CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, October 30, 2008

Day 1 - Kg Pagi & SK Kg Pagi



sempat merakamkan original people
- dekat jeti
























SK Kg Pagi - istimewanya sekolah ini,sistem perhubungan sekolah menggunakan e-mail. Line hphone memang tak ada langsung, kalau nak pos surat, memang lambatlah, sebab perlu bawa dengan bot. Ada sebuah parabola untuk tujuan sistem perhubungan. Huh canggih, jangan kata di kawasan pedalam
an seperti ini tidak ada kemudahan seperti di bandar.


Kami disambut oleh seorang guru anak tempatan - Cikgu Hapizie ~~~ murid sekolah ini dari tahun 1-6 hanya 47 orang saja. Cikgu kalau tak silap aku ada 12 orang saja, cukup dengan GB & GPK nya!!!Wow masing2 kata seronoknya bekerja kat sini. Memang best betul kat sini, suasananya setenang2 air di sungai~~~Murid2 yang dari kampung jauh ( ada lagi sebelah atas/semakin ke hulu Sg Tembeling) tinggal di asrama desa di sekolah ini.
Dimaklumkan kalau banjir berlaku, air akan naik hampir separuh bangunan sekolah ini. Tak dapat bayangkan, kampung ini akan terputus hubungan dengan dunia luar kalau banjir berlaku. Baru aku tengok sendiri, kalau tak hanya baca berita suratkhabar aje, tak dapat nak bayangkan keadaan ni. Sekali banjir banyaklah kerosakan berlaku.

Kalau ada tetamu/pelawat datang ke sekolah ni, sudah jadi budaya masyarakat setempat akan bergotong royong menjamu tetamu iaitu mereka akan membawa lauk pauk dari rumah masing2 dan akan makan bersama2. Ada bangsal tempat memasak!

Pendek kata, kalau ada tetamu datang agaknya GB cepat2 beritahu orang sekeliling. Kami lawat PSS, agak malang berkunci kerana cikgu berkenaan bawa muridnya ke Kuala
Trengganu, tapi kami dah berkenalan dengan Cikgu Hapizie ni pun macam2 maklumat dapat. Kebetulan pulak salah seorang ahli rombongan adalah bekas cikgu di sekolah ini. Katanya dah 16 tahun balik ke Melaka.
Kedatangan kami hari ni dijemput untuk menjamu selera di majlis perkahwinan!!! Orang kampung bergotong royong di rumah kenduri kahwin, tak jauh dari sekolah ni. Semangat bergotong royong memang aku tabik kat depa. Sape buat apa2 majlis sekalipun semua orang akan bergotong royong. Betapa akrabnya orang di sini. Pendek kata kalau anak ada buat salah laku, satu kampung lah tahu, entah2 kena belasah pe...

Inilah pengalaman pertama aku berada di kawasan pedalaman - apa lagi merasa masakan
pure kampung.Yang best lauk macam rendang...Sedap uuuu!!! Betul2 pengalaman yang amat menarik. Bukan aku saja, kebanyakan ahli rombongan cakap.
Kita orang sibuk bertanya dengan Cikgu Hapizie & berkenalan juga dengan tuan rumah - rupanya tuan rumah ni adalah saudara kepada cikgu yang bawa anak murid ke KT. So, memang dia pesan suruh jamu kita orang...Di sini untuk majlis kahwin, orang sini potong sekor kerbau...Lembu tak dak lah macam kita kat bandar ni...Aku rakam lah suasana di majlis kahwin ni, dan tak lupa juga pasangan pengantin yang dipaparkan di banner. Selamat Pengantin Baru...Kebanyakan anak2 generasi baru ni, ramai yang bekerja di luar. Kalau lah aku dapat datang lagi ke sini, best giler!



0 comments: