letrik ) sebelah Astana Moda - kedai nya pun dah tutup. Kita orang pun belok le hala ke Tesco pulak....Macam2 dibeli - lagi tak penuh troley tak balik!!! 11.30 malam kami pun keluar Tesco - sampai kat umah dah hampir 12 malam!!!Selamat malam......

Ni nak belajar ke, nak kenduri makan???

Nak pindah ke???

7 comments:

chekdenoor said...

Wah memang sibuk sepanjang hari kan..... dan dicelah kesibukan itu...sure ada kepuasan sebab dapat beli barangan sale.....hmmm....untung juga tu kan......

ONE ZABA said...

sini pong sibuk jugak...sibuk kurung dalam selimut. hujannn... angin kuatttt!!!!

farahin said...

saya comel. muahahaha

Yunus Badawi said...

Kena bawa lori kecil nampaknya kalau nak hantar barang2 Mohd tu hehehe

Banyaknya beli bahan baju. Raya sakanlah tahun ni!

sonata anak kancil said...

chekdenoor : sambil menyelam minum air!

OneZ : wahhhh....bestnya! tapi saya tak leh rehat - hantar anak2 balik.

farahin : po dah cetttt...

YB :lori tak de - kalau YB nak hantar boleh gak! Sekarang berada di Mc D tempat Mohd.

Chenta said...

wah... enjoy sakan . balik kul 12.00 tgh malam . macam citer cinderella . hahahah

sonata anak kancil said...

Linda : layan budak2 ni - tumpang sekali le! seronok bukan main lagi....