CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, October 12, 2008

makan makan makan



Pagi2 tadi jam 8 hantar In balik kolej. Singgah kat McDonald Zoo for breakfast.


Lepas tu terus ke kolej. Sementara tunggu In angkat barang2 ke bilik, aku rehat2 kat depan sambil baca Metro. Tak lama lepas tu, aku nampaklah sorang ibu tarik beg anaknya yang anaknya tu ialah classmate In. Aku relax lagi, lepas tu aku dengar orang jerit nama aku, terperanjat! Rupanya di belakang ibu tarik beg tu, ialah member satu sekolah semasa aku mengajar kat KL dulu, dah +- 12 tahun aku tinggalkan KL. Apa lagi berborak sakan lah kita orang - namanya Nooruslaini, dia tolong tunjukkan jalan kakaknya (ibu tarik beg) ke kolej dari Kelantan. What's so small this world!Dia ni jiran aku kat KL , sama2 duduk se taman. Aku dah jual pun rumah aku tu. Dia terus menetap kat sana. So, anak saudaranya classmate In, insyaallah sama2 ke NZ juga.


Balik dari kolej, kita orang terus ke jemputan kahwin somewhere kat Jalan Tun Kudu. Jam dah 12 lebih, ada satu jemputan lagi nak pergi kat Bukit Baru. Yang kelakarnya, aku ngan hubby curious nak tahu sape yang menjemput kami, sebab tulis nama kami berdua. Bila ada nama sama2 ni, biasanya tuan rumah tu mesti kenal kita orang. Hubby dah tak nak gi, sebab dah penat, tapi aku kata pergi, sebab orang dah jemput ni, apa lagi orang ni memang kenal kita. Puas meneka sape tuan rumah ni sebab kita orang tak kenal. Hai susah juga, orang kenal kita, kita tak kenal orang. Itu biasa lah, public figure katakan! So, kita pergi lah, cari jalan. Tengok2 kereta jiran sebelah pun ada, wah ni mesti jemputan besar2 - sebab pegawai penjara pun ada juga! Sekali tu, kita buat muka selamba ajelah....Rupa2nya jiran pegawai penjara ni yang jemput kita orang!!!!Dia jadi penyambut tetamu. Ni fasal, dia tulis hantar kad aje, tapi bila bersua , tak pernah menyebut nak jemput secara lisan pada kita orang. Kurang2 nya mungkin boleh cakap, jangan lupa ye, nanti jemput datang kenduri pada 12.10. At least something kan, kita tahu lah dia jemput. Ni tak ada langsung! Macam mana tak suspen...

0 comments: