Dah masuk hari ke 3 di Chennai . Hari ni nak pergi shopping sikit. Shopping sikit2 je - sib baik tak bawak duit berkoyan2....mahu nak sapu bersih ! ha3x....gelak sendiri - sendiri belanja - sendiri tanggung le...
Setelah mengenali Mr Salam dah masuk hari ke 3 - kami di ' layan' tanpa ada rasa 'gap' antara tour guide & pelancong - bila berjumpa saudara se Islam ni - punya la seronok - senang nak berurusan - terutama bab nak makan minum. Mr Salam ni - orangnya sangat "caring" - sentiasa tanya apa yang kita mahu - nak ke mana - dia bawak aje - sebut kata nak shopping - dia pun bawaklah kita gi shopping - nak beli apa - semuanya cuba disettlekan olehnya.
Hari ke 3 ni - sejak balik dari Mamallapuram (hari ke 2) - Mr Salam dah menjemput kami makan tengahari di rumahnya. Dia telefon isterinya suruh masak nasi beryani ! Saya dan hubby pun - tidak lah kata tak mahu - tapi kami kata why not - kita tengok cara hidup mereka di sini. So, kami setuju untuk ke rumah nya. Dah tak seperti tour guide dah ! dah macam sedara pulak - punyalah seronok nak tengok rumah mereka.
Untuk shopping Mr Salam bawak ke kedai dekat rumahnya...Rumahnya jauh dari pusat bandar utama - macam kita kat Bangi gitu...tapi masih sepanjang perjalanan tu menempuh bandar - kan dah kata bandar Chennai ni tersangat la luas. Jadi nak beli kain2 terutama kain sari - beli di luar kawasan utama - kalau beli kat T Nagar ( tengah2 bandar la ) mahal katanya - so, kita beli kat kedai borong dekat rumah nya! mana tak murah giler !!!
Sebelum Mr Salam ambil kami di hotel - saya telah merayap lagi sepanjang jalan raya sehingga ke Chennai Central - stesen keretapi yang besar menghubungi selatan-utara. Punya besar dan sesak dengan rakyat jelatanya - biasa tengok cerita Hindi kan - kat stesen keretapi tu...hahahhahah macam tu la...ok kita layan suasana di stesen keretapi ni.
Chennai Central railway station is one of the major rail heads of the Southern Railways,
located 4 km from the city centre.
ini nampak sikit je orang - sebenarnya ramai lagi
lepas sampai ke Chennai Central - kiranya dari hotel macam kami berjogging la...
strolling around the city - orang usah cakaplah...sesak !
************
kedai yang saya masuk - tak tahu nak pilih mana satu - banyak sangat!
saya lihat ramai sungguh orang2nya membeli - macam nak raya -
pada hal bukan hari raya pun!
Bersama Rabiah - isteri Mr Salam - kononnya memilih bagai nak rak !
memilih kain2 yang sesuai dengan harga - sesuai dengan bajet yang ciput ! Mr Salam telah memberitahu isterinya datang tolong tengok2 kan saya nak beli kain sari ni!
Punyalah baik orangnya!
tapi terus terang saya cakap - kain2nya sangat cantik -
berkualiti ( ikut jenis la...macam2 grade- macam2 jenis ) dan murah giler !!!
kain sari biasanya dijual 6 meter - pilihlah yang mana sesuai - kalau kita ni buat baju kurung la...
6 m bukan 4 m - biasa kita beli kan - dan harganya - kalau yang biasa2 je boleh dapat +- RM25 - tapi kat tempat kita - saya rasa lebih mahal lagi. Saya tidaklah membeli banyak -
cukup pakai udah le - takkan nak "menyari" sepanjang masa ! hahahahahahha.....
jalan menuju ke rumah Mr Salam - yang menoleh tu dia lah ! saya mengekor je...
Rabiah sedang menyedok nasi beryani kambing - memang sangat sedap....
siap saya 'menyelongkar' ke dapur nya !
nasinya simple aje - dimakan bersama ayam goreng berempah - ada telur rebus yang ditabur dengan lada hitam dan ada dihidangkan juga bawang besar yang dipotong -
kalau kita bawang jerok gitu...dia menghidang seadanya - saya lagi lah tak kisah !
****
jika dilihat keadaan rumahnya - seperti rumah flat - secukupnya untuk keluarga yang kecil - dan agak sempit - anaknya ada 3 orang semuanya perempuan bersekolah rendah jauh dari rumah nya sebab dia hantar ke sekolah agama - dekat rumahnya ada juga sekolah (tak sampai 5 minit boleh sampai ) - tapi dia tak mahu sebab sekolah campur (lelaki & perempuan) dan bukan sekolah agama....pagi2 isterinya pukul 5 sudah bangun untuk masak nasi dan anaknya bawak bekal ke sekolah - sebab anaknya akan bersekolah sampai petang ! Mereka sangat 'welcome' akan kehadiran saya dan hubby - dan mereka nampaknya sangat seronok dan tidak segan menerima kedatangan kami -
*****
....sekian - nanti sebelah petang kami ke pusat bandar -
4 comments:
Hjh Zaleha,
Cerita dan info yan menarik
Rosli - terima kasih - kongsi pengalaman je...dan sebagai catatan perjalanan saya - kalau tak ianya akan tenggelam begitu saja - so, next time jika tak buat begini maka akan lenyap terus...tak dapatlah nak berkongsi dengan generasi akan datang.(very good to have a blog!)
Sedapnya nampak beriani tu..
Dulu Nida tak pandai makan nasi beriani dengan kambing.. tapi laaa ni dah ketagih pula (tp dengan lamb..)
Nida - sedappppp! masak sendiri lagi le sedappp...
Post a Comment