Hari ini jadual harian saya 100 % bertukar !
Sepatutnya hari ini jadual saya padat dengan agenda urusan2 tak rasmi - terutama nak ke bank - bayar roadtax kereta yang sari dua lagi dah MATI !
Sepatutnya juga selepas sarapan pagi tadi saya nak urus anak yang akan balik ke asrama - tapi saya batalkan - baiklah hantar sebelah petang saja.
Sedang saya bersarapan - bersama anak sulung Farhan & hubby di warung kenalan
( depan mahkamah ) - lama jugak tak ke sini....saya tidak dengar hp berbunyi -
Tetapi staf saya dari sekolah telah telefon Farhan - bijak mereka dapat cari nombor Farhan (sebab Farhan pernah jadi guru ganti & ada maklumatnya di sekolah tempat saya bertugas ) - Frahan terperanjat siapakah suara perempuan yang menalipon....Rupa2nya staf saya telah telefon sejak waktu pejabat - tak dapat2 dengar suara saya - mak aiiiii......8 missed call ! maaafffff .....saya tak dengar !
Farhan beri telefon kepada saya......Puan......Unit Naik Pangkat minta puan hadir ke JPN jam 9.30 pagi hari ini di Bilik Mesyuarat Anjung, JPN - APA??? Ni sape cakap? Saya lah puan....Azizah....apa Zah? ulang semula -? Azizah ulang semula.....saya terkedu - tersentak....pagi2 hari nak kena ngadap Datok Pengarah....berkecamuk fikiran saya.....naik pangkat? atau tukar tempat? atau apa ni??? saya rasa tak bersedia ... saya sibuk nak sediakan keperluan sebab minggu depan pegawai2 JPN nak buat lawatan kelompok ke sekolah.
Serta merta - habiskan semangkok lontong , segelas kopi - hubby terus hantar saya balik rumah - serta merta bergegas - nasib baik ingat , hari ini hari Khamis - pakai baju batik - nasib baik jugak ada baju dah siap bergosok (kalau tak lagi le lambat - jam dah dekat pukul 9 pagi ) - nasib baik jugak saya sudah balik dari Aussie ----- berdesuppppp saya ke JPN.
Maka berkecamuk lah lagi fikiran saya ni....masanya pun tiba....Nak ambik koooo....ini dia surat yang saya dapat ....saya ditukarkan ke sekolah lain - sekolah yang lebih besar - sekolah yang murid2nya kebanyakan nya bukan orang2 saya - yang amat mementingkan kecemerlangan - dan dimaklumkan dicalonkan sekolah kluster ( dah rasa seronok sekolah kecik - sebelum ni pun dah pernah gak sekolah besar ) - SYMP (saya yang menurut perintah).
Guru dari sekolah baru saya ni telah mohon bertukar ke sekolah yang lebih dekat dengan rumahnya kerana keperluan beliau menguruskan ibunya yang tidak sihat & ada kekosongan jawatan di sekolah yang diminta ( baru bersara sebelum cuti ) - dan tempat saya telah diisi oleh pegawai dari PPD. Jadi, sebenarnya ini adalah PERTUKARAN SETARA saja BUKAN naik pangkat apa2 pun.....tersentak saya !!!! hu3x
Nota:
saya baru nak bernafas di sekolah ini sejak 16 Ogos 2010 - 1 Jun 2012 ( 1 tahun 10 bulan saja)
Esok - saya akan lapor diri di sekolah baru & saya akan mohon tangguh 1 minggu untuk siapkan semua keperluan dan serah tugas.
sekian....(catatan ini sebagai catatan sejarah dalam AGK Sonata Anak Kancil )
wasalam
11 comments:
Tahniah puan, suatu pengiktirafan atas khidmat bakti yg tidak berbelah bahagi, selamat bertugas di tempat baru
Assallamualaikum cikgu,
Tahniah. Bertukar angin lagi selepas makan angin. Semuga cikgu sihat sejahtera sentiasa.
selamat bertugas di temnpat baru.
Tahniah dari kami sekeluarga di sini... Selamat bertugas di tempat baru..
selamat maju jaya
selamat bertugas ditempat baru...InsyaAllah akan bertemu hikmah disebalik kejadian
Assalamualaikum.. Kak Sonata, selamat bertugas di tempat baru.. Mungkin ada hikmah di sebalik pertukaran ini.. Sabar ye kak..
Salam, cikgu sonata. Semoga tempat yg baru akan memberikan angin baru yg lebih bertenaga.....:)
wish you all the best Puan....
Tahniah kak dan selamat bertugas ke sekolah baru....
terima kasih kepada semua yang telah meninggalkan komen / ucapan tahniah di sini - saya sudah mula bertugas di tempat baru
Post a Comment