Salam satu dunia ! sambung lagi kisah2 tertunda dik kekangan masa !
28 Jun - Isnin - perjalanan hari ini seawal pagi sebab nak ke Blue Mountain. Sebelum diteruskan lagi ( sebab Blue Mountain kan jauh...)
Semasa berada di Sydney - semua perjalanan saya menggunakan satu tiket sahaja - untuk semua jenis pengangkutan. Beli tiket untuk satu minggu $ 60 aud. Sangat2 berbaloi. Ntah berapa kali turun naik train / bas ntah lah...janji sampai dari satu tempat ke satu tempat. Kami tidak guna khidmat bakti mana2 travel agensi - semua perjalanan di sana kita orang guna public transport yang sangat cekap. Semuanya kami redah sendiri ! Anak saya pun tidaklah sepenuh masa bersama kami, sebab dia pun ada kuliah.
Dalam agak kesejukan pagi2, lagi lebih kurang pukul 7 kami dah keluar untuk ke Blue Mountain. Dari rumah tumpangan kami tak lah jauh nak ke train stop - iaitu Arncliffe. Sistem pengangkutannya sangat cekap - tepat masanya akan tibalah. Dari Arncliffe - naik train ke Central - dan dari Central ni - naiklah train ke - sampai ke Katoomba - perjalanan hampir 2 jam dengan train.Seronok melihat suasana pemandangan menuju ke Blue Mountain ni.
Sampai di Katoomba - perjalanan ke Blue Mountain dengan menaiki bas pulak - tak lah jauh mana pun ! Guna tiket yang sama jugak....Sampai lah ke Scenic World - Blue Mountain. Kalau nak tahu lebih detail bolehlah google - google - semua maklumat ada di situ - itulah yang kami "harungi" di sana ! Woooo....sangat seronok ! Kami telah memilih pass masuk berharga $ 28 aud seorang. Ada beberapa jenis pilihan harga pass masuk - ikut lah kita nak yang mana - nak lama ke - nak yang jauh ke perjalanan di dalam kawasan ni. Jadi kami pilih yang termampu oleh kami untuk meredah hutan ni. Sampai petang kami di sekitar kawasan ini - barulah balik semula ke Arncliffe.
Untuk dinner malam ni - kami telah dijamu oleh pegawai Petronas - Pn Zaidah - yang bertugas mengurus pelajar2 tajaan Petronas di Australia & New Zealand. Dah kepenatan - sedap pulak dapat makan nasi dan macam2 juadah yang dihidangkan ..... sampai terlupa nak bergambar bersama Pn Zaidah. MAAF puan - terima kasih atas sambutan yanga diberikan dan sponsor makan malam ! Budimu dikenang.... Dengar khabar sampai hujung tahun ni saja Pn Zaidah akan menamatkan perkhidmatan di sana - nak balik - dah lama tinggalkan negara ini - (every month husband nya akan ke sana menziarah dia dan anak2 yang belajar di sana). Ok lah kita layan aje le gambar2 yanag sempat di rakam kan semasa di Blue Mountain.
pssssst....sampai sini dulu...ada masa & ruang akan bertemu lagi...esok nak ke Langkawi
10 comments:
Salam,
Lebih seronok pergi as free n easy. Tapi kan, mengapa dengan wajah depan KATOOMBA tu?
Kak Hjh - W'salam - pergi macam ni tak terikat - lebih murah !
Wajah tu malu....he3x
salam,
cantik gambar2 yg di tembak tahniah
AZ -tk, tapi tak berapa cantik lah AZ, kamera kopak je - tengok original lagi cantik ! Bila nak pegi ni...?
Tkasih. Selalu dgr org pegi ke blue mountain..hehe numpang tgk je...
Terima kasih berkongsi gambar dan cerita. Cantiknya ciptaan Tuhan. Untung sonata dpt berjalan2 negara orang.
Saya memang ade hajat nk ke Aussie tapi macam tak berani sbb takde kawan di sana. Sonata boleh travel mcm tu je..saya respect lah.
Mama Ju - jommm mama ju - boleh pergi satu hari nanti...insyaAllah
Kunang - Kunang - terima kasih...memang sangat cantik ciptaan Illahi...dan mereka preserve it...
Sufia Mahzan - salam - kena beranikan diri - saya pergi dgn anak dan 2 orang kawan lagi...
Post a Comment