CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, January 27, 2013

Kuala Gandah - National Elephant Conservation Centre



Kuala Gandah ? Kat mana tu? Awal Disember 2012 saya sekeluarga berpeluang pergi ke Kuala Gandah - pusat pemeliaharaan gajah. Di mana Kuala Gandah - bolehlah  rujuk :Kuala Gandah http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PusatKonservasiGajahKebangsaan.aspx

Perjalanan dari Melaka seawal 7 pagi - berhenti minum - janji dengan anak dari KL - dia dah agak lambat - akhirnya kami dari Melaka redah sendiri melepas tol (ntah apa nama) - yang dekat UIA tu. Jalan punya jalan naik bukit turun bukit Karak Highway - tau2 lah melewati Banjaran Titiwangsa - melalui Genting Highlands - katanya sampai ke Tol Lancang ( tak ade le nak guna GPS pun ) -  ntah mana tak jumpa Tol Lancang - tak jumpa2 - nak terus lagi tak berani - kang tak sampai2 ke Kuala Gandah - haru je....silap haribulan boleh sampai terus ke Kuantan !!! - akhirnya jumpa simpang ke Bentong.

Hubby pun masuk simpang ke Bentong....jalan punya jalan - tak nampak pun signboard menunjukkan Kuala Gandah ! Mak aiiii.........ok tak pe la....jalan lagi sampailah ke Bentong - teruskan lagi sampai lah ke Mempaga sebab dah ada tunjuk ke Kuala Gandah....akhirnya bertanya lah dengan penjual nangka ( sempat beli nangka - best !!!) - nasib baik tak jauh terlepas simpang ke Kuala Gandah - akhirnya sampai la juga....wow berjaya ! Kami dulu yang sampai berbanding anak saya dengan keluarganya.

 Bila sampai ke sini - jangan lupa daftarkan diri anda yer....dapatlah stiker ni....Ketua Unit Gajah?

 Kita boleh beri makan gajah2 ni....makanannya ada dijual - beli jangan tak beli !!!


  sesi memandikan anak2 gajah


Kita perlu sampai  seelok2 sebelum jam 2 petang - supaya tidak miss dengan pertunjukkan gajah di situ. Nak tahu apa pertunjukan tu silalah rujuk di mana2 jua di laman2 web yang ada.

4 comments:

Aku Bapak said...

Kak Sonata,

Bapak nak tanya nak ke Pahang dari Melaka kena ikut dari Gombak/Karak juga ker, xde jalan potong?

che mid said...

Dah beberapa kali lalu kat situ, tapi belum terasa nak menyinggah.. asek nengok gambar jee..

sonata anak kancil said...

Bapak - ke Pahang tu ke mana? Kalau nak ke Kuantan ikut Segamat boleh

sonata anak kancil said...

che mid - akan datang bolehlah singgah sekejap di sini